Saturday, January 30, 2016

RPK DEDAHKAN PERGADUHAN DI SPRM DAN PENGARAH OPERASI KHAS SEBAGAI AGEN DAP!!!



Mengejutkan dan terlalu sukar untuk dipercayai! 

Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali RPK, menerusi blognya, Malaysia Today, telah mendedahkan tentang perselisihan atau lebih tepat lagi pergaduhan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed dengan Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamed Zin kerana perlanggaran protokol dan etika yang dilakukan oleh Bahri. Ditambah pula, isteri kedua Bahri sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan keadaan itu membuatkan kedudukan Bahri lebih mencurigakan.

Tulis RPK, Abu Kassim dan Bahri hampir bertumbuk di ibu pejabat SPRM apabila Bahri mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim serta pegawai-pegawai tinggi SPRM yang lain, yang dituduhnya rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sekiranya tindakan disiplin diambil ke atasnya dan dia tersadai di dalam penjara. 

Antara yang diungkit oleh Bahri adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri menuduh, mereka bukan sahaja dibunuh tetapi juga kes tersebut telah ditutup dengan maklumat menyeleweng oleh SPRM. 

Bahri turut berikrar untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO, 

"Biar mampus Melayu. Lagi baik Cina ambikalih kerajaan!" Bahri dilaporkan sebagai berkata kepada Abu Kassim. 






Friday, January 29, 2016

MYEG, IMIGRESEN, KDN DAN HAPUS ORANG TENGAH... CERITA YANG TAK SUDAH-SUDAH!!!



Cerita pendatang asing atau pekerja asing di Malaysia bukannya cerita baru. Sudah terlalu banyak diperkatakan dan dibangkitkan. Dari satu musim pengampunan sehingga ke musim pengampunan yang baru, masalah pekerja pendatang asing dan pendatang haram tetap juga tidak selesai-selesai. Dari kewujudan sebuah entiti sehinggalah kewujudan beberapa entiti yang menguruskan pekerja-pekerja dan pendatang-pendatang asing, ia masalah yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Malaysia menjadi negara kegemaran pendatang-pendatang daripada beberapa negara membangun termasuklah dari negara-negara jiran ekoran peluang pekerjaan dan ekonomi yang lebih baik, selain faktor pertalian persaudaraan.

Sempadan Malaysia yang seringkali digambarkan sebagai mudah bolos, menambah rencah yang menarik kedatangan pendatang-pendatang asing. Namun yang paling ketara adalah, penguatkuasaan imigresen yang amat menyedihkan merupakan faktor utama menggamit kehadiran pendatang-pendatang asing dan pekerja-pekerja haram dari negara lain, sehingga dari benua Afrika pun bertumpu ke sini.

Kelompok pendatang asing ini banyak mengambil peluang daripada rakyat Malaysia. Sama ada sedar atau sebaliknya, rakyat Malaysia menanggung hampir keseluruhan hidup pendatang asing di negara ini, manakala mereka pula bebas daripada membayar Malaysia kembali dalam bentuk cukai, walaupun pada masa yang sama, Malaysia turut membekalkan perkhidmatan perubatan, barangan bersubsidi, bahkan pendidikan percuma yang sepatutnya dikhaskan kepada rakyat Malaysia semata-mata.

Bukan satu perkara luar biasa melihat anak-anak pendatang asing ini bersekolah di sekolah-sekolah kebangsaan, malahan dari peringkat pra-sekolah, mahupun di tadika-tadika KEMAS. Dan tidak mengejutkan juga apabila mengetahui, ada di kalangan mereka yang menerima BRIM dan Bantuan Persekolahan 1Malaysia walaupun ibu bapa mereka bukannya warganegara Malaysia.

Dasar Lemah Lembut

Dasar toleransi pentadbiran Malaysia yang amat keterlaluan dalam isu pendatang asing ke negara ini, amat membimbangkan tetapi pada masa yang sama, amat mengejutkan dan mengkagumkan!

Pentadbiran Malaysia khususnya yang melibatkan imigresen tidak henti-henti mewujudkan keterujaan, kehairanan, rasa terkejut, kekaguman dan sebagainya menerusi tindakan-tindakan mereka yang lebih dilihat sebagai satu tindakan pengambilan untung semata-mata.

Bermula dengan kehadiran pendatang asing secara besar-besaran pada awal 1980-an, sehingga kini, imigresen Malaysia dianggap sangat gagal dalam perlaksanaan penguatkuasaan bagi memastikan pendatang-pendatang dan pekerja-pekerja asing tidak terlalu bebas seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Ditambah pula dengan permintaan kepada buruh-buruh murah, ada pihak-pihak tertentu yang menjadikan pendatang dan pekerja asing sebagai cara untuk mereka mendapatkan keuntungan dan kemewahan mudah.

Pemerdagangan manusia ini didalangi oleh orang tengah. Orang tengahlah yang banyak mengaut keuntungan manakala kelemahan Jabatan Imigresen dalam perlaksanaan dan penguatkuasaan pula, telah memberikan peluang yang amat besar kepada orang-orang tengah itu untuk menjadi sektor kartel yang amat berkuasa.

Barangkali menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan kerajaan perlu segera memperbetulkan keadaan tersebut, satu bentuk kawalan diwujudkan untuk mengawal dan mengekang kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia menerusi pangkalan data yang dilaksanakan oleh MYEG.

Sedikit demi sedikit dan seperti biasa, beransur-ansur yang terlalu perlahan, menerusi beberapa syarikat atau lebih tepat lagi konsortium yang mengendalikan projek pendaftaran pekerja asing. Syarikat-syarikat tersebut adalah Bukti Megah Sdn. Bhd, Imam Sdn. Bhd, Fokas Mulia Sdn. Bhd dan MyEG Berhad.

Kegagalan projek 6P pada tahun 2011 dalam menangani masalah pekerja-pekerja asing, menyebabkan kerajaan perlu mencari mekanisme yang lebih berkesan dalam mendaftar, mengawal serta pada masa yang sama, mengekang keserakahan orang tengah yang telah menggagalkan semua usaha kerajaan.

Imigresen Gagal

Pendaftaran pekerja asing dilihat sebagai satu perniagaan yang amat menguntungkan. Dan kerana itulah, MYEG menjadi sasaran pihak-pihak berkepentingan untuk mereka terlibat di dalamnya. Tugas untuk mendaftarkan pekerja-pekerja asing, sekaligus membolehkan mereka membayar cukai yang sepatutnya, selain majikan yang perlu lebih bertanggungjawab dengan kemasukan mereka, menyebabkan ada pihak yang kecewa apabila syarikat-syarikat mereka tidak diberikan hak untuk bersama-sama dalam konsortium MyEG.

MyEG sebenarnya tidak lebih berkuasa daripada Imigresen sebaliknya konsortium tersebut hanya diberikan hak untuk mendaftar dan bekerja bagi pihak kerajaan untuk mengutip levi daripada pekerja-pekerja asing dan majikan-majikan mereka. Dan MyEg tidak bersendirian memandangkan terdapat tiga syarikat lain yang melakukan kerja-kerja yang sama dengan MyEg dalam isu pekerja-pekerja asing.

Bermula Februari 2015, MyEG telah diberikan hak melebarkan perkhidmatannya termasuklah enam jenis perkhidmatan membabitkan pekerja-pekerja asing. Dan di situlah bermulanya 'masalah-masalah' baru.

Paling ketara membabitkan kempen pembangkang yang cuba menutup malu mereka selepas menfitnah kerajaan menang PRU-13 menerusi undi pengundi-pengundi hantu yang diimport dari Bangladesh berjumlah 40,000 orang.

Namun cerita yang paling kerap didengar adalah tuduhan mengatakan MyEg membuat duit daripada kerja-kerja pembaharuan permit pekerja-pekerja asing. Walhal MyEg hanyalah bertindak sebagai kaunter hadapan dan kaunter bayaran untuk Imigresen, manakala keseluruhan bayaran 'dipunyai' oleh Imigresen.

MyEg juga pada November 2015, telah dituduh kononnya mengupah pihak ketiga untuk mendaftarkan pekerja-pekerja asing. Tuduhan-tuduhan tersebut timbul ekoran wujudnya berita tentang rancangan membawa masuk 1.5 juta orang pekerja dari Bangladesh, sekaligus menimbulkan kebimbangan besar kepada rakyat Malaysia, khususnya melibatkan kegagalan dan kelemahan penguatkuasaan Imigresen sendiri ke atas para pekerja asing. Selain itu turut dikatakan, MyEg membuat duit dengan mengenakan caj beribu-ribu ringgit bagi setiap orang pekerja asing untuk pendaftaran baru sedangkan pada masa yang sama, kerajaan tidak pernah mengumumkannya.

