Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 14, 2016

SELEPAS BERSALAH MENFITNAH DAN DIDENDA, KINI RAFIZI RAMLI DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 18 BULAN PULA!!!



Akhirnya Rafizi Ramli ke penjara juga!

Walaupun belum 'muktamad' kerana proses seterusnya membabitkan rayuan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, tetapi yang pastinya, Mahkamah Sesyen telah mendapati Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan bersalah, dan dihukum penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman bermukasurat 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Zulqarnian Hassan memerintahkan kesalahan bagi dua tuduhan tersebut dijalankan serentak. Hakim turut mempersoalkan tindakan Rafizi yang enggan membuat pembelaan dan berkata, Rafizi juga gagal membangkitkan sebarang keraguan terhadap dakwaan ke atasnya.

Berbeza dengan ikrar Rafizi yang kononnya dia akan lawan dan membuat pelbagai pendedahan berhubung 1MDB di mahkamah apabila dia diheret ke muka pengadilan. Bagaimanapun, dalam proses perundangan yang berjalan, Rafizi Ramli sekadar mendiamkan diri bahkan memberi alasan, dia tidak mahu membela diri kerana muka surat 98 yang dipersoalkan itu tidak lengkap selain tidak dikemukakan di mahkamah.

"Penjelasan ini saya dapat dari video sidang media, menunjukkan Rafizi bukan sahaja tahu malah bagi komen sendiri. Dia baca kandungan dalam muka 98. Dia juga berkata dokumen itu rahsia, 'obviously OSA, is a risk we have to take...'", kata hakim merujuk Akta Rahsia Rasmi. (RUJUK SINI)

"Pada pandangan saya, tertuduh tidak diprejudikan kerana muka 98 sudah pun dikemukakan dalam mahkamah dalam bentuk dalam Facebook dan blog Rafizi," kata Zulqarnain.

Baru satu daripada 12 pertuduhan lain... baru OSA, belum Tabung Haji, belum lagi BAFIA... Kita tunggu berapa lama Rafizi Ramli dan pasukan guaman PKRnya boleh memanipulasikan undang-undang di negara ini.

18 comments:

Anonymous said...

Itu keputusan mahkamah lanun. Tak payah hairan.

Unknown said...

Satu MALAYSIA tahu, Rafizi dijelkan bukan kerana
MEMFITNAH Najib tapi kerana MEMBOCORKAN RAHSIA 1MDB
yang Najib nak sorok daripada pengetahuan rakyat
sampai diSOSMAkan laporannya.
Jadi tak payahlah ko menari riang, En DEVOURED SAVIOUR.
Mahkamah sudah istiharkan, APA YANG RAFIZI DEDAHKAN
MEMANG BETUL sebab itu dia dipenjarakan.
Sudah pasti komen aku takkan diterbitkan.
Ko memang DAJJAL pemakan dedak haram.

Unknown said...

Tahniah fiji. Yahooo

Anonymous said...

Tanggung la. Ekeke

Johan said...

Dah manjadi darah daging dia memfitnah..

Johan said...

Jika wistle blower pun, kenalah adu cara yg betul bukan diselak OSA itu ke khalayak ramai...rahsia tetap rahsia.

Anonymous said...

Kahkahkah.. macai lapiji panas montot.. klu terer sgt pegi mahkamah la weiii.. kahkahkah

Anonymous said...

Yahooooo.

Anonymous said...

Yg ko penipu plak pun orang tak payah hairan la...

Ted Manoff said...

Tipikal setiap perangai haramjadah bila kena muka label orang lain Dajjal

Unknown said...

Pengajaran buat semua, ini baru dunia bang.. Ada lagi lepas ni

Anonymous said...

Ada 3 penjenayah je di Mesia, iaitu Kutti, Badawi dan Najib. Yang lain ikut perintah je jadi barua.

Anonymous said...

Mahkamah dah buat keputusan. Maki hamun mcm mana pun tak akn mengubah keputusan kecuali mahkamah rayuan. Terimalah seadanya.

Anonymous said...

Mahkamah dipadang mahsyar akan diadili terutama pemimpin yg menjaga amanah hak rakyat.kita tunggu dan lihat kelak

Anonymous said...

Inilah akhir zaman.sesuai dgn hadis sahih dr rasulullah.org bodoh mengangkat pemimpin yg fasik lagi zalim.pemimpin senang lenang hasil dari rakyat yg jahil (bodoh).hadis sahih

Anonymous said...

Tiga² 'penjenayah' tu x didakwa & dihukum di mahkamah.. xde kes pon.. tetapi pak sheikh aka ketum dgn lapiji sotong kantoi.. ini fakta.. eh lupa cai mana boleh terima fakta ni ye dopp?

Anonymous said...

Dan juga...ingat pesanan Imam AsSyafiee...bila..nanti ada pemimpin yang banyak sekali fitnah ke atasnya yakinlah bahawa dia sebenarnya patut diikuti...

Anonymous said...

Bukan kau ke dajjal ted manoff ..

 
Blogger Templates