Monday, February 29, 2016

TUN DR. MAHATHIR DIKATAKAN BAKAL GABUNGKAN SEMUA PARTI POLITIK MENENTANG NAJIB DAN UMNO!!!



Berita tentang keluarnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir langsung tidak menggemparkan, walaupun ada sebilangan 400 orang Ketua-Ketua Cawangan khabarnya akan turut keluar UMNO mengikuti jejak Mahathir.

Kalau melihat kepada berita yang sedang digembar-gemburkan oleh pro-Tun, ternyata negara sedang dalam keadaan huru-hara kerana tindakan Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Bagaimanapun, realitinya, tiada sesiapa pun yang hairan dengan tingkah laku serta gelagat politik Tun Dr. Mahathir yang masih berasakan Malaysia adalah haknya dan semua orang perlu mengikut kehendaknya.

Pengumuman sebelum jam 5:00 petang tadi ternyata langsung tidak disambut sepertimana yang diingini oleh puak-puak pro-Tun. Namun sesuatu yang lebih 'menarik' telah disahkan oleh pihak-pihak tertentu dari dalam kelompok puak pro-Tun sendiri.

SEBUAH PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN sebagai medium untuk melawan UMNO.

Pertemuan beberapa orang pemimpin pembangkang beberapa jam sebelum Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini yang Tun Dr. Mahathir akan mencipta sebuah parti politik baru untuk melawan UMNO dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Kalau mengikut sejarah, Tun Mahathir pernah beberapa kali bercakap di pentas PAS malahan DAP ketika dia berada di luar UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi. Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak pernah keluar dari UMNO untuk menyertai parti lain terutama selepas apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putraja Al-Haj, Tun Hussein Onn dan beberapa ramai pemimpin UMNO yang jauh lebih berpengaruh pada tahun 1988 yang menyaksikan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden parti itu.

Netizen sudah pun memperkatakan tentang penubuhan parti baru oleh Tun Dr. Mahathir dengan menarik penyertaan anggota-anggotanya yang masih setia kepadanya, termasuklah Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz Mahathir, walaupun terdapat berita yang mengatakan, mereka tidak akan keluar dari UMNO.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dengan para pemimpin pembangkang bagi mewujudkan sebuah unit pembangkang yang akan menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disahkan walaupun beberapa gambar pertemuan antara para pemimpin tersebut dengan Mahathir mula dipaparkan dan didedahkan.

Mampukah Tun Dr. Mahathir menggembelengkan kesemua para pemimpin pembangkang dalam satu barisan demi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menyelamatkan taukeh-taukeh kroni yang kehilangan banyak kepentingan semenjak Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim pernah melakukannya... GAGAL!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang banyak jasa kepada negara ini juga.... GAGAL!

Mahathir Mohamed yang seringkali digambarkan sebagai tidak pernah gagal... SETAKAT INI masih gagal!!!

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO LAGI... TIADA APA YANG DIHAIRANKAN!!!


Entah kali ke berapa Mahathir keluar dari UMNO walaupun sejarah mencatatkan kali pertama dia dibuang UMNO pada zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Tetapi kembali semula pada zaman Tun Abdul Razak namun hampir mengulangi 'terkeluar parti' pada zaman Hussein Onn kecuali Hussein Onn akhirnya mengambil sikap mengalah seperti yang dilakukan oleh Abdullah Badawi.

Di bawah Mahathir sendiri UMNO asal telah diharamkan dan penubuhan UMNO (Baru) yang kemudian mengambilalih semua aset dan liabiliti UMNO Lama telah menimbulkan tentangan ke atas Mahathir sendiri.

Tiada apa yang harus dihairankan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir kerana namanya pun politik dan politik bukannya satu agama atau akidah yang perlu dipegang kukuh walau apa cara sekalipun.

Cuma barangkali ramai yang tidak perasan, Mahathir sebenarnya mengulangi taktik Lim Kit Siang 'Save Malaysia' atau 'Failed States'.

Mahathir hanya mengikut tradisi bekas pemimpin UMNO terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn yang keluar dari UMNO kerana protes ke atas Mahathir dan tidak pernah sertai UMNO semula.

Tak tahulah kalau ada yang bersorak gembira kerana menyangkakan Mahathir akan membawa taufan yang boleh menumbangkang kerajaan masakini, namun yang pasti tindakan Mahathir keluar dari UMNO langsung bukanlah sesuatu yang baru, telah dijangka dan akan dilakukannya.