Tuduhan-tuduhan tersebut bagaimanapun, dinafikan oleh MyEg (RUJUK DI SINI).

Berita yang dilaporkan oleh MSTAR pada 26 Januari lepas, amat menarik kerana ia membabitkan pengumuman oleh Imigresen. (RUJUK SINI)

Timbul persoalan, adakah sebenarnya Imigresen sedang menjadikan salah sebuah daripada syarikat-syarikat yang diberikan hak membantu imigresen dalam urusniaga pendaftaran pekerja asing yang amat menguntungkan itu, sebagai kambinghitam untuk sesuatu yang dilindungi?

Berita tentang kegagalan pendaftaran pekerja asing oleh MyEg amat menarik. Kegagalan sejumlah lebih 30,000 pekerja asing didaftarkan, boleh menjadi tajuk yang menimbulkan pelbagai persepsi walaupun hakikatnya, kegagalan tersebut mungkin berpunca daripada dokumentasi Imigresen sendiri seperti pasport tamat tempoh dan sebagainya.

Syarikat-syarikat seperti MyEg sebenarnya tidak akan wujud sekiranya Imigresen benar-benar cekap dan benar-benar melaksanakan tugas serta amanah mereka terutama yang melibatkan penguatkuasaan. Kewujudan syarikat-syarikat seperti MyEg dan pemberian kontrak yang pada luarannya seperti mahu memudahkan kerja-kerja Imigresen, tidak seharusnya disusuli dengan cerita-cerita kambing hitam untuk melindungi kelemahan Imigresen sendiri.

Masalah pendatang dan pekerja asing sudah menjadi barah besar kepada Malaysia dan rakyatnya. Lambakan pekerja asing yang tidak lagi terhad kepada sektor-sektor yang ditetapkan, malah mewujudkan pula kewujudan pendatang-pendatang asing yang tidak bekerja tetapi kita boleh melihat mereka melepak sana sini, termasuklah yang menguasai kawasan-kawasan seperti Pasar Borong Selayang sekaligus menjadi bukti jelas, bukan syarikat-syarikat seperti MyEg yang perlu dikambinghitamkan, tetapi Imigresen sendiri yang perlu diperiksa untuk melihat sakitnya!


HILANG SUDAH RM2.6 BILION SONGLAP DUIT 1MDB, TIMBUL CERITA ZAHID JUMPA 'ARWAH' RAJA ABDULLAH!!!



Kita sedang melihat satu putaran cerita yang amat menarik. Kisah 1MDB hilang begitu sahaja. 'Kebimbangan' kononnya 1MDB telah disalahgunakan dan menyalahgunakan wang rakyat bagi mengembangkan tembolok dan nafsu Najib-Rosmah, semakin dilupakan. Sebaliknya, tumpuan kini ialah cerita bagaimana Zahid boleh bertemu dengan Raja Abdullah untuk mengesahkan wang RM2.6 bilion itu adalah derma peribadi daripada bekas Raja Saudi itu.

Tiada lagi Akta Patriot, RICO atau AMLA. Yang dimomokkan sekarang adalah butiran tentang pengesahan wang berkenaan berstatus derma daripada orang yang sudah pun meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Mereka yang sebelum ini beria-ia mahu membuktikan bahawa ianya adalah wang 1MDB dengan menggunakan khidmat Clare dan WSJ, kini telah cuba untuk melupakan hujah-hujah mereka sendiri. Dan apabila Peguam Negara menyatakan, mengesahkan dan memberikan bukti bahawa wang tersebut adalah derma peribadi dari keluarga diraja Arab Saudi, menerusi siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM, masing-masing bertungkus lumus mencari ruang yang membolehkan mereka terus melakukan serangan.

Dan Zahid Hamidi dilihat sebagai saluran terbaik untuk mereka melepaskan geram kerana Peguam Negara 'membebaskan' Najib daripada hukuman yang mereka ingin benar lihat.


Zahid dikatakan telah bertemu dengan hantu Raja Abdullah. Dengan kata lain, mereka dengan penuh gembira menyatakan bahawa Zahid terkantoi menipu dengan memberi alasan yang paling tidak munasabah sehingga menjadikan pertemuan yang tidak mungkin boleh berlaku, sebagai alasan untuk membela Najib Abdul Razak.

Malangnya, mereka sendiri memaparkan keghairahan yang memakan diri. Apakan tidak, mereka tidak berhati-hati dan tidak faham perkataan 'REPRESENTATIVES' atau 'REPS' yang terdapat di dalam printscreen mereka sendiri!

Nampak gayanya, perkataan 'DEDAK', 'pendapatan haram', 'jilat punggung Jib', dan seangkatan dengannya akan semakin meriah apabila sanggahan seperti ini didedahkan. Golongan yang bijak pandai yang menampilkan pelbagai bukti yang tersepuk ke muka sendiri pula, nampak gayanya terpaksa mencari-cari perkataan lain untuk melepaskan geram.

Barangkali mereka tidak cukup kenyang dengan memakan 'rezeki halal' daripada perbuatan menfitnah kut....


Thursday, January 28, 2016

NETIZEN DAN PORTAL DEDAHKAN GURU CEMERLANG DI JOHOR ZAHIRKAN CITA-CITA NAK BOM, KERAT KAKI TANGAN DAN BUNUH PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!



Selepas seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya akaun Facebooknya telah digodam dan digunakan oleh pihak lain menyiarkan pelbagai fitnah dan hasutan, sekali lagi warga Netizen mendedahkan tentang perilaku seorang guru wanita yang mengungkapkan kata-kata subversif berorientasikan jenayah.

Guru wanita berkenaan yang dikatakan pernah menerima anugerah Guru Cemerlang dan dikatakan masih bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Guru berkenaan berasal dari Kelantan, berdaftar sebagai seorang pengundi di lokaliti Padang Kala, DUN Melor dan Parlimen Ketereh.

Dalam postingnya yang amat menarik perhatian di Facebook, guru wanita yang berusia 36 tahun itu menyiarkan sekeping gambar kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja keluar dari pekarangan Istana Negara dan digiring oleh beberapa orang anggota polis trafik.

Katanya, “Huk aloh dia ni… nk kalah kt semua negeri kot…naik DAP esok mula2 skali bom jer dia ni ya… kalau naik PAS potong kaki tangan pastu hukum bunuh jer..mmg hukuman kt dunia lag itulah yang selayaknya.”

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada warga Netizen yang menyifatkan wanita itu tersangat biadap dan sengaja mengundang natijah tindakan undang-undang ke atasnya. Malah ada yang beranggapan, wanita tersebut sedang mencabar undang-undang terutama yang berkaitan dengan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.... TERUSKAN BACAAN DI SINI


MENGEJUTKAN DAN MEMALUKAN!!! BOCOR MAKLUMAT SPRM DI FACEBOOK, ISTERI KEDUA PEGAWAI KANAN SPRM TERDEDAH DAN DIDEDAHKAN!!!



Semuanya angkara gatal tangan dan gatal mulut...

Kerana mulut santan binasa...

Keterujaan akhirnya memudaratkan....

Itulah yang boleh dikatakan kepada seorang wanita yang terpaksa berdalih mengatakan akaun Facebooknya sekian lama telah digodam dan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu selepas pelbagai pendedahan dibuat oleh Netizen.

Pendedahan MENGEJUTKAN tentang wanita tersebut, ada DI SINI. Anda boleh baca sendiri dan nilaikanlah.





Wednesday, January 27, 2016

RAFIZI RAMLI CUBA HASUT PENDEPOSIT KELUARKAN SIMPANAN DARI TABUNG HAJI DENGAN GAMBARAN TABUNG HAJI SUDAH MUFLIS!!!


Selepas mahkamah mengecopmohorkan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR sebagai seorang pembohong dan pembuat fitnah, lantas menjatuhkan hukuman denda kepadanya, Rafizi Ramli segera mengumpulkan dan melancarkan satu lagi fitnah baru.

Cuma kali ini sasarannya agak lebih rendah iaitu memastikan Tabung Haji ditutup dan operasi Tabung Haji untuk memudahkan jemaah-jemaah Haji Malaysia menunaikan ibadah tersebut menerusi skim simpanan yang disubsidikan oleh kerajaan, terganggu kerana sabotaj.

