Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 30, 2016

KAMI TAK PERNAH LUPA JASA 22 TAHUN MAHATHIR TERUTAMA SEKALI DENGAN PELBAGAI PROJEK DITANGGUNG KAMI!!!



PENULIS: FAIRU ZAMIR

Sapa plak yg perkotak-katikkan jasa Tun M? Yang memperkotak-katik tu Ezam, dulu kata ada berkotak-kotak, la ni dah jadi ayam katik.

Kami tak lupa jasa Tun M bina KLCC yg mana sekarang berguna untuk rakyat marhain macam kami. Dapat melepak tengok air pancut pun dah besar tuah rasanya. Nak beli barang situ tak mampu. Najib plak buat UTC je dia mampu. Last-last UTC tu setakat jadi tempat orang kampung berurusan. Tak ada peniaga Cina jual barang branded kat situ. Dengan KR1M, Klinik 1M dan macam-macam lagi pembinaan yg tak dapat menandingi kepopularan KLCC Tun M. KLCC Tun sudah seumpama kiblat baru buat kami.

Kami tak lupa jasa Tun M buat highway PLUS yang memudahkan kami pegi ke mana-mana dengan kadar tol yg boleh dinaikkan 10% setiap tahun. Walaupun Tun bina highway guna dana kerajaan tetapi Tun tak lupakan kawan-kawan untuk diberi konsesi kutip tol. Terlalu besar jasa Tun. Kami janji kami akan bayar tol hingga tahun 2030 sepertimana Tun persetujui dalam perjanjian yg Tun dah OSAkan.

Kami tak lupa jasa Tun menerangi hidup kami dengan cahaya elektrik. Keperihatinan Tun menswastakan perkhidmatan IPP kepada kawan-kawan telah menyelamatkan satu negara dari bergelap. Kami berbangga dan kebanggan kami itu kami tunjukkan dengan kemampuan kami membayar bil elektrik yg tinggi setiap bulan.

Kami tak lupa jasa Tun bina kereta Proton. Selama 30 tahun ini Proton semakin maju walaupun masih mengharap bantuan kerajaan. Apalah sangat duit kerajaan dihabiskan pada Proton berbanding produk kebanggaan rakyat Malaysia. Kami sanggup beli mahal berbanding harga yg lebih murah dijual di luar negara dengan spesifikasi yg lebih dari tempatan.

Kami tak lupa jasa Tun dalam Mamimco, BBMB, Forex, MAS, PKFZ dan macam-macam lagi. Banyak lagi jasa-jasa Tun M yg tak mampu kami senaraikan kat sini. Apa saja jasa yg Tun dah buat, semuanya ada keuntungan besar untuk rakan-rakan Tun. Rakan-rakan Tun gembira, kami lebih-lebih lagi gembira.

Hanya maut sahaja yg dapat memisahkan kami dari memperingati jasa-jasa Tun M. Terima kasih Tun M, terima kasih juga rakan-rakan Tun M..


LAGI RAMAI JERUNG RASUAH DITANGKAP SPRM, LAGI KUAT PENJAWAT AWAM SALAHKAN KERAJAAN SEBAB TAKUT TERKANTOI!!!



Amukan SPRM masih belum berhenti, bahkan semakin menjadi-jadi...

Kerajaan rasuah, kata mereka.

Pemuka-pemuka parti politik Kerajaan penyeleweng dan makan rasuah, kata mereka lagi...

Penjawat-penjawat awam pun bukan main menceceh tentang rasuah yang berleluasa. Pelbagai dokumen didedahkan untuk membuktikan memang berlaku rasuah dan penyelewengan dalam sektor masing-masing.

Laporan Ketua Audit Negara pula saban tahun, mengesahkan memang ada penyelewengan dan rasuah dalam setiap entiti kerajaan.

Dahulu, isu-isu rasuah dan penyelewengan, tersimpan kemas di bawah karpet. Cerita-cerita tentang rasuah hanyalah cerita-cerita taboo yang kemudian ditutup dengan penangkapan ikan-ikan bilis yang tidak memberikan sebarang impak pun.

Zaman telah berubah. BSN kemudian BPR dan kini SPRM juga sudah jauh berubah.

Kebelakangan ini, kita menyaksikan bagaimana SPRM melakukan operasi melibatkan ramai jerung-jerung yang selama ini hidup selesa dengan bertongkatkan rasuah. Mereka yang berkuasa dalam entiti-entiti kerajaan yang mudah berselindung kerana mudah menyalahkan orang lain, terutama sekali Menteri dan anggota-anggota peringkat bawahan, menjadi sasaran.

Terbaharu ialah penangkapan seorang pegawai tanah dan daerah di Johor. Begitu juga dengan tangkapan melibatkan penyelewengan kontrak dan pemberian tender di Labuan selain berita menggemparkan tentang rasuah bernilai ratusan juta ringgit di Sabah.

Berita-berita seperti ini tidak muncul pada zaman pentadbiran sebelum-sebelum ini.