Satu Malaysia hanya akan ternganga jikalau tiba-tiba sahaja Tun Dr Mahathir mengambilalih kedudukan Anwar Ibrahim di dalam PKR dan mencipta satu lagi UMNO TERLEBIH BARU atau meneruskan Semangat 88 yang terbantut.

Dan selepas ini drama apa pula yang akan ditayangkan kepada kita semua.... skripnya hampir sama....


LAKI UMMI AIDA DAH MACAM ORANG SASAU SEDANGKAN DIA SENDIRI BUKAN LAGI AHLI UMNO!!!



Khairuddin Abu Hassan, suami Ummi Aida yang jadi tidak tentu arah apabila kesemua talian hayatnya di dalam UMNO telah diputuskan, dilaporkan mengamuk sakan dengan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semuanya bermula apabila Muhyiddin Yassin digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Khairuddin Abu Hassan yang telah dipecat sekaligus kehilangan jawatan sebagai bekas Naib Ketua Umno sahaja, seperti tidak tentu arah.

Khairuddin dikatakan mahu membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung penggantungan jawatan Muhyiddin.

Tindakannya itu telah membuatkan Tengku Adnan Tengku Mansor bertanya, Siapa Khairuddin di dalam UMNO sedangkan jawatan dan kedudukan Khairuddin dalam UMNO  sendiri sudah tiada.

Tidak cukup dengan itu, Tengku Adnan melabelkan Khairuddin sebagai TIDAK BERGUNA.

Barangkali malu apatah lagi dalam beberapa kes yang cuba disensasasikannya ternyata Khairuddin tidak lebih daripada seorang peminat selfie yang mencrti nama, dia melepaskan kemarahan kepada Tengku Adnan Tengku Mansor dengan menggelarkan Tengku Adnan sebagai penipu kerana menggunakan gelaran Tengku!

Kahkahkah... macam budak-budak! Mujur dia tak panggil Ku Nan.. "mak kau ijo... bapa kau ijo..." kalau tidak barulah standardnya betul.

Ku Nan bercakap tentang Khairuddin yang tiada hak lagi dalam UMNO tetapi masih lagi menyibuk tentang UMNO.

"Tolong jelaskan kepada 30 juta rakyat Malaysia di mana anda perolehi gelaran palsu itu. Realitinya ialahAdnan Mansor tidak begitu pandai. Mengapa tidak begitu pandai? Sebab sekiranya saya bukan ahli UMNO sudah tentulah saya tidak akan bertanding dalam pertandingan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan 2014?"

Semalam juga, Khairuddin mengumumkan akan mengambil tindakan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan pada 1 Mac dan mendakwa majlis Tertinggi UMNO telah melanggar undang-undang parti terutama setelah mereka menggantung jawatan Muhyiddin Yassin.

AKHIRNYA KETUA PENERANGAN UMNO KEDAH @ PANGLIMA PERANG KEMBALI KE TANGAN ORANG BERPERANG BUKAN SI PENULIS PROPOSAL!! TAHNIAH TOK MAN BEDUI!!!



Dato Othman Abdul atau lebih dikenali di kalangan para sahabat, Tok Man Bedui kini diberikan tugas yang bersesuain dengannya iaitu sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru.

Tok Man pada PRU13 telah berjaya mengalahkan keyakinan serta cubaan Mat Sabu untuk bertapak di Pendang selepas Mat Sabu dan kumpulannya berjaya mengenepikan Hayati Othman, pemimpin PAS tempatan.

Gerak kerja Tok Man juga selain bersama-sama Tok Rozai, Ketua UMNO Pendang barangkali tidak sama dan dianggap ketinggalan sebaliknya pada PRU13, secara tiba-tiba satu fenomena baru iaitu AURA pula menyerbu masuk ke dalam negeri Kedah.

Namun walau apa pun fenomena yang tiba, gerakkerja yang dipanggil kuno oleh bekas penuntut sekolah pondok itu juga yang diabggap lebih efektif.

Kini kepercayaan itu dipulangkan kepadanya semula. Gerak kerja Tok Man Bedui dan kumpulannya amat ditagih selepas bulan madu Kedah yang baru berakhir minggu lepas mengembalikan Kedah ke dunia realiti kembali.

Kita mengharapkan kejayaan di Kedah lebih baik berbanding 2008-2013 memandangkan pada waktu itu pelbagai kesilapan sebelumnya telah dikenalpasti.