Rafizi Ramli sekarang ini cuba menimbulkan kesangsian dan ketakutan di kalangan para pendeposit dengan menggambarkan seolah-olah Tabung Haji tidak lagi mempunyai wang dan para pendeposit akan kehilangan wang simpanan mereka di Tabung Haji.

Menerusi Facebook peribadinya, Rafizi Ramli dilaporkan sebagai berkata, "Maka sahlah, rizab Tabung Haji tidak cukup untuk membayar kembali simpanan pendeposit kerana kerugian terkumpul."

Motif ayat tersebut amat mudah, iaitu menimbulkan kepanikan dan para pendeposit Tabung Haji berpusu-pusu untuk mengeluarkan simpanan masing-masing, sekaligus menghakis kepercayaan kepada Tabung Haji untuk menguruskan dana jemaah Haji. Walaupun tidak secara berterus-terang, tetapi maksud daripada ayatnya itu ialah, para pendeposit perlu mengeluarkan 100% simpanan mereka dari Tabung Haji sebelum wang tersebut hilang, sekaligus menyukarkan jemaah Haji yang mencarum di Tabung Haji untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Rafizi Ramli mungkin tahu dan ada jalan untuk mendapatkan visa Haji yang sukar diperolehi kecuali menerusi Tabung Haji. Bagaimanapun, Rafizi Ramli yang mengaku pernah bekerja sebagai seorang akauntan, langsung tidak dapat membezakan antara simpanan dan aliran tunai. Dia juga dengan sengaja dan berniat jahat menyembunyikan 'pengiraan nilai aset' menerusi fair value of portfolio of assets Tabung Haji di mana tidak semuanya akan ditaksir semula atau dimasukkan ke dalam akaun. Dan sudah tentulah, manusia keji seperti Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang sifat husnuzun dan tabayyun kerana dia telah terbukti sebagai seorang penfitnah!


Apatah lagi, Tabung Haji sendiri telah memberikan jaminan tentang keselamatan deposit para penyimpannya. Mereka tidak sahaja disokong oleh aset-aset Tabung Haji tetapi juga mendapat jaminan kerajaan, sekaligus tidak sepatutnya menggusarkan para bakal jemaah haji tentang keselamatan wang simpanan mereka.

Berbekalkan cop mohor sebagai penfitnah yang telah disahkan oleh mahkamah kepadanya, adakah Rafizi Ramli yang perlu dan layak dipercayai berbanding Tabung Haji yang tidak pernah gagal menghantar atau memenuhkan kuota jemaah haji yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi semenjak ia ditubuhkan?

JANGAN KERANA RM2.6 BILION, PROSES UNDANG-UNDANG NEGAR A DIPERSOALKAN, KATA ZAHID HAMIDI!!!



Siasatan yang membawa kepada penemuan Peguam Negara berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dilakukan secara teliti dan menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap bukti dan perkara berkaitan, disiasat dengan mendalam.

“Tiada siapapun harus mempersoalkan proses undang-undang kita atau kecekapan dan kebebasan institusi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Seperti telah dijelaskan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media semalam , kata Ahmad Zahid tiada syarat dikenakan dengan derma yang telah dibuat kepada Najib secara peribadi, iaitu ia dibuat daripada kepercayaan kepada beliau dan kepimpinannya berhubung isu-isu utama.

“Saya mengetahui perkara ini selepas bertemu sendiri dengan penderma yang dimaksudkan. Perdana menteri memilih sendiri untuk menggunakan sumbangan (itu) untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat di seluruh Malaysia,” katanya.

Sambil berkata isu itu terlalu banyak menghabiskan masa, Ahmad Zahid berharap ia tidak diungkit lagi.

“Kita mesti bersatu dan bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan perdana menteri untuk Malaysia.

“Beliau adalah orang yang amat bersesuaian untuk membawa kita mengharungi kemelut ekonomi global semasa dan ancaman keselamatan yang dihadapi kini,” katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata ahli politik sentiasa bersedia untuk diserang oleh musuh-musuh yang ingin merosakkan reputasi dengan tuduhan palsu untuk menidakkan mereka.

“Bagaimanapun, adalah salah untuk merosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk kepentingan politik peribadi. Kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan peribadi,” tegasnya. - POST METRO


Tuesday, January 26, 2016

PEMBENCI TABUNG HAJI MEMANG SAKIT OTAK KRONIK!!! BAGI DIVIDEN TINGGI PUN SALAH, TAK BAGI DIVIDEN PUN SALAH JUGA!!!



Dengan andaian bahawa isu kebocoran surat dari BNM kepada Tabung Haji adalah benar, berikut adalah beberapa fakta mengenainya :

1. BNM memandang berat terhadap aset TH pada September 2015 yang rendah berbanding nilai liabiliti (bermaksud deposit daripada pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.

Surat berkenaan adalah untuk menyatakan kebimbangan BNM terhadap TH dan keperluan kepada TH untuk meningkatkan rizab mereka serta memperkasakan pengurusan risiko mereka.

Ia bukanlah surat yang bertujuan untuk menghukum TH.

2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna bahawa aset mereka hanyalah sebanyak RM 56.72 bilion manakala nilai deposit yang perlu ditampung ialah RM57.9 bilion – menunjukkan terdapatnya kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.

3) BNM menyatakan bahawa punca bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, Tabung Haji telah menghabiskan margin rizab mereka dengan membayar dividen dan bonus lebih tinggi daripada keuntungan bagi tahun tersebut – iaitu membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan mereka.

Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang namun sebaliknya ia telah digunakan untuk membayar balik pendeposit dengan nilai yang tinggi.

4) Besar kemungkinan nilai aset pada September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak termasuk dalam penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran – terutamanya hartanah asing.

Menurut peraturannya, TH melabur sebanyak 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah, dan lebihan 10% lagi dalam pasaran wang.

Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat namun TH tetap membuat pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah di luar negara.

Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, baru-baru ini TH mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membuat pulangan sebanyak 200% ke atas pelaburan hartanah di UK.

TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.

Indeks Bursa pada akhir September adalah sebanyak 1600 mata namun pada akhir tahun 2015, ia ditutup sedikit rendah daripada 1700 mata – ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.

Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion – yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 14 tahun.

Oleh itu, untuk membayar dividen sebanyak 8% dan bonus pada kadar yang sama serta menampung kejatuhan nilai pada bulan September, TH perlu meningkatkan nilainya dari bulan September-Disember 2015 pada nilai sekitar RM4.6 bilion – atau kira-kira 8% peningkatan dari aset pada bulan September yang bernilai RM56. 72 bilion – dimana ianya adalah tidak mustahil.

Walau bagaimanapun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya pendeposit tidak mengalami kerugian.

Tetapi, berdasarkan situasi keseluruhan ekonomi yang lemah pada tahun 2015, untuk menjangkakan nilai dividen sebanyak 8% dilihat sangat optimis.

Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan yang lepas iaitu pada tahun 2008-2009, nilai dividen hanya 5% manakala pada tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.

Bagaimanapun, Pengerusi TH telah mengeluarkan kenyataan bahawa TH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperolehi keuntungan dan membayar dividen untuk tahun lepas serta mereka sedang menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi, mari kita tunggu.



TAHUKAH ANDA, SJKC-SJKC DI SELURUH MALAYSIA SEBENARNYA BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG NEGARA!!!



Pejuang-pejuang sekolah vernakular seringkali menekankan, sesiapa sahaja yang menentang sistem vernakular adalah golongan penghasut. Mereka juga perlu dikenakan hukuman kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan memporak-perandakan negara ini.

Namun tahukah anda, sekolah-sekolah vernakular sebenarnya adalah HARAM di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Kewujudannya lebih banyak menyumbang kepada kemusnahan struktur kenegaraan dan merencatkan cita-cita mewujudkan negara bangsa yang mana rakyatnya bersatu padu dan hidup secara harmoni serta saling hormat-menghormati.

Artikel 12(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa:

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap manamana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

 Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedudukan dan menghalalkan keberadaan sekolah-sekolah vernakular di Malaysia kecuali Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persekutuan dan Sekolah-Sekolah Agama Negeri yang terdapat dalam Artikel 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas.