Namun ada pihak yang tidak senang atau barangkali menganggap mudah. Kata mereka, penangkapan dan operasi-operasi besar yang dibuat oleh SPRM menunjukkan dan membuktikan bahawa pentadbiran negara ini penuh rasuah. Dan mereka cuba membandingkan dengan pentadbiran-pentadbiran sebelum ini yang menunjukkan tiada atau kurangnya jerung-jerung rasuah ditangkap.

Yang mereka barangkali tidak faham ialah, bagaimana pentadbiran masakini sedang berusaha memerangi rasuah dan tidak lagi mensasarkan ikan-ikan bilis, sebaliknya menjadikan jerung-jerung yang selama ini terselamat sebagai sasaran.

Syabas SPRM dan pentadbiran terkini.

Jerung-jerung semakin kepanasan dan sekarang semakin ramai yang menentang kerajaan selain menyalahkan majikan mereka, hanya semata-mata kerana mereka bimbang aktiviti jenayah rasuah dan penyelewengan mereka terbuka.




Tuesday, November 29, 2016

PAN-DAP, CAP BUNGA DAN PKR BERSATU TENAGA, MENFITNAH DAN MENCACI MAKI NIK ABDUH!!!



Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, juga Ketua Pemuda PAS Malaysia sememangnya sekarang ini menjadi figur yang amat tidak disenangi oleh puak-puak PAN. Kalau puak PAN tidak suka, bermakna yang bencikan Nik Abduh sebenarnya adalah DAP.

Buka sahaja FB Nik Mohamad Abduh, anda boleh membaca komen-komen kurang ajar yang dibuat ke atas anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu. Ada juga yang membanding-bandingkannya dengan seorang lagi saudara lelakinya yang kata mereka, lebih mirip kepada almarhum ayahanda mereka.

Printscreen twitter di atas dipercayai telah dimodifikasi dan diedit oleh orang tertentu yang bertujuan untuk membangkitkan kemarahan ahli-ahli PAS kepada Nik Abduh. Printscreen tersebut sedang berlegar-legar di WhatsApp dan Telegram pada ketika artikel ini ditulis.


Semuanya kerana Nik Abduh tidak agresif dan melampau sepertimana yang mereka inginkan dan sepertimana yang seringkali dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin muda PAS kepada UMNO bermula dari zaman Mahfuz Omar.

Pendekatan Nik Abduh yang lebih menyerupai pendekatan politik Almarhum Prof Dr. Zulkifli Ahmad yang merupakan salah seorang pemimpin Melayu-Islam paling dihormati, bukan sahaja kerana kepetahan ucapan dan syarahannya tetapi kerana buah-buah fikirannya, termasuklah tuntutan agar Kerajaan mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperkasakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan selain mempertegaskan pengambilan dan pemberian kewarganegaraan kepada masyarakat imigran.

PAS yang kini mengambil pendekatan POLITIK MATANG, menjadi sasaran puak-puak PAN yang masih ada di dalam PAS. Para pemimpin seperti Nik Amar, Ahmad Yaakob, Abdul Hadi Awang, bahkan Nik Abduh sendiri menjadi sasaran serangan dan caci keji.


Nik Abduh bukan sahaja dicaci kerana dia dilihat lebih 'mesra' dengan kepimpinan UMNO, tetapi juga difitnah cuba memesongkan umat Islam dengan menghalalkan 'rasuah 1MDB'. Walaupun penjelasan dan penerangan tentang masalah-masalah yang berkaitan dan diperkatakan tentang 1MDB telah dibuat berkali-kali, tetapi nampaknya golongan yang dilihat lebih kuat menyokong DAP itu, masih tetap percaya, ada rasuah dan penyelewengan yang berlaku, manakala Nik Abduh pula dikatakan tidak memerangi rasuah tersebut.

Sekaligus menjadikan Nik Abduh sama sahaja seperti golongan yang mengagungkan rasuah.

PAN-DAP dan para penyokong mereka, apatah Cap Bunga dan PKR nampaknya semakin mempergiatkan serangan ke atas Nik Abduh apabila mereka menyedari, pengaruh Nik Abduh bukan sahaja bertambah kuat, bahkan dia dilihat menjadi lebih penting dalam arus politik negara.

Nampak jelas bagaimana ketakutan dan kebimbangan mereka, PAS serta UMNO akan bekerjasama, walaupun bukan dalam Barisan Nasional menerusi reaksi dan fitnah yang ditunjukkan.

TERGOLEK LAGI!!! GILIRAN ABDUL RAHMAN DAHLAN PULA SELESAIKAN KES DENGAN MALAYSIAKINI DI LUAR MAHKAMAH!!!



Itulah yang sering berlaku...

Pemimpin-pemimpin UMNO tersangat baik hati, lemah lembut, sangat prihatin dan sangat mengambil mudah walaupun mereka difitnah, dimalukan dan ditohmah....