FOMCA CADANGKAN PENGGUNA HENTIKAN GUNA PRODUK JOHNSON & JOHNSON SEHINGGA BENAR-BENAR SELAMAT!!!



Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan pengguna berhenti buat sementara waktu menggunakan produk Johnson & Johnson sehingga ia benar-benar disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan.

 “Pengguna pula dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk ini buat sementara waktu sehingga Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia benar-benar selamat digunakan,” kata Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman kepada Free Malaysia Today.

 Ia susulan kematian seorang wanita di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan penggunaan produk keluaran syarikat tersebut.

 Laporan media antarabangsa menyebut, Johnson & Johnson telah diperintahkan membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser yang dikaitkan dengan produk keluarannya. 

Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad, lapor Metro.co.uk dipetik FMT.

 Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas melalui perbicaraan selama tiga minggu.

 Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.

Sunday, February 28, 2016

RAFIZI RAMLI, 'MUSUH SI UMAT ISLAM' TERUS BERGABRA DAN BERPUTARBELIT!!!!

Musuh Umat Islam yang dilabelkan ke atas Rafizi Ramli nampaknya tidak dapat melarikan diri lagi daripada masalah yang dibuatnya sendiri. Sehingga ke petang ini, setelah beberapa cabaran dibuat untuk membuktikan kata-kata dan tuduhannya sendiri, Rafizi Ramli memilih untuk berputarbelit.

Sebelum ini, Tabung Haji telah membuat laporan polis berhubung fitnah yang dibuat oleh Rafizi Ramli terutama sekali yang membabitkan tuduhan terbarunya kononnya Tabung Haji telah diberikan Corporate Guarantee.


Rafizi pada dakwaan awalnya menyatakan Tabung Haji kalau tidak dikeranakan jaminan korporat, sudah pasti mengalami kerugian bernilai lebih RM991 juta.

Sehingga setakat ini, Rafizi masih gagal memberikan nama entiti atau bank atau mana-mana institusi kewangan yang dikatakan telah membantu Tabung Haji.

Tindakan Tabung Haji membuat laporan polis merupakan tindakan awal yang seharusnya dibuat untuk membanteras kegiatan jahat dan subversif Rafizi Ramli dan konco-konconya yang sentiasa berusaha memastikan apa-apa sahaja institusi kewangan untuk orang Islam di negara ini hancur.

Sebelum ini bolehlah Rafizi mendabik dada tetapi sekarang, belum lagi dia sempat nak bermegah-megah, pendedahan oleh mereka yang rapat dan tahu fasal Rafizi pula membuktikan, selain BODOH Rafizi Ramli juga berniat jahat terhadap umat islam di negara ini.



MUHYIDDIN YASSIN TIDAK MENANGIS DIGANTUNG HUKUMAN, PENYOKONG YANG SALAK LEBIH!!!


Akhirnya setelah sekian lama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO meggantung bukan memecat jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Muhyiddin Yassin. Dan seperti yang dijangkakan beberapa gerombolan penyokongnya sekarang seperti semut hitam keluar dari sarang untuk menunjukkan sokongan serta solidariti mereka kepada Muhyiddin Yassin.

Kecoh dan sedih di kalangan para penyokong tidak bermakna ia akan ditangisi oleh rata2 orang di Malaysia. Apatah lagi dalam keadaan di mana terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan, diperjelaskan dan diterangkan melibatkan hampir semua pemimpin negara.

Apa yang dikecohkan sekarang adalah kenyataan daripada Azalina Othman Said yang mengatakan Muhyiddin Yassin sedang mengaturkan gerak  pemberontakan bagi membela dirinya.

Mungkin Azalina terlalu terikut-ikut dengan emosi dan sejarah lampau pemecatan Anwar Ibrahim yang berakhir dengan kekacauan bahkan huru hara demonstrasi jalanan.

Namun yang pasti, mereka yang kuat melalak kerana Muhyiddin tidak lagi berjawatan Timbalan Presiden UMNO hanyalah mereka yang dari awalnya pasang angan-angan dan atur langkah sumbang.

Tuesday, February 23, 2016

RAFIZI KENA SAMAN... SAYA TAK BERGURAU, SAYA BERSELOROH SAJA!!!... KAHKAHKAHKAH!!!



