Thursday, December 1, 2016

KECOH SELEPAS PERSIDANGAN AGUNG UMNO HENTAM MAHATHIR.. CAP BUNGA TAK PUAS HATI!!!



Bekas-bekas UMNO yang sekarang ini ralit mengulit dan mengasapdupakan Mahathir meluahkan sakit hati mereka apabila Mahathir menjadi sasaran dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Capang barangkali telinga mereka mendengar bagaimana Mahathir yang mereka sanjung dan mereka ketahui, amat disanjung sewaktu berada di dalam UMNO dahulu, kini menjadi karung sampah yang diisi pelbagai gelagat, lakonan dan amalannya yang selama berada di dalam UMNO, ditutup kejap-kejap agar tidak mengaibkan UMNO.

Kata mereka, persidangan agung UMNO seharusnya membawa masalah rakyat yang perlu diselesaikan oleh UMNO bukannya menghentam Mahathir. Malah UMNO seharusnya mengingati dan mengenang semula jasa-jasa Mahathir kerana UMNO yang ada pada hari ini adalah UMNO yang ditubuhkan oleh Mahathir.

Mereka lupa barangkali, pada tahun 1987-88, Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memecahbelahkan UMNO dengan menjadi Team B sebagai sasarannya. Hanya kerana kelompok beberapa orang pemimpin yang masih bersama-samanya, termasuklah Najib Abdul Razak, Mahathir kekal dengan jawatan Presiden tetapi masih rasa tidak selamat sehinggalah akhirnya 'memutuskan' bahawa UMNO asal perlu diharamkan apabila pengasas-pengasas dan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu memilih untuk bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah, bukan bersama-samanya.

Mahathir memang tidak memecat mana-mana penentangnya, tetapi Mahathir melupuskan terus parti asal, sekaligus memecat keseluruhan ahli UMNO. Dia tubuhkan UMNO Baru dan hanya yang menyokongnya sahaja menjadi ahli UMNO  manakala yang menentang dan terpecat pula,  menyertai Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Selepas itu, apa yang tidak diumpat keji terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46. Kemudian apabila UMNO berpecah lagi dalam isu Anwar Ibrahim. Dan sekali lagi Anwar Ibrahim dan gerombolan PKRnya pula menjadi sasaran kecaman selain PAS.

Puak penyanjung UMNO mengakui budaya kecam itu bermula dari zaman Mahathir tetapi mereka cuba menghalalkannya dengan mengatakan, Mahathir jauh lebih baik berbanding Najib kerana Najib ada SIMPAN RM2.6 DALAM AKAUN PERIBADI.

Yang tidak mereka katakan ialah, pada tahun 1998 sehinggalah 2003, pelbagai pendedahan tentang Mahathir menyimpan lebih banyak dari RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dan proksi telah dibuat termasuklah oleh Barry Wain, penulis buku Malaysian Maverick, tetapi berbanding Najib, Mahathir bukan sahaja tidak memberikan reaksi menerusi jawapan, bahkan cuba menyorokkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang dipaparkan oleh Barry Wain dengan mengharamkan buku berkenaan daripada dibaca dan ditatap oleh rakyat Malaysia.

Untungnya, pada waktu itu, media sosial tidak sehebat seperti sekarang. Jadi, Mahathir 'terselamat'. Hanya yang pernah membaca pendedahan yang dibuat oleh Barry Wain dengan pendedahan lebih RM100 bilion yang telah disonglap oleh Mahathir menerusi pelbagai kaedah termasuklah proksi dan projek penswastaan serta konsesi, berasa hairan, mengapa Mahathir masih terselamat meskipun dalam isu Bank Negara Malaysia kehilangan lebih RM30 bilion merupakan bukti nyata penyelewengan Mahathir.

Ada Akuan Bersumpah... ada laporan polis... ada laporan kepada BPR (sebelum SPRM) tetapi seperti dalam kes Perwaja Steel dan isu yang membabitkan saham untuk menantu Rafidah Aziz, ada campurtangan daripada Pejabat Perdana Menteri untuk menyenyapkan berita tersebut.

Sekarang, mereka meraung kononnya Mahathir tidak pernah berbuat curang kerana dia tidak pernah didedahkan, tidak pernah menyimpan RM2.6 bilion untuk peribadi memandangkan Mahathir tidak pernah mengaku dan mereka sendiri tidak pernah mendengar apa-apa pendedahan tentang itu.

Namun mereka yang aktif menentang Mahathir pada tahun 1998-2003 tahu, dakwaan tersebut hanyalah untuk menyedapkan hati perut sendiri sahaja!

Ia samalah seperti persoalan, mengapa Mahathir tidak pernah berani berhadapan dengan Barry Wain walaupun ketika kecoh tentang pengharaman bukunya, Barry Wain meminta untuk bersemuka dengan Mahathir. Malah Mahathir tidak pernah berani menyaman Barry Wain pun kerana pendedahan-pendedahan berkenaan.