Abdul Rahman bukanlah yang pertama. Dah ramai, termasuklah Najib Abdul Razak sendiri...

Setiap kali kemenangan mereka ke atas portal pro-DAP seperti Malaysiakini hampir tercapai, bahkan ke atas para pemimpin PKR dan DAP, setiap kali itulah, peguam-peguam atau penasihat undang-undang mereka akan membuat satu U-TURN yang sangat teruk, yang kemudian tanpa mereka sedar, menyebabkan para penyokong semakin meluat.

Bukan meluat kerana mereka akhirnya terbukti benar atau pihak seperti Malaysiakini dan pemimpin PKR atau DAP meminta maaf serta 'menarik kembali' kenyataan fitnah yang telah dibuat, tetapi kerana TERLALU LEMBIK dan TIDAK SAMPAI HATI untuk meneruskan prosiding saman fitnah.

Lim Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP dan PKR yang mendapat peluang seperti ini, pasti tidak akan berhenti sekerat jalan. Mereka tidak akan berhenti setakat permohonan maaf dan penyelesaian di luar mahkamah. Sebaliknya seperti apa yang berlaku ke atas UTUSAN MALAYSIA, NST dan TV3, prosiding diteruskan sehinggalah ketiga-tiga entiti yang kerap menjadi sasaran itu, diarahkan oleh mahkamah agar membayar gantirugi bernilai ratusan ribu kalau tidak pun jutaan ringgit kepada para pemimpin DAP dan PKR serta PAN.

Apa yang kembang dan megahnya dengan permohonan maaf oleh Malaysiakini?

Apa kenyataan yang ditarik balik sedangkan kenyataan, pembohongan dan fitnah tersebut telah pun berlaku malah digunakan oleh sekalian ramai sebagai hujah?

Kenapa mudah sangat lembut hati dengan puak-puak seperti Malaysiakini yang sudah pasti akan mengulangi perbuatan mereka, kalaupun bukan kepada Abdul Rahman Dahlan tetapi kepada kepimpinan yang lain?

Mengapa mudah sangat menerima permohonan maaf mereka yang hanya bertujuan untuk menyelamatkan diri, bukannya kerana insaf dengan fitnah yang dilakukan?

Adakah kerosakan yang telah mereka lakukan boleh diselesaikan hanya dengan permohonan maaf sahaja?

Tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng dengan mudah mendabik dada, claim kredit pada kerja yang bukan dilakukannya, bahkan membangga-banggakan dirinya kononnya dialah yang terbaik dan apabila pihak media membongkarkan pembohongannya, dia akan menyaman media-media itu sehingga akhirnya media-media itu bukan sahaja menyembahnya bahkan akan membayar pampasan berjuta-juta ringgit.

Mengapa Abdul Rahman Dahlan dan kepimpinan UMNO tidak secekal Lim Guan Eng?

Kelembutan dan toleransi yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman Dahlan, percayalah... tidak akan membantu sama sekali!

Malaysiakini tetap juga menabur fitnah demi kepuasan hati taukeh-taukeh mereka!

Abdul Rahman Dahlan dan Malaysiakini mencapai persetujuan untuk penyelesaian luar mahkamah dalam kes Malaysiakini menfitnah Abdul Rahman Dahlan dengan artikel 'Minister, 'go back to kampung'' pada 6 November tahun lepas. (RUJUK SINI)


Monday, November 28, 2016

700,000 KATA MAHATHIR, NAJIB SEDIAKAN PENGUNDI BARU... NYANYOK TERUK ORANG TUA NIH!!!



Makin lama, makin meraban pula bekas Perdana Menteri Malaysia yang para pentaksubnya gelarkan sebagai AYAHANDA ni...

Kalau sebelum ini, dia kata Najib dah kena kepung dengan FBI, CIA, DOJ dan segala macam agensi negara Amerika Syarikat. Tapi bila ditanya apa buktinya selain daripada hujah-hujahnya yang menggunapakai cerita WSJ dan NYT, dia hanya kata, dia tidak ada bukti dan dia cuma mendengar cerita.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim dan DAP yang beria-ia kata Najib bawa masuk 40,000 orang Bangladesh untuk mengundi pada PRU-13 lalu. Tidak cukup dengan itu, siap blackout lagi di pusat-pusat pengiraan undi supaya boleh ditipu jumlah kertas undi bagi membolehkan BN menang.

Siap ada demontrasi dan tunjuk perasaan sana sini kononnya nak bantah keputusan jumlah undi yang membolehkan BN menguasai kerusi majoriti Parlimen. Tapi bila dibawa ke mahkamah, puak Anwar dan DAP hanya menggunakan hujah tentang DAKWAT KEKAL, langsung tidak ada cerita tentang blackout atau bangla 40,000 orang.

Ingatkah dah sengap...