Sebaliknya, sekolah-sekolah vernakular hanya dinyatakan dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan di bawah kuasa Menteri bagi penubuhannya. Sekaligus ada persoalan tentang percanggahan kerana walaupun penubuhannya dinyatakan dalam Akta Pendidikan namun Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi Malaysia tidak pernah membenarkan penubuhannya.... TERUSKAN BACAAN DI SINI


Thursday, January 21, 2016

JANGAN GABRA LA... MUKHRIZ TAKKAN DIPECAT DARI JAWATAN MENTERI BESAR SEPERTI MANA BAPANYA PECAT OSMAN AROP UNTUK DIGANTIKAN SANUSI JUNID DULU!!!



Malah Mukhriz juga diperingatkan dengan cara yang paling kasar agar mengotakan janji-janji dan tugasnya sebagai Menteri Besar, bukannya bersenang lenang dan bekerja secara tangkap muat sepertimana yang dilakukannya semenjak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Umum mengetahui, Mukhriz mendapat segala keistimewaan dan bantuan hanya kerana dia adalah anak mantan Perdana Menteri yang disayangi ramai, Tun Dr. Mahathir. Tanpa berbinkan Mahathir, Mukhriz memang tidak dipandang langsung, malah tidak mempunyai sebarang peluang di Kedah, terutama sekali apabila cerita-cerita tentang keluarganya atau lebih tepat lagi, isteri dan anak-anaknya, menjadi buah mulut dari hujung Bukit Kayu Hitam sehinggalah ke hujung pekan Selama, Kedah.

Walaupun pasukannya dan para penyokongnya sedang menyalahkan Najib kerana ancaman keras ke atas Mukhriz, hakikatnya, Mukhriz sendiri yang perlu memperbetulkan gaya politiknya yang terlalu mengharapkan orang akan memahami dan bekerja untuknya.

Politik di Kedah jauh lebih kompleks berbanding negeri-negeri lain kerana kuasa dan pengaruh berada di tangan warlords. Pengundi biasanya bersifat konservatif dan tradisional. Tidak seperti Kelantan yang bergantung sepenuhnya kepada pengundi-pengundi luar, pengundi-pengundi Kedah pula masih muka-muka yang sama. Kalau ada pun golongan pengundi muda, kebanyakannya berpihak kepada lawan, khususnya PAS yang lebih agresif menambah bilangan pengundi dan penyokong. Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan serpihan PAS juga tidak setanding, malah kerana itulah Mahfuz Omar masih kekal di dalam PAS walaupun jiwa raganya bersama-sama Mat Sabu.

Daripada apa yang diperhatikan, Mukhriz tidak akan kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dalam tempoh terdekat ini. Sekurang-kurangnya Mukhriz akan dikekalkan sehingga PRU-14 yang akan berlangsung dalam tempoh kurang 24 bulan dari sekarang. Namun Mukhriz tidak boleh lena dan seronok dengan cerita-cerita indah yang dilihatnya menerusi media sosial kerana pada peringkat akar umbi terutama sekali di kampung-kampung yang jauh dari Alor Star, rungutan penduduk terus kedengaran. Dari masalah banjir sehinggalah bantunan RM0.30 bagi setiap kilogram getah yang tidak diselesaikan Mukhriz sehingga ke hari ini.... BACAAN SETERUSNYA DI OHOHYEKER.COM


ISU MUKHRIZ DI KEDAH... TAK PERLU MAIN SENTIMEN RAKYAT, MUKHRIZ PERLU MUHASABAH DIRI!!!



Ketika Kedah berada di tangan PAS, pergerakan UMNO di Kedah terlalu amat perlahan. UMNO Kedah terumbang-ambing dan kehilangan hala tuju seolah-olah mereka meratapi kegagalan mempertahankan Kerajaan Negeri pada PRU-12.

Dan seperti biasa, apabila kalah, maka kalah jugalah dalam segala segi termasuklah moral. Bekas-bekas pemimpin kerajaan negeri, semuanya bertukar menjadi pasif. Selama hampir tiga tahun, tiada sebarang gerak kerja UMNO Negeri mahupun Barisan Nasional Negeri.

Tidak banyak harapan yang diberikan kepada UMNO dan Barisan Nasional Kedah pada PRU-13. Tambahan pula, PAS Kedah dengan Allahyarham Ustaz Azizan sebagai jurukemudinya dianggap terlalu ampuh dan kuat untuk ditumbangkan.

Bagaimanapun, perjalanan peristiwa di Kedah menunjukkan beberapa orang pemimpin PAS seperti Phahrolrazi Zawawi pula kemaruk hendak menjadi Menteri Besar Kedah selepas beberapa isu melibatkan pemberian projek Kerajaan Negeri menimbulkan kekecohan, terutama selepas Allahyarham Tan Sri Azizan dikatakan mengurniakan projek penyelenggaraan jalanraya kepada syarikat berkaitan UMNO dan bukannya kepada syarikat yang dinaungi oleh Phahrolrazi Zawawi yang telah mendapat projek sehingga ke Johor sebelum itu.

PAS Kedah berkecamuk ketika hampir PRU-13. Beberapa pendedahan tentang pembalakan, penerokaan tanah secara haram, pencurian pasir dan mineral, serta rampasan kegagalan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Pusat termasuklah MARIS dan untuk PBT bagi menyelenggara serta memperbaiki jalanraya, seperti garam dan air limau yang disimbah ke luka di badan.

PAS Kedah berpecah. Mat Sabu masuk menaburkan jarum di kawasan yang dirasakannya sebagai kubu kuat yang penuh penyokongnya iaitu di Pendang. Namun, rakyat Kedah telah membuat keputusan iaitu menukar kepimpinan negeri kembali kepada Barisan Nasional-UMNO pada PRU-13.

Usaha meyakinkan para pengundi Kedah untuk berkalih sebenarnya bukannya mudah. UMNO Kedah bergerak tanpa sebarang dana. Bendahari yang dijawat oleh Mukhriz ketika itu langsung tidak berfungsi. Ahmad Bashah yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah bersendirian dalam usaha untuk menghidupkan dan mendanakan kerja-kerja kempen di Kedah. Semua usaha mencari dana ditumpukkan ke kepala Ahmad Bashah seorang diri dengan bantuan daripada beberapa orang pemimpin lain termasuklah Mahdzir Khalid.

Ketika itulah, nama Mukhriz Mahathir sedang menjulang terutama apabila dia gagal dalam cubaannya untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan seperti biasa, Mukhriz segera dijadikan sebagai 'IMAM MAHDI UMNO' untuk merampas Kedah dari PAS walaupun pada masa yang sama, rungutan tentang sikap pasif Mukhriz terutama dalam kerja-kerja kempen dan publisiti, turut kedengaran.

Berbekalkan nama bapanya, Mukhriz dihantar ke Kedah setelah sebelumnya dia menang di Parlimen Jerlun ketika banyak Parlimen yang dikuasai UMNO sebelum PRU-11, tertungging di tangan lawan. Mukhriz pada mulanya dikatakan akan bertanding di DUN Bakar Bata, DUN yang telah dikuasai oleh Ahmad Bashah selama beberapa penggal. Namun ada perubahan pada saat-saat akhir apabila big boss di Putrajaya melihat perlunya UMNO mengekalkan penguasaan di Parlimen Jerlun dan DUN Ayer Itam, yang telah dimenangi pada PRU-11.

DUN Ayer Itam merupakan kubu kuat Dato Othman Abdul Aziz, salah seorang arkitek UMNO Kedah yang tidak banyak cakap dan tidak banyak mempublisitikan dirinya. Untuk memastikan Mukhriz benar-benar dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, akhirnya anak Tun Dr. Mahathir itu diletakkan di DUN Ayer Itam pada PRU-12, dalam pertukaran 'suka sama suka' dengan Othman Aziz.

Kedua-duanya berjaya menang di kedua-dua kerusi yang kebetulan.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Tuesday, January 19, 2016

NASRUDDIN TANTAWI DEDAH KETAKUTAN LIM GUAN ENG DEDAH CERITA TEROWONG, PUJUK MINTA MAAF DAN SELEPAS ITU SPIN SEOLAH-OLAH TANTAWI BERSALAH!!!



1. Kelihatan banyak situasi disiar secara tidak menepati kedudukan sebenar apa yang berlaku. Sebahagian pula bersungguh benar untuk menampakkan kononnya saya membuat fitnah dan akhirnya mengaku salah.

2. Saya mengajak para pembaca mengamati beberapa point yang saya kemukakan di sini untuk melihat kedudukan sebenar apa yang berlaku.

