Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, November 27, 2016

SELEPAS MINYAK MASAK DAN LPG, KARTEL SENTIMENKAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN HARGA GULA PULA!!!



Harga gula dinaikkan oleh Kerajaan sedang bermain-main di media sosial.

Modus operandi yang sama seperti dalam kenaikan-kenaikan yang lain...

Sebelum ini dan yang terbaharu adalah kenaikan harga minyak masak botol yang dijustifikasikan kepada penarikan kembali subsidi oleh kerajaan.

KPDNKK setakat ini hanya menafikan kenaikan harga gula sebaliknya Menteri berkenaan memberitahu, KARTEL ada meminta dan memohon agar harga gula dinaikkan memandangkan kos gula mentah dan kos pembersihan gula yang meningkat. (RUJUK SINI)

Malangnya, rekod juga menunjukkan, penafian pihak berkuasa dan menteri, hanya bersifat cubaan berdalih kerana akhirnya yang benar ialah, kenaikan dan pengurangan bekalan di pasaran!

Melihat kepada apa yang berlaku sebelum ini, KPDNKK khususnya bukan sahaja gagal sebaliknya terlalu lemah untuk 'menentang' kehendak kartel. Malah terpaksa mencari-cari alasan untuk membenarkan tekanan kartel bagi tujuan menaikkan harga sehingga sanggup MENGORBANKAN KERAJAAN bagi tujuan tersebut.

Seperti tidak dapat ditolak lagi, bahawa harga gula di pasaran tempatan 'TERPAKSA DINAIKKAN' kerana alasan-alasan yang diberikan oleh kartel.

Dalam keadaan biasa di Malaysia, apabila sesuatu barangan hendak dinaikkan harga, kuantitinya di pasaran akan dikurangkan secara drastik, sekaligus menimbulkan pembelian panik dan ketidakcukupan di pasaran. Ditambah pula dengan 'promosi' dan 'publisiti' yang dimainkan menerusi media sosial, menjadikan kerja-kerja menyorok produk lebih mudah dan lebih efisien.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa seperti KPDNKK pula akan dipastikan 'gagal' dalam menjalankan tugas mereka walaupun dibantu oleh publisiti media seperti dalam kes minyak masak dan LPG.

Gula dan tepung selalunya seiring kerana ia adalah produk dari syarikat pemonopoli yang sama.

Dalam tempoh beberapa hari atau minggu ini, bekalan pasti akan berkurangan namun setakat ini, pihak berkuasa seperti KPDNKK hanya bergantung kepada 'PENAFIAN' yang dibuat oleh Menteri menerusi media massa.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPDNKK dalam usaha menangani masalah ini, terutama sekali menjelang siri akhir 'kempen pilihanraya' yang nampaknya banyak berpihak kepada DAP yang merupakan medium politik kartel-kartel berkenaan?

Yang pastinya, ketiadaan bekalan atau kenaikan harga gula atau tepung, akan dikatakan SALAH NAJIB!!!


3 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni siapa yg sebenarnya berkuasa? Kerajaan atau kartel? ..apa gunanya penguatkuasa?..makan gaji buta?..makan rasuah? Rakyat tak nampak kesungguhan kerajaan menangani kes2 sebegini. Yang rakyat nampak hanylah alasan bodoh pak menteri.

Anonymous said...

Pelik bin ajaib kalau negara pembekal gula tidak mengalami epidemik diabetes sebaliknya negara pengimport total gula pulak di'serang' epidemik berkenaan (diabetes). Makanya tak hairanlah kalau WHO menyarankan semua negara menaikkan harga gula sebagai langkah pencegahan.

Anonymous said...

Kalau depa naikkan harga gula, kita kurangkan pengambilan gula.

 
Blogger Templates