Sekali Mahathir pula guna hujah yang sama. Cuma kali ini, Mahathir sedikit canggih kerana dia tidak menggunakan PENGUNDI BANGLA tetapi PENGUNDI CHINA. Mujur jugalah Mahathir tak tahkikkan tuduhannya itu kepada para pengundi AFRIKA.

Dan seperti biasalah, tuduhannya akan kekal sebagai tuduhan rambang kerana apabila ditanya nanti, Mahathir hanya akan kata, DIA DENGAR....

Orang tua nyanyok ni bukan boleh kira sangat... tak payah duk ambik hati atau buat hujah sebab kalau kita tanya, bila kali terakhir dia dilahirkan, jawapannya mungkin penuh variasi termasuklah dilahirkan pada zaman Paduka Sultan Muzaffar Syah 1 selepas keislamannya di Kedah Tua!




APA MASALAHNYA KALAU ZAKIR NAIK JADI RAKYAT MALAYSIA? MARIA CHIN DAN PENYOKONG BERSIH ELOK JER PEGANG KERAKYATAN!!!



Ada masalahkah kalau Dr. Zakir Naik memohon KERAKYATAN MALAYSIA?

Puak-puak LGBT dan Liberal yang dibayangi oleh DAP sedang memekak dan melolong apabila ada berita yang menuduh Kerajaan Malaysia telah memberikan kerakyatan kepada Dr. Zakir Naik.

Kata mereka, Dr. Zakir Naik mempromosikan Islam Radikal dan Ekstremis. Justeru, Dr. Zakir Naik tidak boleh sama sekali menjadi rakyat Malaysia.

Aneh...

Walaupun telah dinafikan berita tersebut, tetapi ketakutan dan kebimbangan mereka tidak dapat disorok-sorok lagi.

Walhal pada masa yang sama, di Malaysia sekarang ini, rakyatnya semakin tertarik dengan ANARKI, LIBERAL, MODERAT bahkan tidak segan silu mempromosikan LGBT.

Mengapa pula Dr. Zakir Naik tidak boleh jadi memohon jadi rakyat Malaysia, kalau di Malaysia pun puak-puak penyokong kuat BERSIH boleh pulak hidup senang lenang dan berbuat apa-apa sahaja termasuklah menyebarkan fitnah bagi menimbulkan kegemparan dan panik di kalangan rakyat?

Apa beza ekstremis dan radikal dengan puak-puak BERSIH yang kuat menyokong LGBT dan liberalisme?

Kalau puak-puak DAP boleh buat apa-apa sahaja, mengapa pula pihak lain tidak boleh?

Apakah kerana mereka 'memegang undang-undang Malaysia' maka mereka bebas berbuat apa-apa sahaja?


KALAU TAK BOLEH BERCUTI KE LUAR NEGARA KITA KEMAIN LAGI BISING, TAKKAN TAK BOLEH NAK DERMA SEDIKIT UNTUK MASYARAKAT ROHINGYA!!!



Hanya keprihatinan dan kepekaan kita sahaja yang mampu mengubah segala-galanya di dunia ini. Kita disuruh berusaha. Kita disuruh berdoa dan kita disuruh bertawakkal. Kita tidak disuruh mengeluh dan merengek terutama di media-media seperti kelazimannya masakini.

Kita disajikan tentang kekejaman yang sedang melanda sebahagian daripada umat Islam di beberapa buah negara. Paling terdekat adalah Wilayah Rakhine yang mana umat Islamnya dari etnik Rohingya sedang diganasi oleh tentera dan kerajaan Myanmar.

Ada yang bertanya mengapa tentera kita tidak dihantar membantu etnik Rohingya. Yang bertanya itu barangkali tidak tahu apa-apa tentang hubungan diplomatik dan Malaysia bukanlah sebuah negara aggresor seperti Amerika Syarikat. Tentera-tentera Malaysia bukanlah seperti tentera-tentera Zionis yang bebas masuk menjarah ke dalam sempadan negara asing semata-mata atas alasan menentang teroris.

Rakyat Malaysia tidak diajar berperang untuk menakluk dan mengembangkan sempadan. Rakyat Malaysia telah diajar bahawa segala-galanya boleh diatasi dengan rundingan tanpa pertumpahan darah sama ada seperti kemerdekaan negara ini sendiri dari tangan British.

Dan rakyat Malaysia telah diajar untuk membantu dari segi kemampuan yang tidak bersifat ketenteraan. Dan kalaupun Malaysia menghulurkan bantuan dalam bentuk itu, kerajaan kita melakukannya secara senyap-senyap. Kita sering berselindung di sebalik BANTUAN BERBENTUK KEMANUSIAAN bukannya peperangan.

Malah dalam banyak ayat Al Quran sendiri umat Islam dianjurkan untuk menghulurkan bantuan kepada saudara seagamanya dengan apa yang termampu.

Rakyat Malaysia khususnya unat Islam lebih dari segi kemampuan kewangan untuk membantu umat Islam Rohingya yang tertindas. Dan dengan perut buncit, hidup yang sangat selesa dan terlalu banyak komplen, malah menjadi huru hara dengan hanya kenaikan harga minyak sahaja, bantuan dari segi darah dan senjata, tidak wujud atau kalau ada pun amat minima.