Sedangkan lama sebelum itu, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh yang cuba dimusnahkan oleh Mahathir, telah menyaman penulis buku The Challenger, Syed Hussin Al-Attas dan menang saman fitnah ke atas penulis serta bekas pengasas Labu Peram yang terkenal itu.


15 comments:

Anonymous said...

Kelakarlah kau orang ni.Dah jenuh hentam cina dap, sekarang kau orang bergaduh sesama sendiri pulak.Ini kah akhlak umno . .menyalahkan orang sajalah kerjanya.Kau bakar api perkauman boleh! Kalau orang, kau kata racist!Ini kah akhlak umno? Islam macam ini kah?

Anonymous said...

cakap tak serupa bikin. dah senang lenang kerana dedak 22tahun. terhutang budi ngan mad dey.

Anonymous said...

Dah Tun tak pernah saman orang. Nak suruh saman camner? Najib yang suka saman kenapa tak saman Tun?

Anonymous said...

Stupid la nk bandingkn tun m dgn najib fact and reality negara menjunam ringgit hancur gst 2pesawat one heli Hancur etc etc
Kami rakyat menderita dia tau apa
Kamu ungkit semua yg tk baik tapi apa yg tkbaik wktu najib kamu tak sebut bodek membabi buta kami diantara rakyat yg dah bosan
Kebenaran pasti timbul
Bn dah masuk tong sampah

Anonymous said...

ko x baca blog tun ke?kan tun dah jawab dah sume tuduhan barry wain tu dalam blog dia.pastu,tun plak soal wain pasal masalah pentadbiran zaman pak lah, tapi wain x jawab sampai skrang (kabarnya wain dh meninggal)..

Anonymous said...

Madey semasa berkuasa dulu memang banyak buat onar. Skrg nak tunjuk baik kununn..

Anonymous said...

Prestasi negara di bawah BN atau UMNO tidak memuaskan sehingga RM tidak setanding Sing Dollar. Kita kena rujuk kpd indicator ekonomi yg mudah difahami. Sebab utamanya ialah UMNO terjebak dlm kancah rasuah yg amat serius sekali sehingga tidak ada institusi negara yang dapat menangkap pemimpin 2 kanan UMNO yg disokong PM. Kita harapkan Sultan2 saja lah yg boleh bertindak. Jangan kerana UMNO negara binasa.

Anonymous said...

kau yg dah masok tong sampah sbb hidup kau tgh menderita merangkak2 tidor bawah jambatan sama dgn org2 bangla.
kau nak bodek tun m pon berpada. time dia dulu melambak surat2 layang (ketika tidak internet news seperti skrg) pasal perangai kuku babi eh kuku besi yg jongkit dgn cinapek. kau dgn dia boleh berehat dlm bakul sampah tapi aku ingat kau sorang jer masok bakul sampah sbb tun m dan family kayaraya ketika dlm umno lagi. umno yg kayakan dia dan keluarga..

Anonymous said...

najib hormati dia sebagai ex pee em dan sebagai org tua yg patut mengadap tikar sejadah...demi masa...

Anonymous said...

kau tu dah cukup islam ker...cermin muka sikit...

Anonymous said...

yg kat atas tu semuanya red bean army.. keje dia ialah komen pd setiap pos samada blog ataupun youtube.. dan juga bg menaikkan view dan mengviralkan cerita fitnah kpd kerajaan.. inilah perang cyber namanya..

Anonymous said...

Cap Bunga berjaya mengilakan UMNO sebab tidak Ada apa2 selain dari itu yg dibincangkan oleh makluk2 UMNO.

Anonymous said...

Di kalangan penyamun2 pun ada undang2 dan Najib mungkiri janji2 nya kpd Mahathir. Siapa dia penyamun yg baik dan yg jahat perlulah diputuskan oleh Rakyat.

Anonymous said...

Melayu UMNO tak ada maruah, ingat nak kaya cepat tak pernah pudar,hentam Cina tapi nak bawa pelaburan Cina pula. Habis syarikat Cina boleh bawa beribu ribu askar yg berupa pekerja pun Kita tak sedar. Masa itu kalau Jamal Merah merusuh terhadap Cina, dia mungkin akan dimakan hidup2 oleh pekerja2 Cina yg kelaparan. Jamal hanya boleh tunjuk belang dgn polis Dan tentera dibelakangnya.

Anonymous said...

kau ni melayu komunis dan melayu harbi byk lupa diri. kau fikir si baju kuning yg tak bersih minat pd kau. dorang sudah berjaya laga2kan org melayu bengap mcm kau dgn tentera komunis dorang. dumb fool

top