Setiap hari, berita tentang Rafizi Ramli dicari-cari. Bukan kerana dia terlalu hot sampaikan setiap gerak gerinya perlu diambil tahu, tetapi untuk melihat bagaimana dia menutup pembohongan, penipuan serta kebodohannya menerusi kaedah menjawab di media sosial tetapi tidak membenarkan sebilangan besar orang membaca, memberi reaksi, membuat komen atau kritikan, malah langsung tidak boleh bertanya kepadanya.

Rafizi Ramli cuba menafikan dia adalah seorang pembohong dan tukang lawak. Malah, dia masih mempertahankan pembohongannya menerusi tulisannya:

"Perenggan 22 menyimpulkan bahawa perkataan-perkataan yang mahu disaman bukanlah bermaksud literal seperti yang dituntut di dalam saman plaintiff-plaintiff. Sebaliknya ia adalah sebahagian dari ucapan yang disampaikan secara berseloroh yang memberi makna di dalam konteks keseluruhan ucapan saya."

Pada bahagian terakhir tulisannya yang panjang dan dikepilkan pelbagai dokumen yang berkaitan, hujah Rafizi Ramli ialah, dia TIDAK BERGURAU tetapi 'BERSELOROH' sahaja...


Ni namanya dah terlebih belajar ilmu persuratan Melayu daripada Anwar Ibrahim.

Berdasarkan kepada posting yang dibuat oleh Rafizi semalam, dua artikel yang disiarkan oleh Malaysian Insider mempunyai tajuk tidak tepat.

"Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah," kata setiausaha agung PKR itu dalam satu dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, sambil menambah ia dibuat ‘secara berseloroh’.

Sementara itu, peguam yang sudah biasa mengendalikan saman fitnah, tidak menolak kemungkinan peguam mewakili Najib dan Rosmah bagi membtidakatalkan pembelaan Rafizi, apa yang diperkatakannya tidak lebih daripada kata-kata lucu."

Kesian Rafizi Ramli. Dia sudah tidak dapat berdalih. Dia dah tak boleh berselindung tetapi masih tetap mahu berbohong.

Rafizi juga menyebut tentang beberapa kes jenayah di mana katanya dia telah menang tetapi gagal untuk menyebut dua kes penting:

1) 26 Januari 2016, Mahkamah Sesyen mendenda Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli RM1,800 selepas mendapati dia bersalah menghina dan memprovokosi ahli-ahli UMNO pada tahun 2014 dengan berkata, ahli-ahli UMNO merancang untuk mengebom bom api ke atas gereja. (BACA DI SINI)

2. Kes BAFIA membabitkan Rafizi yang mana dia langsung tidak berani mahu mempercepatkannya. Rafizi seharusnya memberitahu dan berterus terang mengapa dia menggunakan semua taktik yang ada untuk melengah-lengahkan proses perbicaraan. Apa sebenarnya yang ditakuti oleh Rafizi Ramli?

Monday, February 22, 2016

RAFIZI RAMLI, MUSUH YANG AKAN HANCURKAN APA-APA SAHAJA INSTITUSI ISLAM YANG KUKUH!!!



Seperti yang diperkatakan dan dilabelkan oleh sahabat Azmi Arshad, Rafizi Ramli adalah musuh umat Islam yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan apa-apa sahaja institusi yang mampu memperkukuhkan ekonomi dan kedudukan umat Islam.

Rafizi Ramli langsung tidak berhenti menyerang Tabung Haji, dan apa-apa sahaja institusi ekonomi Islam yang kelihatan meyakinkan. Malahan lebih tepat lagi mengganggu dan mengacau sistem konvensional yang dikuasai secara tradisi oleh pencekik darah dan penipu.

Rafizi Ramli berbunyi lagi tentang Tabung Haji. Walaupun dia sendiri sudah terkantoi menipu, mengaku sebagai seorang akauntan tetapi selalu salah kira atau sememangnya tidak tahu mengira tetapi tetap mahu berlagak sebagai seorang akauntan, mukanya yang cukup tebal kerana memakan upah daripada kaum yang menentang pengukuhan institusi kewangan Islam, terus memainkan isu perletakan jawatan.

Tiada apa-apa dalam kepala otak Rafizi melainkan letak jawatan walaupun ternyata dia telah gagal, salah dan dengan sengaja menipu dalam membuat pengiraan.

Contoh terbaiknya ialah apabila Rafizi Ramli bersungguh-sungguh mahu menyaman Tabung Haji kononnya Tabung Haji telah diurus dengan cara yang sangat teruk sehinggakan tiada suatu back-up boleh diadakan seandainya para pendeposit menarik balik semula deposit mereka.