Kemudahan untuk berbuat bakti kepada umat amat terbuka luas di negara.

Justeru ringankan sedikit tangan dan kewangan kita untuk membantu saudara seagama kita yang tertindas dan dizalimi.



KUNING KENA REMPUH DI PULAU PINANG, BISING... KUNING BELASAH ORANG, TAK APA!!!



Para penyokong dan penjilat Lim Guan Eng sekarang ini sedang merintih-rintih, kononnya Akta Perhimpunan Aman telah diganggugugat oleh Merah dan Hitam. Kononnya perhimpunan aman mereka di Pulau Pinang telah diprovokasi dan dikacau oleh Merah dan Hitam. Mereka meminta perlindungan daripada polis dan pihak keselamatan.

Kaedah yang sama, digunakan oleh Zionis ketika mereka mahu membunuh rakyat Palestin. Mereka buat jenayah tetapi kemudian berlakon seolah-olah mereka adalah mangsa.

Sama jugalah seperti yang berlaku di Myanmar. Konon-kononnya Rohingya adalah bangsa yang ganas, yang tidak sedar diri kerana mereka bukan warganegara tetapi menganggap tanah Rakhine sebagai tanahair mereka.

Malangnya, yang kurang ajar sebenarnya adalah KUNING BERSIH. Mereka yang melakukan provokasi. Mereka juga yang mencabar dan melanggar undang-undang. Mereka mencuit sesuatu yang sangat sensitif di negara ini dan apabila respons atau reaksi diberikan, mereka berpura-pura seolah-olah mereka sangat alim, sangat naif dan sangat baik.


Hari ini viral video seorang lelaki yang memakai baju kuning terlibat dalam penderaan ke atas seorang individu yang dipercayai warga kerja asing.

Menariknya, para 'penyokong' memberikan hujah yang amat hebat. Warga asing tersebut wajar dibantai kerana melakukan kesalahan besar.

Malah, ada yang lebih berani apabila cuba menghalalkan perbuatan zalim dengan berkata, Bangla itu masuk ke negara ini jadi, tidak salah untuk membantainya.

Sesuatu yang pasti ialah, mana-mana negara yang pemerintah dan pihak berkuasanya bermajoritikan umat Islam, amat payah melihat kezaliman dilakukan kepada golongan minoriti, sebaliknya golongan minoriti pula yang bersusah payah hendak membuktikan mereka teraniaya, walaupun pada masa yang sama, mereka bukan sahaja kaya raya tetapi senang lenang dan keselamatan mereka terjamin.

Bayangkanlah seandainya pada tahun 1931, pada ketika gelombang kemasukan besar-besaran imigran ke negara ini disambut dengan keganasan seperti yang ditunjukkan oleh kedua-dua ekor DAPIGS di dalam klip video tersebut dilakukan, barangkali komposisi kaum di negara ini tidak seperti sekarang. Bahkan kuasa politik dan mengundi juga tidak 'KELAM-KABUT' dan 'BERSERABUT' seperti sekarang.

Sepatutnya puak-puak yang pandai bercakap itu bersyukur kerana orang Melayu-Bumiputera di negara ini, majoritinya beragama Islam. Bila beragama Islam, maka kezaliman seperti yang ditunjukkan di negara haram Zionis Israel dan Myanmar tidak berlaku di sini.

Apa yang dirintihkan oleh BERSIH dan para penyokong mereka sekarang, adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih DAHSYAT dan LEBIH KEJAM sekiranya mereka dibenarkan berada di puncak kuasa di negara ini. Sedangkan mereka tidak berkuasa pun, mereka boleh berbuat sekehendak hati, malahan menganggap manusia selain mereka, bukan manusia, apatah lagi sekiranya mereka berkuasa.

Perhatikan sahaja gelagat para penyokong mereka... ke sana ke mari dengan maki hamun dan menuduh orang lain berbuat jahat sedangkan hakikatnya, individu di dalam kelompok mereka yang lebih jahat dan lebih zalim!


DIA LAGI!!! DENGAN PAKAI BAJU BERSIH 5.0, DIA BELASAH SEORANG BANGLA SEPERTI BELASAH ANJING KURAP!!!



Muka dia lagi...

Atau muka seiras dengannya?

Hanya berselang beberapa hari selepas viral video dia mengganggu tugas dan cuba mencabul seorang penjawat awam di tempat terbuka dengan gelagat samseng bersama-sama isterinya yang katek, kini muncul pula klip video yang menunjukkan dia atau individu yang sangat seiras dengannya, terlibat dalam kes membelasah seorang tenaga kerja asing yang dipercayai Bangladesh.

Bezanya kali ini dia atau individu seiras dengannya itu tidak bersama-sama si katek, tetapi seorang lelaki yang bertindak sebagai tukang pukulnya.