Pertama : Saya adalah pihak yang disaman. Ertinya pihak YAB Lim Guan Eng yang saman saya dan mendakwa saya telah memfitnah beliau melalui artikel saya bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu bertajuk : Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ?

Kedua : Mereka saman saya, kemudiannya mereka yang mahu selesaikan kes ini diluar mahkamah. Beberapa kali mereka merundingi saya supaya saya keluarkan kenyataan mohon maaf dan mereka akan tarik balik saman.

3. Realitinya, sejak setahun yang lalu lagi, pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran dari pihak LGE supaya saya memohon maaf terbuka dan mereka bersedia untuk menarik balik saman ke atas saya. Sejak itu juga, saya tegaskan bahawa tidak ada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah.

4. Saya telah catat dalam kenyataan awal saya kelmarin bahawa apabila saya tiba dimahkamah untuk sedia dibicarakan ekoran saman fitnah yang dikemukakan ke atas saya, sekali lagi saya diajak berunding untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah dengan saya mengemukakan permohonan maaf.

5. Saya tanya pandangan team peguam saya. Peguam menyerahkan keputusan kepada saya dengan mengemukakan beberapa option dari perspektif undang - undang. Saya menimbang situasi itu lalu sekali lagi saya buat keputusan bahawa saya tidak akan mohon maaf kerana saya tidak memfitnah LGE sebagaimana yang didakwa.

6. Sekurang - kurangnya dua kali rundingan melalui pasukan peguam berlaku di mahkamah kelmarin. Keputusan saya tetap bahawa saya tidak akan mohon maaf. Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak memfitnah LGE dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.

7. Setelah usaha untuk meminta saya memohon maaf itu tidak berjaya dan dimaklumkan kepada hakim bahawa rundingan tidak mencapai kesepakatan, lalu saya dan LGE dipanggil ke kamar hakim untuk sekali lagi melalui proses mediasi (runding cara untuk selesaikan kes - kes sivil di luar mahkamah) tanpa disertai oleh peguam dari kedua - dua pihak.

8. Tanpa saya perlu menceritakan secara detail proses yang berlangsung dalam kamar hakim sekitar setengah jam itu, saya nyatakan secara terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan mengaku bersalah, tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes ini diteruskan. Saya adalah orang yang disaman dan saya sedia pertahankan artikel dan kenyataan saya.

9. Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi - direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.

10. Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk "Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga masih kekal dan dipertahankan.

11. Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.

12. Begitulah secara ringkas saya gambarkan perjalanan kes. Maka tidak sewajarnya saya terus dibicarakan diluar mahkamah setelah kes ini selesai dengan pelbagai andaian dan spin pihak media tertentu yang jelas kelihatan bersungguh - sungguh mahu meletakkan saya sebagai orang yang mengaku bersalah.

13. Kalau masih ada pihak yang mahu mempersoalkan atau membicarakan kes ini di luar mahkamah kerana masih tidak berpuas hati terhadap saya sedang saya telah sedia berpuas hati dengan apa yang dicapai, maka eloklah mereka persoalkan kenapa pihak yang menyaman saya iaitu mendakwa saya memfitnah tetapi pihak yang menyaman pula yang bersungguh - sungguh mohon kes ini diselesaikan diluar mahkamah ? Sedang saya sedia untuk perbicaraan pada bila - bila masa. Ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka.

14. Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Bila dah selesai, spin pula seolah - olah saya bersalah. Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah. Selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir.

Sekian.



Friday, January 15, 2016

40 TAHUN TUN RAZAK DALAM KENANGAN TETAPI PENYATA PELAJARAN RAZAK 1956 HANYA JADI BAHAN MUZIUM!!!



Sudah 40 tahun Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussin meninggalkan dunia ini. Saban masa, cerita-cerita tentang kejayaan dan kehebatannya terus diperkatakan, terutama sekali apabila anak lelaki sulungnya, Najib Abdul Razak kini menggalas tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Cabaran yang dihadapi oleh Tun Abdul Razak dengan Najib jauh berbeza sama sekali. Tun Razak ketika menjawat jawatan tersebut, tidak berhadapan dengan komplikasi megah diri atau besar kepala di kalangan orang Melayu, khususnya generasi muda, sebaliknya berhadapan dengan sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya mereka boleh melakukan apa-apa sahaja di dunia ini, sama seperti bangsa-bangsa lain.

Usaha-usahanya untuk membantu memulihkan ekonomi orang Melayu, mendapat tentangan daripada kalangan orang UMNO sendiri, malah tragedi 13 Mei 1969 telah melabelkan Tun Abdul Razak sebagai anti-cina terutama selepas Tun Abdul Razak juga dikatakan sebagai salah seorang konspirator menggulingkan Tunku Abdul Rahman yang lebih disenangi oleh kaum Cina.

Walau apa pun tanggapan buruk yang diberikan kepada Tun Abdul Razak, malah walau apa pun penghargaan sekarang ini dikreditkan kepadanya, ada satu perkara yang langsung tidak disentuh oleh mana-mana pihak, termasuklah oleh anak lelaki sulungnya yang kini sudah bergelar Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak.

Penyata Pelajaran Razak 1956!

Daripada 17 cadangan yang telah dibuat oleh Penyata Pelajaran Razak, sekurang-kurangnya terdapat tiga cadangan yang langsung tidak diberikan perhatian, malah dianggap sebagai satu hasutan oleh pihak-pihak tertentu, khususnya pembela aliran vernakular.... TERUSKAN BACAAN DI OHOHYEKER.COM


Thursday, January 14, 2016

4 GURU MELAYU BUAT LAPORAN POLIS GURU BESAR SJKC BERSIKAP RASIS!!!



4 orang guru Melayu di SJKC Pai Chee, Mersing telah membuat laporan polis berhubung tindakan dan layanan buruk yang mereka terima di SJKC Pai Chee.

Salah seorang guru tersebut, telah diserang ketika berada di dalam Bilik Guru oleh seorang pelajar. Dia juga turut dimaki dalam Bahasa Cina oleh seorang pelajar Cina yang lain. Manakala guru besar pula bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar biadap itu, malah turut menunjukkan sikap rasis yang keterlaluan.



Sepucuk surat yang ditulis oleh guru-guru dan kakitangan Melayu sekolah tersebut kepada Pejabat Pelajaran Daerah telah mendedahkan apa yang berlaku di sekolah berkenaan. PIBG dan masyarakat Cina didakwa tidak mahu guru-guru Melayu mengajar di sekolah tersebut sebaliknya mendesak agar guru-guru Melayu itu digantikan dengan guru-guru Cina.

Guru besar itu juga didakwa telah mengarahkan keempat-empat guru Melayu tersebut meminta agar mereka memohon ditukarkan ke sekolah kebangsaan.

Di dalam surat aduan itu juga, diterangkan bagaimana sikap perkauman sudah menjadi perkara biasa di kalangan guru-guru dan guru besar sekolah tersebut. Guru-guru dan kakitangan berbangsa Melayu seringkali dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal, termasuklah membuat aktiviti tanpa memaklumkan kepada guru-guru Melayu kemudian menuduh guru-guru Melayu tidak memberikan sebarang kerjasama.



Selain itu, turut didedahkan juga adalah sikap guru besar sekolah yang amat cenderung untuk memasukkan unsur-unsur politik dalam mesyuarat para guru, seperti membandingkan corak pentadbiran negeri Pulau Pinang berbanding Johor selain isu berkaitan Perdana Menteri khususnya wang derma RM2.6 bilion.

Sekolah ini difahamkan mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan walaupun berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan, sekolah vernakular seperti SJKC Pai Chee tidak berhak untuk diberikan sebarang peruntukan wang negara, sebaliknya diuruskan oleh kewangan Lembaga Pengelola.

Penghujung 2015, seorang pegawai wanita Hong Leong Bank, Senai, telah dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan kerana bersikap rasis. Pada Mei 2011, seorang guru Cina bernama Poh Kim Thye dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah telah disiasat oleh pihak polis apabila bersikap rasis dan menggelarkan pelajar Melayunya sebagai BABI.



MENTERI CABAR, TUNJUKKAN DAN BUKTIKAN PELAJAR UNIVERSITI KEBULURAN SEPERTI DIDAKWA!!!



Datuk Seri Idris Jusoh menolak tinjauan yang menunjukkan tiga daripada empat pelajar di universiti awam tidak mampu membeli makanan akibat masalah wang.