Anehnya ramai pula yang terpedaya dengan tipu helah dan pembohongan Rafizi Ramli. Sekaligus menunjukkan betapa ramainya manusia bodoh di Malaysia yang tidak tahu bagaimana sistem perakaunan dan kewangan berfungsi.

Kalau dah dasar tak tahu malu, Rafizi Ramli juga tidak bermaruah sama sekali untuk mendesak Azeez Rahim meletak jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji sedangkan dia yang dengan sengaja membuat pengiraan yang salah, memutarbelitkan fakta dan data, selain cuba menimbulkan kecurigaan pada persepsi negatif yang diciptanya.

Orang seperti Rafizi tidak akan berpuas hati selain semua institusi kewangan Islam tidak dihancurkan dan dimusnahkan. Selagi ada di matanya, selagi itulah hatinya tidak senang duduk!!!




PULAU PINANG MENUJU NEGERI MUFLIS, GIAN ENG TUNJUK KUKUBESINYA!!!!



Pembuangan dua orang ADUN PKR dari jawatan
mereka kerana Lim Guan Eng berasakan kedua-duanya adalah penentangnya mendapat perhatian daripada Azmin Ali.

Namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada Nurul Izzah dan Wan Azizah sungguhpun pada masa yang sama kedua-dua perempuan anak beranak itu sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan dana buat parti mereka.

Pada PRU lalu, PKR dan Anwar Ibrahim disifatkan sebagi parti politik yang sangat banyak duit. PKR boleh dikatakan hampir setiap masa menjalankan pelbagai kempen termasuklah demonstrasi besar-besaran. Keyakinan Anwar Ibrahim untuk merampas pusat pentadbiran Putrajaya dibantu olej Lim Kit Siang dan DAP hang turut mendapat manfaat daripada persahabatan dengan Anwar Ibrahim.

Gabungan wang ringgit dan dana yang digunakan oleh PKR dan DAP dalam perbelanjaan besar demi PRU12 dan PRU13, juga tidak pernah diperincikan oleh DAP apatah lagi PKR.

DAP dan Guan Eng seperti yang diketahui amat terdesak untuk mendapatkan sumber kewangan baru. Para penaja mereka dahulu sudah mengaku kalah. Jadi, mahu tak mahu terpaksa korek dari dalam negeri sendiri untuk dijadikan harta sendiri.

Jadi tidak menghairankan dengan tindakan Guan Eng memecat dua orang ÀDUN PKR hanya beralasan, dia tidak suka mereka. Bila dah tak suka mereka harus faham sendiri!

SEKSI JUGA BETTY CHEW EH SEMENJAK-SEMENJAK DAH KAYA-RAYA NI, KAN?



Kalau sudah namanya pelakon, setiap pembohongan akan terpapar juga.

Pada ketika mula-mula mendapat kuasa, bukan main sembang tentang zuhud, tentang kesederhanaan dan bukan main lagi berlakon naik kapal terbang di kerusi ekonomi walaupun jelas terpampang begitu tidak selesanya Guan Eng dalam lakonan tersebut.

Namun itu hanyalah sebahagian kecil daripada kemewahan yang dinikmati oleh Lim Guan Eng hasil daripada kebijaksanaan isterinya, Betty Chew mengatur segala pergerakan.

Beberapa persoalan sebelum ini tidak dijawab membabitkan perjalanan Lim Guan Eng khususnya penerbangannya ke luar negara. Lim Guan Eng dalam alasannya, kononnya menarik pelaburan untuk Pulau Pinang tetapi tidak banyak pelaburan baru di Pulau Pinang walaupun Lim Guan Eng semakin kerap ke luar negara.

Pembabitan Betty Chew dalam urusan hartanah di Pulau Pinang juga, telah menjadi satu sasaran apabila keluarga Lim itu cuba menguasai harta rakyat sebagai harta peribadi mereka. Dengan kadar cukai yang tinggi, kurang benefit daripada kerajaan negeri, surplus yang seringkali dilaung-laungkan oleh Lim Guan Eng hanyalah angka-angka di atas kertas yang tidak dapat divisualisasikan.


Terkantoi beberapa kali khususnya dalam isu penembusan dan penambakan laut di mana Lim Guan Eng bukan sahaja berbohong tetapi juga melibatkan pengeluaran dan pembaziran wang rakyat Pulau Pinang yang sangat besar, menyebabkan Lim Guan Eng membalas dendam dengan dua orang ADUN PKR menjadi mangsanya.

