Wednesday, November 16, 2016

YANG TERDEDAH ADALAH ADAM ROSLY, YANG MEROYAN SENTAP ADALAH ZURAIDAH KAMARUDDIN!!!



Lagi episod pendedahan. Kali ini bukan menerusi tinjauan udara. Tidak juga menerusi dedahan melalui carian di ROS, ROB dan sebagainya. Malah tidak juga menerusi carian di SC apatah lagi di Wall Street Journal mahupun Sarawak Report.

Sebaliknya hanya sekadar menyelak-nyelak Instagram milik Adam Rosly yang memaparkan KEUJUBAN dan KETAKBURANnya kerana memiliki kemewahan.

Sikap yang sudah tentu biasanya dimiliki oleh golongan yang TIBA-TIBA KAYA, atau KAYA SEGERA bukannya golongan yang mewarisi kekayaan atau sudah biasa kaya!

Bagilah alasan apa pun...

(1) Mewarisi kekayaan mak bapak yang merupakan ahli perniagaan berjaya.
(2) Bapa meninggal dan tiba-tiba sahaja baru diketahui, telah ditinggalkan harta bertimbun-timbun.
(3) "Kalau kami pemimpin Pakatan Harapan kaya raya, apa masalahnya? Pemimpin UMNO boleh, kenapa kami tak boleh?"

Yang pasti, kata dulang paku serpih...

Cuma yang menariknya, sepatutnya dalam hal ini, Adam Rosly yang paling banyak mulut menjawab setiap persoalan, sepertimana yang pernah DAP dan PKR kenakan kepada Khir Toyo sehingga Peguam Negara waktu itu (sekarang sudah dibersarakan), mengarahkan Khir Toyo agar tutup mulut atau didakwa kerana mencampuri urusan undang-undang. Tetapi yang banyak mulut dalam kes ini, termasuklah terpaksa menerangkan dan memberi alasan kekayaan ADAM ROSLY diwarisi daripada perniagaan hebat keluarganya adalah ZURAIDAH KAMARUDDIN.


Dan untuk lebih meyakinkan, Zuraidah bawa isu itu ke Dewan Rakyat walaupun sepanjang dia bergelar Ahli Parlimen Ampang, jangankan isu-isu Ampang, bahkan batang hidungnya pun susah nak dilihat di Ampang. Zuraidah cuba jadikan isu Pegawai Khasnya sebagai isu negara.

Zuraidah pertikaikan bagaimana Jamal boleh menyewa sebuah helikopter. Zuraidah tanya Menteri Pengangkutan dan apabila Menteri kata tidak ada maklumat, Zuraidah mengamuk-ngamuk. (RUJUK SINI)

Apa yang Zuraidah sentap sangat sampaikan isu remeh macam tu pun, dia bawa ke Dewan Rakyat? Apa jadi masa dia bukan main terkinja-kinja dan lebih sudu dari mangkuk masa isu Khir Toyo dulu? Dah hilang dah integriti dan anti rasuah serta anti penyelewengan dia?

Atau dia sebenarnya sangat bimbang sekiranya, helikopter yang disewa oleh Jamal yang menurut Jamal, dibiayai oleh seorang rakannya bernama RAFIZI, akan berlegar-legar pula di atas rumah Zuraidah, sekaligus mendedahkan bagaimana hebatnya Zuraidah mengubah status hidup dan keluarga selepas bergelar Ahli Parlimen Ampang selama dua penggal?

Atau Zuraidah sebenarnya bimbang, kekayaan luar biasa Pegawai Khasnya itu, akan membuatkan dia terpaksa dengan kesukaran?


No comments:

top