Menteri pengajian tinggi berkata bancian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), yang diterbitkan awal bulan ini, “cacat”.

Beliau juga menggesa pertubuhan itu menunjukkan metodologi tinjauan itu kerana maklumat berbeza diperolehinya daripada institusi pengajian tinggi.

“Hampir mustahil hasil tinjauan MVM seperti itu kerana saya sudah berbincang dengan institusi awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti berhubung hal ini.

“Saya mendapati mereka semua komited dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah kewangan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pelajar yang berdepan kesukaran sebagaimana digambarkan dalam tinjauan tersebut boleh berjumpa bahagian hal ehwal pelajar untuk bantuan.

Pada 2 Januari lalu, kaji selidik MVM mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.

Sebanyak 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”

Kajian itu melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti, termasuk Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tinjauan juga mendapati 96 peratus, atau 24,720 mahasiswa, terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan 74 peratus (18,765) pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan. (SUMBER)

RANI KULOP KECEWA TIDAK DIPEDULIKAN OLEH MEDIA-MEDIA ELEKTRONIK LAGI!!!



Ni satu lagi orang kecewa...

Barangkali kesan kegilaan glamour yang mulai pudar, membuatkan Presiden Martabat Jalinan Muhibah, Rani Kulop kecewa kerana tidak lagi mendapat tempat dan menjadi tajuk berita di media elektronik, khususnya TV1 dan TV3.

Katanya, dia kecewa kerana stesen-stesen televisyen tersebut tidak lagi menyiarkan tentang perjuangannya walhal dia bukanlah seorang ahli politik, sebaliknya memperjuangkan isu rakyat. (RUJUK SINI)

Modus operandi Rani Kulop yang banyak membuat laporan polis telah digunakan sebagai tiket untuk mengecapi kemasyhuran. Walaupun banyak pihak memperolok-olokkannya, terutama sekali penampilan serta hujah-hujahnya yang kedengaran lebih lawak berbanding fakta, namun dia tidak pernah peduli. Asalkan ada isu, dia akan menjadi antara orang terawal membuat laporan polis.

Laporan polis seolah-olah telah dijadikan bahan mainan dan tidak lagi bernilai...

Baru-baru ini, Rani Kulop menerima pingat kebesaran bergelar daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan Sultan Perak. Kenyataan Ketua Menteri Melaka bahawa lelaki tersebut yang gila berbaju serba kuning dan mendakwa dia adalah Sultan Melaka sebagai orang gila dan lebih layak menyertai Maharaja Lawak, telah dibidas oleh Rani Kulop yang cuba mempertahankan lelaki tersebut. Menurutnya, oleh kerana tiada seorang sultan pun di Malaysia yang mahu memberikan pingat yang membawa gelaran Datuk kepadanya, tiada salahnya dia menerima pingat daripada 'Sultan Melaka'. (RUJUK SINI)

Pihak berkuasa dan media seharusnya menghargainya kerana khidmat baktinya kepada masyarakat, kata Rani Kulop. Dan tidak cukup dengan itu, Rani Kulop juga mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia membuat siasatan untuk mencari punca mengapa pihak media tidak lagi menyiarkan berita tentangnya.

Macam-macam gila ada di negara ini...

Ini pun gila disebabkan kecewa!!!


Wednesday, January 13, 2016

BILA ORANG KECEWA DAN HILANG JAWATAN PERASAN JADI ORANG BERKUASA DAN MEWAKILI AKAR UMBI, BUAT DESAKAN GULINGKAN NAJIB!!!



Kalau ada yang berkata, Ketua-Ketua Cawangan UMNO di seluruh Malaysia kecuali Sarawak amat berkuasa, mereka silap sebenarnya. Majoriti Ketua-Ketua Cawangan terutama sekali cawangan-cawangan 'bunian' yang diwujudkan dengan tujuan memenangkan sesetengah pihak dalam pemilihan kepimpinan peringkat UMNO Bahagian, tidaklah menonjol dan gilakan kuasa seperti yang cuba dipaparkan oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sangat pro-Mahathir.

Adakalanya, fungsi Ketua-Ketua Cawangan dalam GKCM itu sendiri dipertikaikan kerana kewujudan majoriti mereka seolah-olah tidak terasa. Apa-apa hal sekalipun, akar umbi sama ada akan mengejar Ketua Bahagian, ADUN atau pun Ahli Parlimen, malah kadang-kadang Guru Besar dan Tok Imam jauh lebih besar peranannya berbanding Ketua-Ketua Cawangan UMNO itu.

Bagaimanapun, apabila membabitkan politik dalaman, politik menghentam sesama sendiri, politik menghancurkan parti dari dalam, tiba-tiba sahaja Ketua Cawangan buat gerakan untuk menggulingkan Presiden. Tiba-tiba sahaja hendak tunjuk kuat.

Malangnya, mereka sendiri tidak kenal akar umbi tetapi masih berani mendabik dada kononnya mereka mendapat sokongan daripada akar umbi!

Justeru apabila Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Pulau Pinang membuat sidang akhbar untuk mendesak dan menggesa Najib agar berundur daripada jawatan Perdana Menteri, lebih ramai yang mencebik bibir berbanding menyertai dan bersama-sama kumpulan tersebut. Cebikan bibir yang dibuat bukan kerana telah diberi makan dedak oleh Najib sebagaimana alasan yang sering diberikan oleh kumpulan tersebut apabila mereka melihat penentangan ke atas mereka sendiri, sebaliknya kerana akar umbi sendiri faham ke mana dan dari mana sebenarnya mereka yang berada di dalam GKCM itu.

Dalam sidang akhbar oleh GKCM Pulau Pinang, ketiadaan akar umbi UMNO, memaksa mereka terpaksa mengimport ahli-ahli PERKASA, menurut sumber. Dan sama seperti GKCM, PERKASA sendiri pun tidak keruan dan ketahuan hala!

Maklumat yang diberikan ialah, sidang akhbar GKCM Pulau Pinang itu dibiayai sepenuhnya oleh Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang, Marzuki Yahaya yang sebelum itu merupakan orang kecewa yang kalah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan dalam beberapa pemilihan UMNO lalu.

Orang kecewa lagi!

Menariknya, pada ketika Marzuki mendakwa gerakan tersebut mewakili suara akar umbi UMNO Bahagian Bagan, kehadiran Ketua Cawangan dalam sidang media tersebut, hanyalah berjumlah 3 orang tanpa pengikut sedangkan berdasarkan rekod, UMNO Bahagian Bagan mempunyai 64 Cawangan UMNO.

Apa sudah jadi dengan 61 Ketua Cawangan yang lain? Adakah mereka bukan akar umbi?

Patutlah GKCM tidak lebih daripada sekadar menjadi anjing tidak bergigi yang hanya berani menyalak dan terus menyalak apabila tokey-tokey besarnya tendang punggung. Bukan sahaja tidak bergigi, mereka juga dibuang daripada kawanan sendiri.

Macam tu yang dikatakan GERAKAN MAHA DAHSYAT yang akan menolak Najib?

Majoriti Ketua Cawangan sendiri pun menolak GKCM, macam mana pula tu?

Tuesday, January 12, 2016

PELAJAR MELAYU GAY DI KANADA, BERDOA AGAR IBU BAPANYA TERIMA KENYATAAN, DIA ADALAH GAY DAN ATHEIST!!!



Hazim Ismail berkata, dia berharap ibu bapanya boleh menerima hakikat yang dia adalah seorang gay dan atheist. Malah mereka mesti menerima kenyataan bahawa, keadaan dirinya itu tidak akan mengubah apa-apa pun di dunia ini.

Berita tentang dia yang terpaksa mengemis bantuan daripada masyarakat untuk dia meneruskan pengajiannya di Kanada serta ibunya yang telah memotong bantuan pengajian kepadanya, telah menjadi salah satu daripada berita menarik di media sosial.

Hazim Ismail secara terbuka mengakui bahawa dia adalah seorang pengamal seks sejenis dan tidak lagi mempercayai kewujudan Tuhan. Sekaligus menyebabkan segala bantuan pengajiannya selama ini tersekat, dan dia menyalahkan masyarakat serta ibu bapanya yang tidak berfikiran terbuka.

Tidak itu sahaja, Hazim Ismail juga menyatakan dia takut untuk pulang ke Malaysia kerana bimbang natijah daripada pengakuan keadaan dirinya.

