Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 21, 2016

SEPERTI UMNO, PAS JUGA AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP AHLI YANG SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0!!!



Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, merangkap Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung tindakan yang akan dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang telah menyertai demonstrasi Gerakan Baju Merah, telah menimbulkan kemarahan segelintir ahli UMNO yang menyarung Baju Merah.

Namun, pada masa yang sama, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada ahli-ahli PAS yang terlibat menghadiri demonstrasi BERSIH 5.0.

Antara pemimpin PAS yang hadir menyarung baju Kuning BERSIH 5.0 adalah Mahfuz Omar, bekas Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Abby Abadi, pelakon yang menjadi penceramah selebriti.

Abdul Hadi dalam kenyataannya yang dipetik oleh BERNAMA memberitahu tindakan merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti akan diambil sekiranya terdapat aduan dan bukti.


Sementara itu, anggota Majlis Syura PAS, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menolak dakwaan bahawa jumlah penyertaan demonstrasi BERSIH 5.0 lebih ramai berbanding demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Malah menurutnya, jumlah penyertaan orang Melayu dalam demonstrasi BERSIH 5.0 juga semakin berkurang. (RUJUK SINI)

PAS telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli-ahlinya turut serta dalam Himpunan BERSIH 5.0 yang diadakan pada 19 November. Manakala Jabatan Amal yang merupakan unit kawalan keselamatan yang seringkali menjadi entiti utama dalam setiap demonstrasi juga telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 5.0.


No comments:

 
Blogger Templates