Thursday, November 3, 2016

MALAYSIAKINI DIBIAYAI SOROS... KALAU TAK BERANI NAK BERTINDAK, TAK PAYAHLAH NAK CAKAP BERKOBAR-KOBAR!!!



Setiap kali BERSIH hendak mengadakan demonstrasi, setiap kali itulah juga akan terdedah bahawa BERSIH yang kini diterajui oleh Maria Chin Abdullah menerima dana daripada George Soros. Dan setiap kali itulah juga, nama Malaysiakini juga turut dikaitkan sekali kerana portal berita tersebut sememangnya dibiayai oleh George Soros menerusi yayasannya. Malah pemilikan George Soros dalam Malaysiakini adalah 29%. (RUJUK SINI)

Cerita-cerita tentang Malaysiakini dibiayai oleh George Soros bertujuan untuk meranapkan negara ini, sudah lama kedengaran.

Anehnya, selain daripada ikrar kononnya siasatan akan diadakan, kutukan terhadap golongan atau individu tertentu yang menggunakan dana asing bagi meranapkan pentadbiran dan pengurusan negara ini, kemudian ditambah pula dengan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan, dari awal pendedahan tentang Malaysiakini dengan George Soros, belum ada tindakan yang paling konkrit melibatkan pihak berkuasa dan kerajaan ke atas portal tersebut.



Bahkan Malaysiakini dan para wartawannya begitu bebas termasuklah berada dalam Perhimpunan Agung UMNO, malah dibela pula oleh seorang ahli MT sehingga membolehkan wartawan Malaysiakini itu bebas melaporkan apa-apa sahaja berita yang diherotkan oleh editornya.

Dari semasa ke semasa, Malaysiakini terus mencipta tajuk-tajuk berita yang provokatif serta memberikan persepsi negatif kepada negara sepertimana yang ditunjukkan di bawah.


Sampai bila sebenarnya cakap-cakap sahaja yang kedengaran? Sampai bila sebenarnya tindakan hendak dilakukan?


Apakah kerana Majlis Peguam di negara ini yang turut menerima dana daripada George Soros membuatkan tindakan lebih tegas gagal dilakukan? (RUJUK SINI)

Keselamatan negara bukannya bersifat bermusim sebaliknya sepanjang masa. Jadi, eloklah berhenti bercakap berkobar-kobar sebaliknya bertindaklah!!!

Itu pun kalau betul-betul beranilah...

Kalau tidak, lebih baik diamkan diri seperti selalu!

1 comment:

Anonymous said...

Tindakan tegas perlu dibuat jika tak mahu perkara begini berterusan. Jgn setakat heboh sebagai berita shj.

top