Dalam hal perhubungan dengan keluarganya, Hazim Ismail berkata, dia tidak banyak tahu dan langsung tidak dihubungi oleh keluarganya.

"Mereka memerlukan masa untuk berubah," katanya tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Kumpulan G25, Laywers for Liberty, PKR dan DAP yang begitu bersungguh-sungguh mahukan kelompok gay dan atheist diterima dalam masyarakat Malaysia, malah menghalang mana-mana undang-undang yang menghukum mereka, seharusnya tampil untuk membela Hazim Ismail.

Apatah lagi dengan bekalan nama HAZIM ISMAIL yang jelas merupakan seorang Melayu dan menjadi Melayu bererti mewakili Islam, memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menyatakan begitu, pastinya akan menarik perhatian daripada kumpulan-kumpulan yang mensasarkan Melayu-Islam untuk matlamat mereka.

Anehnya, mereka tidak pula tampil dan menjadi pejuang barisan hadapan sekalipun beberapa orang Ahli Parlimen dari DAP menentang keras undang-undang syariah Malaysia ke atas para penganutnya!




DULU HAPUSKAN PTPTN, SEKARANG PTPTN PULAK TAK CUKUP!!!



Antara yang paling kuat menyalak disebabkan hasutan dilakukan oleh PKR terutama sekali membabitkan Rafizi Ramli ialah, penghapusan PTPTN, sehinggakan ada yang sanggup berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS bergabung untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan PTPTN walaupun pengajian mereka sangat bergantung kepada PTPTN, bukannya bergantung kepada keputusan dan kecemerlangan akademik mereka.

PTPTN telah memberikan keistimewaan yang besar iaitu menukarkan status pinjaman kepada biasiswa sekiranya setiap pelajar memperolehi keputusan CGPA 4.0 atau Ijazah Kelas Pertama.

Alasan yang diberikan oleh puak-puak penentang PTPTN itu adalah, sepatutnya negara ini menyediakan pembelajaran pada peringkat tinggi secara percuma - sesuatu yang tidak dilakukan dan diamalkan oleh mana-mana negara di dunia ini melainkan negara yang mengenakan kadar cukai dan pungutan cukai yang sangat tinggi dan tegas kepada rakyatnya.

Itu dahulu. Sekarang sudah berubah. Isu PTPTN dihapuskan tidak lagi dibangkitkan, tetapi disebabkan isu pelajar universiti kebuluran, maka rungutan terbaru ialah, PTPTN tak cukup untuk mereka!

Daripada menghapuskan, sekarang para pelajar yang telah dipermudahkan oleh polisi kerajaan yang mereka benci untuk mereka meneruskan pengajian di peringkat tertinggi, menuntut pula agar PTPTN dinaikkan kadarnya. Sedangkan pada masa yang sama, masih ada sebilangan besar yang telah mendapat pinjaman pendidikan tersebut, enggan pula membayar hutang dan mengadu kepada media bagaimana gaji mereka hanya tinggal beberapa belas ringgit sahaja kerana potongan paksaan oleh PTPTN.

Konsep biasiswa seperti yang dinyatakan dalam peruntukan adalah pembiayaan pengajian bagi pelajar-pelajar yang layak, bukan kepada semua pelajar yang mahu meneruskan pengajian. Layak bermaksud, menepati segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, bukannya pelajar buangan yang diterima oleh mana-mana kolej IPTS atau IPTA kerana kuota bukannya merit.

Justeru, ketidakmampuan menukarkan PTPTN masing-masing menjadikannya sebagai biasiswa seharusnya menyedarkan mereka bahawa mereka perlu mencari jalan lain. PTPTN itu sendiri adalah pinjaman untuk membiayai pengajian yang merangkumi yuran serta pembelian bahan bantu belajar, bukannya untuk makan minum atau berseronok-seronok dengan GAYA HIDUP.

Pelajar-pelajar generasi awal, tidak mempunyai kemudahan PTPTN, tetapi masing-masing tetap hidup sehingga ke hari ini. Tiada sebarang masalah walaupun kebanyakannya juga ikat perut kerana keluarga masing-masing pada waktu itu bukannya mudah memperolehi wang seperti sekarang.

Kalau pelajar-pelajar zaman dahulu boleh mencari pendapatan sampingan, kreatif untuk tidak menyusahkan ibu bapa dan keluarga, malahan bersyukur kerana yuran pengajian bukan lagi satu masalah besar, mengapa pelajar-pelajar zaman sekarang banyak pula rungutan mereka.

Maka, sekarang bolehlah para pelajar yang sebelum ini kuat berhujah kononnya pendidikan tinggi di negara ini perlu diberikan secara percuma dan PTPTN dihapuskan, meminta bantuan daripada para pemimpin pembangkang, terutama sekali kaedah menjadikan kedudukan dan kewujudan mereka di IPTA atau IPTS sebagai punca dan mata pendapatan untuk mereka terus menjadi kaya-raya.

Kesimpulan mudah.... MENGADA-NGADA!


Monday, January 11, 2016

HEBAT CARA ANANDA KRISHNAN BERNIAGA SAMPAI BOLEH BELI HARTANAH SELUAS DUA KALI GANDA SUBANG JAYA DI AUSTRALIA!!!



Rakyat Malaysia rata-rata mengenali Ananda Krishnan, kalau tidak pun tahu tentang salah satu produknya yang paling terkenal, ASTRO atau MAXIS. Tetapi tidak ramai yang dapat melihat, bertemu atau mendengar khabar Ananda Krishnan kerana dia sangat jarang berada di khalayak ramai di Malaysia. Malah tidak banyak yang mengetahui tentang kekayaan sebenar Ananda Krishnan yang merupakan orang kedua terkaya di Malaysia, yang muncul dan mendapat pelbagai projek mewah pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Ananda Krishnan kembali diperkatakan ekoran cubaan 1MDB untuk mengambilalih salah sebuah IPP miliknya yang kemudian, dijadikan hujah kononnya, 1MDB terpaksa meminjam RM2 bilion daripada Ananda Krishnan untuk tujuan tersebut. Malah golongan yang tidak bersetuju 1MDB mengambilalih IPP yang telah diberikan kepada Ananda Krishnan oleh pentadbiran Mahathir, beranggapan dan menjaja cerita kononnya 1MDB telah membeli IPP tersebut pada harga yang lebih tinggi sedangkan ianya sudah tamat tempoh dan hanya berstatus besi buruk.

Malaysia Today telah mendedahkan sesuatu yang amat menarik tentang Ananda Krishnan, salah seorang anak emas Tun Dr. Mahathir yang sentiasa dipertahankan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam apa juga keadaan termasuklah perlindungan kepada pemonopolian ASTRO selaku stesen televisyen berbayar di negara ini.

Menurut Forbes, nilai kekayaan bersih Ananda dianggarkan bernilai RM44 bilion pada Mei 2015 dan dia merupakan orang keenam terkaya di Asia.

Terkenal kerana memiliki kediaman bernilai puluhan juta dollar di atas sebidang tanah seluas 1,800 hektar berhampiran dengan Scone, lebih kurang 330 kilometer dari Sydney, Australia dan pernah memenangi Anugerah Tahunan Housing Industry Association Hunter Home 2006.

Juga terkenal kerana memiliki pesawat Gulfstream IV yang dikatakan, dikongsi dengan Dr. Mahathir dan juga dikatakan turut dimiliki dan dibayar sebahagiannya oleh Petronas.

Ramai yang tahu tentang pembabitan langsung Tun Dr. Mahathir dalam menjadikan Ananda Krishnan sekay sekarang, dan 'lembu' yang diperah susunya untuk tujuan tersebut adalah Petronas. Cuma ramai yang tidak tahu, Ananda telah memindahkan beberapa bilion ringgit daripada kekayaannya ke India untuk membiayai projek-projek kaburnya.

Disebabkan projek-projeknya itulah, Ananda berhadapan dengan masalah undang-undang di India. Kerajaan India mahu menangkap dan mendakwanya, dan besar kemungkinan mahu melihatnya berada di penjara. Satu-satunya manusia yang boleh menyelamatkannya daripada masalah itu adalah Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak, bukannya Tun Dr. Mahathir.

Justeru, itu dikatakan antara punca utama Ananda memberikan pinjaman RM2 bilion setahun lalu kepada 1MDB walaupun ditentang keras oleh Tun Dr. Mahathir. Ananda sebenarnya tidak punya banyak pilihan untuk menyelamatkan dirinya sendiri kecuali menerusi Najib Abdul Razak.

