Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 9, 2016

WALAUPUN TRUMP MENANG PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT, NAJIB AWAL-AWAL LAGI DAH BERPALING KE CHINA!!!



Secara tiba-tiba, pilihanraya Presiden Amerika Syarikat mendapat perhatian utama daripada pengguna media sosial di Malaysia. Dan seperti yang diketahui, kebanyakan rakyat Malaysia amat peduli dengan politik, tak kiralah apa jenis politik sekalipun termasuklah yang berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Kebimbangan dengan presidensi Donald Trump menyaksikan pasaran saham utama di Amerika Syarikat, NASDAQ dan Wall Street menjunam. Pasaran hadapan S&P 500 menjunam 5% sekaligus tidak membolehkan sebarang urusniaga dijalankan pada tahap yang lebih rendah sehinggalah waktu urusniaga saham Amerika Syarikat kembali beroperasi pada hari ini.

Amerika Syarikat berhadapan dengan pelbagai masalah akibat ketidaktentuan ekonomi global. Walaupun di Malaysia, segelintir manusia yang terpengaruh dengan ketinggian nilai Dolar Amerika Syarikat berbanding Ringgit, di Amerika Syarikat sendiri, kadar pengangguran pula telah meningkat sepanjang 8 tahun ini dan kadar inflasi juga melonjak menjadikan kuasa beli di kalangan rakyat Amerika Syarikat, jatuh. (RUJUK SINI)

Trump hanya perlu menggunakan isu dan sentimen yang berkaitan dengan nasionalis untuk menang. Isu-isu yang dibangkitkan dan digunakan untuk menang sebagai Presiden Amerika Syarikat sudah tentu tidak akan menyenangkan banyak negara kerana ia turut membabitkan dasar luar Amerika Syarikat, apatah lagi, Amerika Syarikat sendiri sedang bergelut untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan daripada China.

Ikrarnya bahawa tarif barangan yang diimport masuk ke Amerika Syarikat akan dinaikkan menjadi 35% pasti akan membuatkan negara-negara yang bergantung kepada pasaran di Amerika Syarikat, mengeluh. Apa yang dilakukan oleh Trump sebenarnya adalah untuk melindungi produk-produk dalam negeri agar kekal bersaing di pasaran pada harga tinggi. (RUJUK SINI)

Ramai yang menjangkakan kemenangan Trump berbanding Clinton yang bermula di atas talam perak dari awal lagi. Clinton merupakan bekas Wanita Pertama, Senator Amerika Syarikat dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Ketidakpuasan hati rakyat Amerika Syarikat terhadap pentadbiran Demokrat yang gagal menjadikan rakyat Amerika Syarikat kuasa unggul dalam ekonomi, apatah lagi kadar kemiskinan yang semakin tinggi sehingga memaksa pergantungan Amerika Syarikat kepada ketenteraan dan senjata sebagai pasaran ekonomi utamanya, membuatnya individu seperti Trump yang menjanjikan perkara-perkara pokok seperti masalah pekerjaan, pendatang asing, cukai korporat dan sebagainya, akan lebih dipandang tinggi dan diharapkan.


Malaysia di bawah Najib, ternyata bertindak lebih jauh ke hadapan apabila mengurangkan pergantungan pelaburan daripada Amerika Syarikat yang semakin menyusut setiap tahun. Sebaliknya, negara yang dianggap musuh tetapi sekarang ini menguasai banyak pelaburan di Amerika Syarikat, menjadi destinasi utama Najib sehinggalah dalam rombong dagangannya yang terbaru, Najib berjaya mengutip lebih RM144 bilion dalam bentuk MOU, pelaburan kepakaran dan sebagainya sehinggakan para penyokong SOROS dan CLINTON mula menghebahkan cerita kononnya, Najib menggadaikan Malaysia kepada China.

Siapa pun yang menang di Amerika Syarikat, tidak banyak memberikan kesan kepada Malaysia apabila Najib mengalihkan destinasi daripada Amerika Syarikat ke China. Malahan pada masa yang sama, strategi dalam persengketaan Selat Melaka dan Laut China Selatan, menjadikan Malaysia lebih selamat apabila kedua-dua kuasa besar itu menjadi rakan Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

setiap satu undi adalah sama nilainya. anggapan bahawa satu undi dari golongan tertentu mempunyai nilai yang lebih adalah satu falasi dalam konteks demokrasi waima di AS jua.

Anonymous said...

Sekolah tak tinggi mana tak payahlah nak ulas international politics. Buat blog jual kain ela jelah bai.

 
Blogger Templates