Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 29, 2016

BAGAIKAN ORANG DIPICIT TELUR, MUHYIDDIN MEMBISU SERIBU BAHASA TENTANG 'FATWA' RASUAH MAHATHIR!!!



Nak harapkan Muhyiddin Yassin membela Mahathir dalam isu BR1M adalah rasuah?

Jangan haraplah!

Muhyiddin Yassin hanya 'samseng' apabila berada di luar gelanggang. Hanya apabila dia ada kawan di sekelilingnya. Kalau sorang-sorang Muhyiddin Yassin tak berani.

Itu sebablah, dalam audio mesyuarat tertutup yang 'diseludup' keluar dan kemudian didedahkan di media sosial, Muhyiddin Yassin ketika berhadapan, membela dirinya dengan menafikan dia mengeluarkan sebarang kenyataan negatif tentang 1MDB dan Najib. Tetapi di pentas ceramah, dia pula yang jadi hero, konon-kononnya berjuang untuk rakyat.


Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat sebagai TERDESAK apabila menyatakan yang BR1M adalah RASUAH. Sesiapa yang mengambil BR1M adalah penerima rasuah dan mereka melakukan kesalahan dalam agama dan undang-undang negara.

Polemik tersebut menarik perhatian banyak pihak. Rata-rata, termasuklah SPRM tidak bersetuju dengan takrifan dan tafsiran RASUAH Mahathir. Hanya ada beberapa orang sahaja yang membela kenyataan Mahathir termasuklah panglima sewaan terbaharu, Ezam Mohd Nor. Itu pun secara berselindung dan beralas. Manakala panglima-panglima Mahathir yang lain, sekadar bersuara macam katak tertelan pacat dengan sebahagian daripada mereka, cuba menjadi ulama walaupun apa yang mereka cakapkan itu langsung tidak berjalur agama sebaliknya sekadar emosi dan sentimen yang telah dipuput oleh Sarawak Report dan WSJ.

Mukhriz yang cuba membantu bapanya pula, sekadar MEMBODOH dan MEMBADUTKAN dirinya sendiri.



Kalau ada pun yang kedengaran 'matang' sikit adalah wakil DAP, Liew Chin Tong yang menyokong kuat ijtihad Mahathir.

Kira boleh harap jugalah wakil DAP yang berpandangan Mahathir mampu membantu parti itu menawan Johor daripada UMNO sekaligus menawan Putrajaya menerusi konsesi seperti yang dilakukan DAP di Selangor. (RUJUK SINI)

Nak harapkan Muhyiddin... dia sendiri pun tak boleh diharap!!!




4 comments:

Anonymous said...

Bantu pembangkang memenangi Putrajaya teramatlah mudah, yang sukar ialah bagaimana nak pastikan Amat yang bakal duduk di kerusi Presiden dan bukannya Ah Kau sedangkan dalam keadaan Ah Kau jauh lebih dominan berbanding kesemua Amat2 tidak mungkin Ah kau akan tolak tuah.

Anonymous said...

Sama ja dgn panglima bugis..sampai hari ni x jwb2 soalan yg rakyat nak dengar..

Anonymous said...

"However, Liew claimed it was not doing much to help households dur to the impact of the goods and Services Tax and inflation."

Ini adalah satu contoh pengakuan yang baghal yakni satu pengakuan yang bertentangan dengan sokongan Liew terhadap kenyataan PM22 iaitu "Brem adalah rasuah". Kalau "not doing much to help" adalah pandangan yang ikhlas itu bermakna Liew bersetuju untuk kadar Brem dinaikkan yakni Liew seolah-olah bersetuju kadar 'rasuah' dinaikkan lagi agar skim berkenaan jadi lebih bermakna? Wow, ingatkan betullah dia dan kaum sewaktu ini bergeliga, nampaknya lebih hampas dari hampai! kah kah kah

Johan said...

Azmin lagi rasuah...baucer RM100

 
Blogger Templates