Ada pihak yang berkata, Dr. Mahathir sekadar bermain wayang dan berpura-pura yang dia tidak gembira dengan tindakan Ananda memberikan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada 1MDB. Apatah lagi, Ananda tidak akan pernah melakukan apa-apa yang tidak digemari oleh Dr. Mahathir, terutama sekali dalam bab 'menyelamatkan' 1MDB. Tetapi Dr. Mahathir juga tidak mampu membantu Ananda daripada mengelak diekstradisi ke India dan diperosokkan ke dalam penjara.

BACA SETERUSNYA DI SINI TERUTAMA MEMBABITKAN SKANDAL ANANDA DI INDIA




Sunday, January 10, 2016

PELAJAR UNIVERSITI PECAH USUS KERANA TAHAN LAPAR... LAPORAN SENSASI BERLEBIHAN WARTAWAN JADI PUNCANYA!!!


Satu Malaysia kecoh apabila seorang pelajar UKM mengadu mengikat perut kerana tak makan. Kisah ini bertambah menarik apabila ada pula neitezen "yang berbakat besar" menjadi wartawan fitnah menceritakan pula usus pelajar ini pecah akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan. Ada juga menambah boleh terburai usus perutnya jika sehari lagi pelajar tersebut tidak diberi makan oleh kerajaan.

Memang sudah menjadi bakat semulajadi agaknya, sebilangan rakyat Malaysia mampu mengarang "novel fitnah" dengan hanya mendapat informasi seringkas sebaris ayat bagi menempah tiket ke neraka. Wal hal, pelajar ini hanya mengadu sakit perut kerana menghidapi gastrik sejak tingkatan satu lagi.


Mudah-mudahan "Wartawan Fitnah" bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Tahniah kepada Saudara Faizal Daud dan team serta KPT mengambil inisiatif untuk mendapatkan kebenaran serta membantu pelajar ini.



Friday, January 8, 2016

JAWAPAN KEPADA FITNAH YANG DILEMPARKAN OLEH PENGHASUT YANG CUBA MENAIKKAN SENTIMEN KEMENANGAN DAP DI SABAH!!!



BAGI mereka yang tidak mempunyai kebun getah dan bukan penjual atau peniaga kepingan getah, maka apabila melihat perbandingan harga getah terus menyimpulkan bahawa memang tiada keadilan. Ini kerana bagi gred kepingan getah yang sama, ada perbezaan harga di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Namun, mereka yang mempunyai kebun getah dan penjual atau pemborong kepingan getah, pasti akan tergelak dengan dakwaan itu kerana mereka tidak sedar bahawa selain daripada harga tetap tersebut ada bayaran tambahan yang berbentuk insentif kepada pekebun getah di Sabah. Sedangkan bayaran insentif tersebut tidak dinikmati oleh pengeluar getah di Sarawak mahupun Semenanjung.

Di Sabah, rata-rata insentif adalah sebanyak RM0.86 sen sekilogram untuk semua gred. Bermakna jika gred satu, maka pekebun akan mendapat bayaran RM1.56 serta ditambahkan RM0.86. Selain itu, perbezaan harga bagi Sabah dan Sarawak serta Semenanjung adalah disebabkan latar belakang pekebun getahnya di mana Sabah hampir keseluruhan pekebun di sana mendapat subsidi atau bantuan daripada pihak kerajaan. Manakala di Sarawak dan Semenanjung, kebanyakan ladang-ladang merupakan milik syarikat-syarikat besar dan jikalau ada secara persendirian pun tidak begitu banyak jumlahnya.

Jika dianalisa dengan tepat dan saksama, sebenarnya pekebun atau penjual getah di Sabah masing-masing mendapat harga yang baik atau tinggi berbanding rakan mereka di Sarawak dan Semenanjung kerana kos pembelian baja and tanaman semula di Sabah juga telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Maka, pekebun hanya menyediakan tanah dan tenaga kerja sahaja.

Apa yang perlu diketahui semua hasil getah Malaysia dieksport oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) atau wakilnya di mana pada akhirnya, nilai harga akan sama untuk tujuan eksport. Jika dikira dengan betul sebenarnya, harga getah keluaran Sabah adalah lebih tinggi jika diambil kos subsidi baja dan bantuan pihak Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) kepada para pekebun getahnya. Maka dengan itu, jika tidak mengetahui perkara duduk sebenar, janganlah melihat pada angka dan terus membuat kesimpulan mengenainya. Terlihat sangat bahawa mereka yang membuat kesimpulan itu adalah mereka yang tidak mengetahui hal sebenar berkaitan industri getah di Sabah.

Seharusnya, mereka yang mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman tidak bertindak berkaitan dengan isu perbezaan harga itu. Ini kerana hal tersebut dianggap satu dakwaan bodoh kerana yang sebenarnya pekebun getah di Sabah sentiasa dijaga kepentingan mereka dengan saban tahun kerajaan negeri terus menyalurkan baja percuma dan bayaran insentif tambahan.

(sumber: Sayang Sabah)


Thursday, January 7, 2016

MENYAMPAH DENGAN MEREKA? KENAPA TAK AMBIL PENGAJARAN BAGAIMANA MEREKA BOLEH BERJAYA?



Terlajak puteh nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadibuah mulut rakyat Malaysia. Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong, Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa.

Moh kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini. Antaranya ialah:

1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial.

Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!

Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut.

Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara yang paling kukuh di Malaysia.

Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah.

Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya sendiri.

Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain.

2. Bersama. Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita sendiri. Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industry yang sama. Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat. Setiap kali ke tiga-tiga ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat. Antaranya ialah:

Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana.
Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana.
Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.

Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain.

Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.

Dalam industry hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.

3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut orang kata riak, takut mata syaitonirojim. Waima Dato Seri Dr Vida yang mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya. Ya salah satu kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir sampailah dia kahwin.

Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.

Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.

Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.

Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup lebar. Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada setiap jam ialah sebanyak RM1,200. Setiap jam Bro! Kau kali dengan 24 jam, dapat RM28,000 sehari. Kali lagi dengan 30 hari, jualan sebulan ialah RM864,000 woi.

Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan membuka aib dan berkata tidak baik. Stay positif kawan!

Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun. Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Kita pun takat dapat sebut kau riak kau riak kau riak! Itu sahaja, kau sebut kau riak tu ada dapat mahkota? Ada dapat rolls Royce? ada? Ada boleh taja TRW? Sudah-sudahlah jadi penunggang agama. Cewah.

Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak adalah susah benar hidup kita tu. Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini. Gitu. Kau faham ke tak faham ni sebenarnya? Ha Barulah dapat hidup senang. Bak kata Imam Ghazali, Untuk dapat sesuatu yang kau suka, kena sabar dengan apa yang kau benci.

Yang kau suka itu kesenangan.
Yang kau benci itu kesusahan.

Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima. Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.

Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.

Kawan-kawan,

Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai dia mati.
Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung yang melimpah-limpah kebaikannya.
Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan dan mahu jadi baik. Cewah. Ha ha ha. Nak jugak.

Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak awak jadi baik. Itu sahaja.

Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik. Nak jadi baik mula dengan hati, kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan. Senang woi. Ha, yang duk kata riak riak takbur takbur sesuka hati ni tanya balik dalam hati masing-masing, “aku ni baik sangat ka sampai Tuhan beri aku seketul hati yang senangnya tuduh orang begitu begini, yang lancar sahaja cakap itu ini dan yang mudahnya bersangka-sangka”

Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya.

Khairul Hakimin. Muhammad
Belum kaya lagi woi.


BAUKSIT DI KUANTAN, SPRM SAHKAN ADA DAN WUJUD UNSUR-UNSUR RASUAH!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati telah wujud unsur-unsur rasuah dilakukan oleh pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran bauksit di Kuantan.

“Sejak kebelakangan ini, SPRM telah menerima banyak aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang.

“SPRM memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa tersebut di bawah Akta SPRM 2009,” menurut satu kenyataan yang diterima FMT sebentar tadi.

Sebelum ini, Kerajaan Pahang diberi tempoh sehingga 15 Januari ini untuk menghentikan sepenuhnya aktiviti perlombongan bauksit di negeri itu.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta ribuan penduduk yang terjejas dengan aktiviti itu juga telah menyuarakan akan membina benteng manusia secara besar-besaran bagi menyekat laluan jentera dan lori mengangkut bauksit di semua pintu daerah di Kuantan.



top