Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, November 13, 2016

NURUL IZZAH KATA RAKYAT AKAN NILAI PAS, YANG DIA TERLUPA, 'RAKYAT PAS' SEDANG NILAI DIA UNTUK PRU AKAN DATANG!!!



Sebahagian 'akar umbi' Pakatan Harapan sudah boleh menerima hakikat bahawa PAS sudah tidak berahi lagi dengan PKR dan DAP. Mereka bahkan berdemonstrasi walaupun dengan bilangan yang tidak memerlukan jari untuk mengira di hadapan IDCC, Shah Alam, tempat berlangsungnya konvensyen Pakatan Harapan semalam.

Mereka mahu Pakatan Harapan meneruskan kerja dan usaha menjatuhkan Najib serta Barisan Nasional pada PRU akan datang dengan parti-parti sedia ada, terutama sekali menerusi PAN dan Cap Bunga.

Apatah lagi, secara rasminya, Dr. Mahathir dan anaknya yang mahu dijadikan sebagai Perdana Menteri sudah pun menyertai kempen pembebasan Anwar Ibrahim yang dipenjarakannya atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.

Sedap benar Nurul Izzah yang suatu masa dahulu mengisytiharkan dia dan seluruh keluarganya tidak dapat memaafkan perbuatan Dr. Mahathir ke atas keluarganya. Dia yang diangkat sebagai Puteri Reformasi pada 1999, bersuara lantang tentang kebobrokan Mahathir walaupun selepas Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan meletakkan jawatan daripada jawatan Presiden UMNO.

Siapa yang bantu Nurul Izzah dan keluarganya pada waktu Anwar Ibrahim 'dizalimi' Mahathir?

Sudah tentulah pucuk pimpinan PAS dan seluruh jemaah PAS!

Pepatah Melayu mengatakan, melepaskan anjing tersepit. Pepatah tersebut amat sesuai untuk Nurul Izzah dan keluarganya serta seluruh pengikut Anwar Ibrahim.

PAS menerusi Presidennya, Allahyarham Fadhil Nor merupakan pihak terawal yang membantu Anwar Ibrahim semasa dipecat oleh Dr. Mahathir. PAS jugalah yang mengumpulkan seramai mungkin pengikut dan ahli untuk berdemonstrasi membela Anwar Ibrahim yang kemudian diklaim oleh PKR sebagai ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.

Tetapi apa balasan PKR kepada PAS?

PAS diracun dan digigit. PAS dipecahbelahkan dan adu domba di kalangan pimpinan PAS berleluasa. PAS cuba disekularkan, bahkan ADUN dan Ahli Parlimen PAS dicuri oleh PKR semata-mata untuk menunjukkan PKR kuat.

Dari awal lagi, kekuatan PKR hanyalah pada suara. Longgokan poster, bendera dan segala macam bahan kempen hanya diserahkan kepada petugas-petugas PAS untuk diselesaikan. Malahan markas-markas PAS pula dikuasai dan dijarah seolah-olah mereka ada saham di dalamnya.

Orang yang menuduh, dikatakan menzalimi dan menfitnah Anwar Ibrahim dan keluarganya kini diangkat sebagai kawan, sedangkan orang yang mengarang kitab Qazaf, tidak sahaja didengki dan dimusuhi, bahkan dianggap tidak berguna waimma senilai kupang tembaga.

Jadi, apabila Nurul Izzah mengatakan, rakyat akan menilai PAS kerana tidak hadir dan memulaukan konvensyen Pakatan Harapan, sebenarnya rakyat telah lama menilai. Apatah lagi di kalangan ahli-ahli PAS yang masih kekal di dalam parti itu tanpa berpindah ke PAN atau PKR apatah lagi ke dalam Cap Bunga.

Yang Nurul Izzah lupa ialah, rakyat pengundi akan terus dan sedang menilai lakonan badut-badut politik termasuklah dia sendiri bagi mendapatkan kuasa...


4 comments:

el halim said...

Kegilaan apakah ini? Tun yg memenjarakan Anwar Ibrahim tapi Tun juga yg menuntut pembebasan. Inilah kegilaan peringkat #silameninggal

Anonymous said...

Pas tak lari dari kesilapan. Satu masa dulu membela anwar kerana antiumno dan sanggup bersekongkol dgn dap kerana antiumno.

Mengelirukan terutama bagi mereka yg terikut2 ingin berjihad menegakkan agama.

Anonymous said...

Hahaha kesian betul aku pd betina nih..

Anonymous said...

Janda mulut puaka

 
Blogger Templates