Sempena Tahun Baru Cina, Tony Pua dan Teo Nie Ching, dua orang pemimpin DAP yang merupakan sekutu kuat Lim Guan Eng telah mengeluarkan klip video yang digunakan untuk memperolok-olokkan Rosmah Mansor dalam usaha DAP untuk menyembunyikan kecelakaan Betty Chew!!!



Saturday, February 20, 2016

TUN MAHATHIR SANGGUP BERSUMPAH GUNA AL QURAN DAN MASJID DEMI TERBUNGKUSKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Maka benarlah seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan pemimpin pembangkang yang teraniaya di bawah pentadbirannya dahulu bahawa pada penghujung usia, Tun Dr. Mahathir akan melakukan sesuatu yang dia bersumpah tidak akan lakukannya. Malah Tun Dr. Mahathir sendiri memimpin ke arah kehancuran semata-mata bagi menjaga periuk belanga beberapa orang kroninya dalam kewangan negara.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, dia sanggup bersumpah menggunakan al Quran ke atas Najib Abdul Razak.

"Sekiranya apa-apa yang saya katakan satu fitnah atau tidak benar, biarkan saya bersumpah laknat. Saya sanggup lakukannya."

"Sekiranya saya meminta orang lain bersumpah, saya sendiri perlu bersedia untuk melakukakannya dengan niat yang betul," kata Dr. Mahathir dalam satu sidang media selepas merasmikan pelancangan membaca al Quran di Kuala Lumpur.

Agak-agaknya pada bahagian mana Tun Dr. Mahathir akan bersumpah menggunakan al Quran? Bagaimana kalau dia memulakan dengan mendedahkan tentang kekayaan anak-anaknya yang diperolehi dalam tempoh yang sangat singkat berbanding manusia lain di dunia ini....


TONY PUA DAN TEO NIE CHING AMBIL ALIH TUGAS TERESA KOK BUAT KLIP VIDEO LINDUNGI 'MANA RM1.2 BILION DUIT ISRAEL'!!!



Asal datangnya Tahun Baru Cina sahaja, DAP akan segera menonjolkan dan mempersembahkan diri mereka yang sebenar iaitu CINA CHAUVINIST yang ULTRA KIASU. DAP segera menonjolkan dan menampilkan bagaimana hebatnya mereka memutarbelitkan isu dan menggunakan segala peluang demi menutup cerita sebenar yang berkisar tentang mereka sendiri yang tidak terjawab sehingga ke hari ini.

Persoalan tentang bantuan kewangan yang telah diterima oleh DAP dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU lepas yang diterima daripada Israel langsung tidak dijawab oleh DAP dengan sempurna.

Sebaliknya DAP pula memomok-momokkan tentang RM2.6 bilion yang telah diterima oleh Najib Abdul Razak menerusi akaun peribadinya dan cuba menjadikannya sebagai satu isu 'bersalah' ke atas Najib.

DAP menerusi Tony Pua dan Teo Nie Chin serta seorang pelakon yang tampil berpenampilan Arab, muncul dalam klip video yang khusus dibuat untuk memomok-momokkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut maklumat, klip video tersebut digunakan untuk kempen DAP di Sarawak bagi Pilihanraya Negeri yang bakal dilangsungkan selewat-lewatnya April nanti.

DAP telah pun memulakan kempen pilihanraya mereka di Sarawak dengan meminta dan memaksa penyaluran dana menerusi video-video satirikal politik sempen Tahun Baru Cina dengan menampilkan 'Dewa Kemakmuran' dan seorang Arab yang memperolok-olokkan Najib Abdul Razak, isterinya, Rosman Mansor dan GST.

Tony Pua, Ahli Parlien Petaling Jaya Utara dan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai membintangi peranan di dalam video tersebut, selain seorang lelaki lain bertindak sebagai Tok Arab, chek besar bernilai RM2,6 bilion untuk Perdana Menteri.

Pasangan tersebut menyanyikan lagu tradisi Tahun Baru Cina, 'Cai Shen Dao' (Dewa Kekayaan Ada Di Sini), manakala tok Arab tersebut menyerahkan wang dan Dewa Kemakmuran mengurangkan kemiskinan.

Cek tersebut adalah satu sindiran merujuk kepada wang yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib pada tahun 2013. Kerajaan telah mengesahkan bahawa wang tersebut adalah derma peribadi daripada salah seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi untuk menyokong Barisan Nasional dalam kempen menentang DAP dan Pakatan Rakyat yang mendapat bantuan kewangan luar biasa daripada Israel dan Zionis.