Dengan berbaju kuning dan tertera perkataan BERSIH 5 pada bahagian hadapan bajunya, mengesahkan bahawa individu berkenaan sememangnya merupakan penyokong DAP tegar.

Tidak mungkin ini merupakan satu-satunya kes melibatkan penderaan ke atas warga dan tenaga kerja asing oleh individu yang sama.



Daripada gelagatnya, dia seperti sudah biasa melakukannya malah mungkin menjadikan perbuatan ini sebagai satu amalan bagi tujuan menakut-nakutkan 'hamba tebusannya'.

Menggunakan batang rotan yang kelihatan seperti memang dikhaskan untuk membelasah orang, menunjukkan siapa dia yang sebenarnya.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang laporan dibuat lagi tetapi dipercayai, beberapa pihak sudah pun memulakan langkah ke arah itu.

Dua hari lepas, Mahkamah Majistret membenarkan penangguhan hukuman penjara 14 hari dan denda RM3000 untuk pasangan suami isteri Lor Ka Hor dan isterinya, Tan Sit Fun selepas kedua-duanya berjaya dalam permohonan sehingga rayuan mereka didengar. Pasangan tersebut mengaku bersalah mengganggu tugas dan menghalang tugas seorang penjawat awam di Sungai Buloh yang mana klip video mereka menjadi sangat viral dan menimbulkan kemarahan netizen.

Semalam, Jabatan Peguam Negara memaklumkan, rayuan ke atas hukuman yang sangat ringan ke atas mereka, telah dibuat pada hari mereka dijatuhi hukuman. Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan adalah penjara 2 tahun maksimum dan denda. Peguam Negara berkata, hukuman tersebut terlalu ringan bagi kesalahan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri berkenaan.




Sunday, November 27, 2016

DENGAN MELAYU, PENTAKSUB MAHATHIR BUKAN MAIN BERANI LAGI, SEKALI DAP MAKI MAHATHIR, DIAM TAK BERKUTIK LANGSUNG!!!



Mahathir memang menjadi individu yang dibenci sekarang ini setelah satu persatu belangnya terdedah.

Namun, jangan dinafikan jasa-jasa besar Mahathir selaku Perdana Menteri sepanjang 22 tahun dia berkuasa di negara ini.

Walaupun Mahathir menyusahkan beberapa generasi selepas pentadbirannya dengan penanggungan besar ke atas konsesi-konsesi serta projek-projek mewahnya, selain mengubah sistem terbuka menjadi monopoli sepenuh oleh proksi dan kroninya bagi memudahkan kawalan, namun dalam kepahitan itu, masih ada juga jasa-jasanya yang perlu diiktiraf sehingga membolehkan Malaysia menjadi antara destinasi pelaburan utama dunia.

Itu tidak boleh dinafikan sama sekali!



Tetapi mendengar dan menonton bagaimana Mahathir digelar BAPA AYAM dan ULAR oleh perwakilan DAP, sememangnya amat menyakitkan hati walaupun pada masa yang sama, Mahathir sendiri menyakitkan hati dengan gelagat-gelagat buang tebiatnya kebelakangan ini.

Cuma anehnya, golongan pentaksub Mahathir yang akan kelam-kabut masuk ke sana ke sini, membela dan memaki hamun sesiapa sahaja yang memperkecilkan Mahathir, senyap-sunyi dan ketakutan dengan DAP.

Apakah memang benar, mulut mereka telah dijahit oleh Lim Guan Eng atau disumbat dedak kualiti BABI yang akan dipelihara secara besar-besaran dan moden di Pulau Pinang sehingga mereka tidak mampu membela AYAHANDA mereka yang sangat mereka kagumi?

Mana suara-suara Ketua Srikandinya yang saban masa mengutuk mengeji dan memaki hamun Najib Abdul Razak?

Mana suara-suara Naib-Naib Presidennya yang juga merupakan bekas orang UMNO atau pemakan dedak UMNO sehingga kaya-raya yang cukup kuat menghamun UMNO sekarang ini dalam pembelaan ke atas Mahathir yang mereka sanjungi?

Mana perginya para pentaksub yang dahulunya amat dengki sekiranya ada pihak luar yang membantu UMNO dan mereka pula dianggap sebagai tidak wujud dalam membantu UMNO dan Barisan Nasional?

Apa sudah jadi dengan mereka semua?

Takut? Kecut? Gentar dengan Lim Guan Eng dan DAP?

Atau mereka semua sengap sebab Lim Guan Eng kata, tidak wajar Mahathir dilabelkan sebagai BAPAK AYAM dan ULAR dalam konvensyen yang sama?

Cukup dah macam tu saja?

Senangnya....


PEGUAM NEGARA TAK PUAS HATI HUKUMAN RINGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PASANGAN SUAMI ISTERI DAPIGS YANG CABUL PENJAWAT AWAM!!!



