Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 14, 2016

NAJIB MEMANG PATUT BERGURU DENGAN LIM GUAN ENG MACAM MANA NAK SPIN DAN SALAHKAN ORANG LAIN BILA TERKANTOI, SUNGGUH!!!



Kes penjualan membabitkan kes penjualan tanah Pulau Jerejak dan cuba dilakukan secara senyap-senyap, tetapi kemudian didedahkan oleh pihak musuh, membuatkan sekali lagi Lim Guan Eng mempamerkan kehebatannya bertaichi dan berkungfu dengan menepis serta meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Dan kali ini, Lim Guan Eng mempersalahkan UDA setelah aset negeri Pulau Pinang terjual dengan alasan paling bodoh diberikannya. Maka dia juga perlu menjawab, adakah Kerajaan Negeri dipaksa menjual tanah tersebut? Dan adakah Lim Guan Eng selaku Pengerusi PDC tidak boleh meragui terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan kepada PDC?

TIRSB yang merupakan usahasama antara UDA dan Penang Development Corporation (PDC) menguasai 51% dan 49% kepentingan, mengoperasikan sebuah resort di Pulau Jerejak pada 2003. 

PDC dimiliki 100% oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, manakala Lim Guan Eng pula adalah pengerusi PDC.  

Akibat serangan GERAKAN Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, UDA merupakan pemilik efektif TIRSB yang memiliki dan mengawal 51% kepentingan. Jadi, PDC tidak boleh berbuat apa-apa tanpa arahan daripada UDA dan terpaksa menjual 49% saham milik mereka dalam syarikat usahasama itu kepada syarikat swasta, Ideal Property. 

Perlu juga diketahui, Ideal Property mempunyai kepentingan 20% dalam Projek Masterplan Pengangkutan Pulau Pinang yang bernilai RM46 bilion. 

PDC pula memiliki kepentingan sebanyak 49%. Secara logiknya, UDA tidak boleh memaksa PDC untuk menjual kepentingan mereka sekiranya mereka enggan berbuat begitu. Itu adalah hak PDC untuk menerima tawaran sekiranya harga yang ditawarkan adalah baik atau menolak tawaran berkenaan. 

Atau sekiranya PDC mahu, mereka juga boleh menjual kepada Magnificen Emblem, milik Phang Li Koon. 

Lim Guan Eng sendiri telah memberikan klu tentang kecenderungannya dan PDC untuk melakukan jualan menerusi kenyataannya sendiri. 

"Kami akan melupuskan 49% kepentingan dalam syarikat tidak untung, TIRSB yang telah mencatatkan kerugian sebanyak RM40 juta bagi menjamin keuntungan RM140.6 juta yang mana kadarnya hampir 10 kali ganda menerusi pelaburan."

Untuk menghalalkan perbuatan tersebut, Lim Guan Eng menyalahkan Kerajaan Negeri terdahulu yang telah membuat pelaburan berkenaan sedangkan sepatutnya dia berterima kasih. 

Mengarut apabila PDC tidak boleh mengubah terma, terutama selepas Kerajaan Pulau Pinang memiliki keistimewaan meluluskan sebarang perancangan atau kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi setiap projek di Pulau Pinang. 

Sepatutnya Lim Guan Eng bercakap benar bahawa tawaran RM156 juta itu terlalu menarik untuk ditolak memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang benar-benar memerlukan wang selepas perbelanjaan tahunan Kerajaan Negeri telah meningkat 400% semenjak 2008 manakala perolehan operasi normal pula kekal mendatar. 

Dek kerana itulah, kadar bayaran air ditingkatkan dua kali ganda dan denda pula tiga kali ganda berbanding sebelumnya, peningkatan kadar penilaian tanah, jualan hampir kesemua tanah Kerajaan Negeri kepada pihak swasta, menganugerahkan lebih 4000 ekar tanah tebusguna. meluluskan penjarahan dan pembersihan puncak bukit bagi tujuan pembangunan... hanya semata-mata untuk menjanakan pendapatan. 

Tidak mengejutkan sekiranya, Lim Guan Eng menerusi PDC menjual satu lagi aset negeri untuk mencipta wang tunai. 

Apa lagi yang hendak dijual selepas ini?

Mungkin kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan Lim Guan Eng tidak berminat untuk tinggal di dalamnya.






3 comments:

Anonymous said...

Si apek komubis ni kira undi perwakilan x sampai 2k pon salah lagi mau kira bilion² ka? Mmg lawak laaaa.. pun ada melayu sanjung.. punaiyaaaa

Anonymous said...

Tokong Lim ni sebenarnya bodoh tahap gaban...hanya kerana pandai spin...semua cina malaysia percaya dan 100% sokong Tokong...so, Cina Malaysia ni sebenarnya ramai yg bodoh...tapi perasan pandai....

pak pandir 2020 said...

Suci budak melaka yang dok Penang tu. Dia lurus abah dia yang kat johor tu kata. Maklum la roket naik straight aje, mana roket boleh konar2... straight macam rambut dia juga

 
Blogger Templates