Kebanyakan wang tersebut telah dipulangkan oleh Najib Abdul Razak, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai kerana beranggapan mereka juga ada hak ke atas wang tersebut.

Di dalam klip video terbaru ini juga, menunjukkkan Teo memakai bentuk cincin berlian dan menggunakan beg tangan berjenama mewah, satu lagi usaha memomok Rosmah Mansor.

Tahun lepas, Teresa Kok turut mengeluarkan klip video yang sama dengan menjadikan Rosmah Mansor sebagai bahan momokan. Apabila pendedahan dibuat bagaimana Betty Chew, isteri Lim Guan Eng hidup dengan gaya yang mewah, selain beberapa kontroversi melibatkan kedudukan dan kawalan Betty Chew ke atas hartanah di seluruh Pulau Pinang yang dilihat bakal dipanjangkan di Sarawak sekiranya DAP berjaya menguasai PRN akan datang.


Tuesday, February 9, 2016

SEDAP FITNAH KERETA BARU TPM, TAPI CEPAT PULA TERKANTOINYA!!!!



Ada semacam maklumat 'bekas aliran dalaman' yang sedang mengalir untuk menaikkan kemarahan dan seterusnya menaikkan kebencian khususnya terhadap Ahmad Zahid Hamidi. Terdapat juga beberapa isu termasuklah pembuangan eye-bag yang ditukarkan menjadi kononnya kemasukan kologen dan vitamin C serta botox, menjadi isu serta buah mulut yang cukup menyeronokkan.

Isu-isu berkenaan bagaimanapun lenyap begitu sahaja kerana ia tidak lebih daripda sekadar satu gosip murahan sambil mencari dan mengunyah kuku seperti aci-aci estet zaman dahulu.

Hari ini nampaknya satu lagi isu murahan ditimbulkan. Cuma kali ini nampak cerdik sedikit la kut pasai ia turut melibatkan Istana Johor yang tidak diketahui oleh si tukang penyebarnya atau sememangnya sengaja dibuat begitu bagi tujuan menipu.

Sekeping gambar kononnya menunjukkan sekeping gambar kerja sebuah kereta mewah dengan nombor pendaftarannya tertulis, 'TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA', cuba digambarkan dan dipersepsikan kononnya Zahid Hamidi sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mempersiap-siapkan diri dengan pelbagai kereta-kereta mewah yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Agak malang kerana berita tersebut disanggah dengan pantas apabila ada pihak memberikan penjelasan panjang lebar berhubung kedudukan kereta tersebut.

Nak menjatuhkan Barisan Nasional bukan begini caranya... seperti yang mereka sendiri katakan, nak kalahkan dan hapuskan terus Pakatan bukannya susah, cukup dengan mengerat nama Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Nik Aziz, musnahlah Pakatan Rakyat. Setakat video rasuah dengan Anwar Ibrahim tungging terbalik di atas perut betina jantan, tidak akan mengurangkan kekuatan tersebut kerana perbuatan seperti itu sudah diterima secara menyeluruh oleh para penyokong mereka.

Jadi, kalau betul-betul nak jatuhkan Zahid Hamidi atau mana-mana pemimpin UMNO bahkan UMNO dan Barisan Nasional sekalipun, eloklah mereka sendiri kotakan apa yang mereka katakan apabila gambar bogel Anwar Ibrahim ditampal dan videonya dijaja.

Kenapa double standard bab nih?


ZAMIHAN VS MAZA: DARIPADA SEKEJAP NAK DEBAT, SEKEJAP NAK UNDUR, SALAH APAKAH KALAU DUDUK DENDIAM?



Pesan orang tua-tua, kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Jangan main sergah semua perkara dan anggap kita berhak mencampuri sesuatu urusan itu berdasarkan ilmu dan pengetahuan orang lain, manakala kita pula mengamalkan taqlid buta tuli berdasarkan kecenderungan kita dan seterusnya bertambah-tambah kekarutan, kekalutan dan kesesatan kerana emosi sudah menguasai diri selain menutup semua pintu, pemikikiran, akal dan usul periksa.

Isu perbalahan antara Zamihan Abdul Ghani yang merupakan salah seorang pegawai yang menjaga bahagian hal Islam dalam Kementerian Dalam Negeri dengn Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis sekarang ini, bukannya satu isu yang baru pun.