Keputusan Peguam Negara untuk menfailkan rayuan ke atas dua EKOR DAPIG yang dijatuhi hukuman yang sangat ringan selepas mereka mengaku salah mengganggu dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, amat dialu-alukan oleh Netizen.

Rata-rata berpendapat hukuman yang dijatuhkan oleh hakim kepada Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun adalah terlampau ringan dan menjatuhkan maruah penjawat awam.

Kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah dan mereka dihukum penjara 14 hari dan denda RM3000 selain penjara selama 7 hari sekiranya gagal membayar denda. Pasangan suami isteri tersebut yang gelagat mereka dirakamkanpada 24 November lalu dan klip video tersebut dimuatnaik ke media sosial telah menimbulkan kemarahan ramai, apatah lagi kedua-duanya adalah penyokong kuat DAP dan BERSIH 5.0.

Peguam Negara berpendapat, hukuman tersebut terlalu ringan dan tidak memberi pengajaran kepada sesiapa pun kerana jenayah yang mereka lakukan adalah berat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, perbuatan pasangan suami isteru itu adalah jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jikalau disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali

Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun berjaya menangguhkan hukuman mereka bagi membolehkan mereka merayu di Mahkamah Rayuan.

Jabatan Peguam Negara telah menfailkan rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun pada 25 November 2016 iaitu pada hari yang sama hukuman dijatuhkan.

TERESA KOK MULA BAGI AMARAN, DAP AKAN PERBANYAKKAN LAGI PEMBOHONGAN DAN FITNAH!!!



Aisay... 

Bila babi pakai telekung atau jubah tapi tak puas hati kenapa masih digelar sebagai NAJIS MUGHALLAZAH...

DAP menerusi Teresa Kok mengeluarkan amaran terbaharu. 

Kali ini dia memberi amaran setelah Ean Yong Hian Wah menafikan telah cuba campurtangan agar pegawai penguatkuasa MBSA yang cuba dicabul dan dihalang tugas oleh sepasang suami isteri di Sungai Buloh, menarik balik laporan polis, sekaligus menyelamatkan pasangan tersebut daripada hukuman. Sebaliknya Ean Yong Hian Wah yang mempunyai kaitan rapat dengan pembunuhan diri Teoh Beng Hock berkata, MBSA akan mengambil tindakan undang ke atas pasangan tersebut tidak lama lagi - dakwaan yang boleh diragui memandangkan sebarang tindakan yang diumumkan sebelum ini terutama sekiranya melibatkan kaum dan ahli parti sendiri, akan hanya dalam bentuk lisan iaitu pengumuman, bukannya tindakan undang-undang yang dimaksudkan.

Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan tersebut dan menuduh 'musuh DAP' telah menfitnahnya.

Teresa Kok kemudiannya menokok, berita-berita palsu dan 'menghasut' seperti itu akan dibuat oleh musuh-musuh DAP untuk menunjukkan DAP bersalah dan jahat. 

Hakikatnya, kaedah berita fitnah dan menghasut dipelopori dan disuburkan oleh DAP. Bahkan DAP mempunyai tentera-tentera terlatih untuk tujuan tersebut yang dimasukkan dalam propaganda mereka. 

Dan sememangnya RBA milik DAP dan mereka yang sangat bengap, lebih hebat melakukan tugas-tugas ini iaitu mencipta dan menyebarkan propanda serta pembohongan. 

Tak payah jauhlah... ambil contoh apa yang berlaku dalam PRU-13 pada tahun 2013 apabila DAP bersungguh-sungguh menuduh, 40,000 orang rakyat Bangladesh telah mengundi untu pihak BN dan tidak cukup dengan itu, bagi lebih meyakinkan mengapa BN boleh menang adalah BLACKOUT di pusat-pusat pengiraan undi walaupun pada masa yang sama, wakil-wakil parti pembangkang juga ada di pusat-pusat mengundi tersebut. 

DAP yang paling lantang mempropagandakan pembohongan itu. Malah turut menubuhkan 'pasukan' untuk memastikan tiada warga Bangladesh yang membuang undi sehinggakan warga tempatan pun dinafikan hak mereka untuk mengundi. 

Pembohongan dan fitnah tersebut berjaya dibuktikan oleh BERSIH dan DAP sendiri beberapa bulan kemudian apabila mereka sendiri mengakui bahawa laporan seperti yang disiarkan itu tidak pernah berlaku, malah mereka tidak mempunyai sebarang bukti pun. 

Pun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang terpedaya dengan propaganda tersebut seperti yang dapat kita lihat dalam hujah-hujah mereka di Facebook terutamanya. Cuma mereka tidak pernah boleh menjawab, mengapa tiada seorang Bangla pun daripada 40,000 yang didakwa itu, pernah ditangkap atau lokasi di mana blackout berlaku. 

