Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 21, 2016

LAGI PENJAWAT AWAM DITANGKAP RASUAH JUTAAN RINGGIT OLEH SPRM DI LABUAN!!!



Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun akan melaporkan tentang penyalahgunaan dan penyelewengan dalam bentuk LEBIHAN BAYARAN membabitkan agensi-agensi kerajaan.

Namun setiap tahun juga, kita tertunggu-tunggu tindakan KSN terhadap kakitangan yang melakukan penyelewengan tersebut.

Kalau Audit telah mengatakan memang berlaku lebihan bayaran sehingga angkanya tidak munasabah seperti pembelian barangan bernilai RM800 tetapi dibeli pada harga RM8000 membabitkan sebuah Kolej Komuniti, sepatutnya Jabatan Perkhidmatan Awam sudah pun menjemput SPRM masuk dan menjalankan tugas mereka.

Rasuah dan penyelewengan melibatkan kakitangan awam, sudah sampai ke tahap yang amat menggerunkan. Bayangkan pintu sempadan pun boleh bolos. Begitu juga membabitkan MyKad dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Imigresen, semuanya membabitkan salahguna kuasa dan rasuah.

Bagaimanapun, tindakan tegas secara menyeluruh ke atas kakitangan awam terbabit, atau memberi pengajaran kepada kakitangan awam lain, bagaikan melepas batok di tangga. Terlalu lemah biarpun pada masa yang sama, KSN terus mengeluarkan pelbagai kenyataan RETORIK.

Terbaharu, SPRM menahan seorang pengarah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Wilayah Persekutuan Labuan kerana kes salahguna kuasa dan menerima rasuah.

Pengarah berusia 59 tahun itu telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.50 pagi selepas dia datang ke pejabat berkenaan untuk memberi keterangan.

Susulan penahan tersebut, SPRM telah membekukan 12 akaun bank milik pengarah terbabit dan anggota keluarganya yang mengandungi wang tunai berjumlah RM889,000.

Wang tersebut merupakan sebahagian daripada jutaan wawng yang dipercayai diperolehi menerusi aktiviti rasuah oleh suspek. SPRM masih lagi mengesan wang di akaun-akaun bank milik suspek dan anggota keluarganya yang dipercayai telah dipindahkan.

Pada masa yang sama, dua kontraktor berusia 40-an dari sebuah syarikat, turut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Cawangan Labuan bagi membantu siasatan. (RUJUK SINI)

Jadi, jangan hairan apabila ada kakitangan awam yang beria-ia menghentam kerajaan sebagai rasuah dan sebagainya kerana biasanya orang yang bersalah akan menuduh orang lain berbuat kesalahan bagi melindungi perbuatan jalang mereka!




3 comments:

Anonymous said...

ORANG JENIS NI YANG MEROSAKAN NAMA BAIK KERAJAAN.

Anonymous said...

Rasuah kerana tekanan nafsu nafsi.

Anonymous said...

Xpyhla nak salahkan dorang..dah bapak menteri sebat duit lagi byk korang senyap je..ini la umat ISLAM akhir zaman..

 
Blogger Templates