Kedua-duanya memekak, cabar-mencabar, mencari perhatian, memperolehi perhatian dan pada masa  yang sama, tanpa disedari, mencipta isu, namun masih berlegar-legar menggunakan modal, medium serta platform lama.

Memang benar, dalam kesarjnanaan Islam, ada kaki bangkang, kaki debat atau kaki hasut. Kita tidak perlulah memberikan contoh terperinci bagaimana empat Imam Besar terlibat dalam situasi ini sehingga akirnya mereka meninggal di dalam penjara. Mereka tidak perlu juga menyebut beberapa orang ulma dari pelbagai disiplin ilmu, khususnya yang membabitkan akidah, telah dinatijahkan oleh undang-undang sepanjang zaman, sesetengahnya berlaku kepada perbezaan pegangan seperti yang berlaku dalam sejarah Tanah Melayu pertembungan antara Hamzah Fansuri dengan Nuruddin An-Nahiri terjamin dekat kepadanya kerana istana.

Pokok sebenar kedua-dua orang ini bertelagah hanya berkisar tentang As-Sunnah dan Wahabi. Pendorktrinan mudah untuk mencari pengikut pada zaman sekarang tetapi sentiasa dikaburi dengan seribu satu macam alasan retorik serta sentiasa tidak dapat menerangkan kepada umum dan awam tentang kewujudan KHAWARIJ, bahkan berakar sehingga ke zaman pertembungan antara keluarga bangsawan Makkah sesudah Futuhah Makkah sehinggalah kini.

Tidak mudah melainkan jikalau anda seorang peminat sejarah kekar yang sanggup pula membaca dan mengkaji semua pengkhisahan sejarah tanpa peduli sama ada ianya Israiliyat, Orientalis dan seribu satu macam teori perkonspirasian walau dalam apa peringkat sekalipun sebelum mula menapis-napis butiran-butiran yang telah bercampur baur tersebut untuk dibersihkan satu keputusan mujtahidan anda yang tersendiri sebelum dibawa berbincang bagi autorititas yang lain menguasai ilmu hadis, ilmu al quran, ilmu usul dan seribu satu macam ilmu lain.


Zamihan ada pengikut walaupun mungkin jumlah pengikutnya tidaklah seramai MAZA yang lebih bijak menggunakan kedudukan bagi mendapatkan perhatian, terutama sekali dalam penggunan optimimum media sosial, sehinggakan dia sendiri sudah berulang-ulang kali terjerembam melakukan kekhilafahan dan kesilapan, bahkan fitnah tanpa dia meminta maaf pun atas perbuatannya itu.

Kaedah yang digunakan oleh kedua-duanya sekarang - tak kisahlah siapa pun yang memulakannya - perlu dihentikan. Kalau semua perkara boleh diselesaikan dengan debat, perbahasan dan bergasak di atas pentas, dunia ini akan menjadi sangat amat kerana selesai bertekak, mereka hanya perlu mencari bekalan untuk bertekak yang baru tanpa perlu membazirkan sumber yang jauh lebih besar seperti masakini.

Baik Zamihan mahupun Maza, gelagat mereka sedikit sebanyak menghadirkan lagi sejenis HIMAR yang suaranya diperkatakan di dalam al Quran (Luqman:19) dalam masyarakat Islam di Malaysia hari ini yang serba bercelaru dengan pelbagai 'ISME' yang mereka sendiri amat keliru sehingga terpaksa memilih sesuatu untuk menyatakan mereka lebih berhak ke atas pihak lain.

Kalau kedua-duanya nak sangat berdebat dan seterusnya sesiapa sahaja yang gagal LETAK JAWATAN, dipersilakakan sebenarnya.

Gelagat mereka sudah lama menimbulkan bulu di biji mata. Hanya kerana hormat kepada ilmu dan stigma Melayu-Bumiputera yang pantang menunjukkan sikap biadap kepada mereka yang bergelar ustaz, walaupun ustaz tersebut sekadar uztaz geluk jampi, mereka dibiarkan.

Kalau betul nak sangat berdebat dan kemudian bikin drama apa apa pun, buatlah.... tapi buatlah secara kamu berdua sahaja kerana dalam hal ini, kami berdua yang mahu menunjukkkan kamu berdua sahaja orang bijak pandai agama dalam negara. Yang tidak bersuara, enggan bersuara menyebelahi kamu, yang menentang kamu, kamu akan labelkan macam-macam, kan?


top