Begitu juga bagaimana mereka mencipta berita palsu semata-mata untuk menjatuhkan dan menggulingkan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim digambarkan sebagai seorang yang cukup kuat rasuah dan tidak pandai menjaga negeri. Tetapi akhirnya setelah disaman oleh Khalid, mereka menarik balik kenyataan tersebut, meminta maaf tanpa sebarang syarat dan kalah dalam perbicaraan walaupun mereka sangat kuat menipu.

DAP juga paling lantang menuduh kadar GST akan meningkat 10% sekiranya BN menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Kadar GT meningkat 8% kata mereka setelah 10% yang disebutkan tidak menjadi kenyataan, dalam kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 

Bagaimana pula dengan 'Malaysia akan bankrap' yang dipopularkan oleh DAP dan kini menjadi hujah sangat popular di kalangan para pentaksub Mahathir dan Cap Bunga? DAP telah mempelopori ajaran 'Malaysia akan bankrap' semenjak tahun 60-an, 70-an, 80-an, 90-an sehinggalah kini tetapi pengasas DAP, Chen Man Hin menjadi sangat kaya apabila berjaya menjual syarikatnya kepada FELDA dengan harga RM1.2 bilion pada tahun 2013. Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula hidup mewah dengan Mercedez S-Class selain tinggal di hartanah berkeluasan 10,550 kaki persegi yang bernilai jutaan ringgit di salah satu kawasan mewah di Pulau Pinang. 

Begitu juga dengan RUMAH PUTIH di Ipoh yang dimiliki oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Pada ketika DAP begitu bersungguh-sungguh memberitahu rakyat bahawa Malaysia akan bankrap, para pemimpin DAP pula menjadi bertambah-tambah kaya.

Jadi, siapa sebenarnya yang sangat bergantung kepada berita-berita fitnah seperti yang dituduh oleh Teresa Kok?

Siapa yang akan mengeluarkan lebih banyak berita dan cerita fitnah demi memastikan tembolok mereka terus kembong?


SELEPAS MINYAK MASAK DAN LPG, KARTEL SENTIMENKAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN HARGA GULA PULA!!!



Harga gula dinaikkan oleh Kerajaan sedang bermain-main di media sosial.

Modus operandi yang sama seperti dalam kenaikan-kenaikan yang lain...

Sebelum ini dan yang terbaharu adalah kenaikan harga minyak masak botol yang dijustifikasikan kepada penarikan kembali subsidi oleh kerajaan.

KPDNKK setakat ini hanya menafikan kenaikan harga gula sebaliknya Menteri berkenaan memberitahu, KARTEL ada meminta dan memohon agar harga gula dinaikkan memandangkan kos gula mentah dan kos pembersihan gula yang meningkat. (RUJUK SINI)

Malangnya, rekod juga menunjukkan, penafian pihak berkuasa dan menteri, hanya bersifat cubaan berdalih kerana akhirnya yang benar ialah, kenaikan dan pengurangan bekalan di pasaran!

Melihat kepada apa yang berlaku sebelum ini, KPDNKK khususnya bukan sahaja gagal sebaliknya terlalu lemah untuk 'menentang' kehendak kartel. Malah terpaksa mencari-cari alasan untuk membenarkan tekanan kartel bagi tujuan menaikkan harga sehingga sanggup MENGORBANKAN KERAJAAN bagi tujuan tersebut.

Seperti tidak dapat ditolak lagi, bahawa harga gula di pasaran tempatan 'TERPAKSA DINAIKKAN' kerana alasan-alasan yang diberikan oleh kartel.

Dalam keadaan biasa di Malaysia, apabila sesuatu barangan hendak dinaikkan harga, kuantitinya di pasaran akan dikurangkan secara drastik, sekaligus menimbulkan pembelian panik dan ketidakcukupan di pasaran. Ditambah pula dengan 'promosi' dan 'publisiti' yang dimainkan menerusi media sosial, menjadikan kerja-kerja menyorok produk lebih mudah dan lebih efisien.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa seperti KPDNKK pula akan dipastikan 'gagal' dalam menjalankan tugas mereka walaupun dibantu oleh publisiti media seperti dalam kes minyak masak dan LPG.

Gula dan tepung selalunya seiring kerana ia adalah produk dari syarikat pemonopoli yang sama.

Dalam tempoh beberapa hari atau minggu ini, bekalan pasti akan berkurangan namun setakat ini, pihak berkuasa seperti KPDNKK hanya bergantung kepada 'PENAFIAN' yang dibuat oleh Menteri menerusi media massa.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPDNKK dalam usaha menangani masalah ini, terutama sekali menjelang siri akhir 'kempen pilihanraya' yang nampaknya banyak berpihak kepada DAP yang merupakan medium politik kartel-kartel berkenaan?

Yang pastinya, ketiadaan bekalan atau kenaikan harga gula atau tepung, akan dikatakan SALAH NAJIB!!!


Saturday, November 26, 2016

KESIAN MAHATHIR... BOLEHLAH GUNAKAN ISU KARTUNIS ZUNAR UNTUK AMBIL HATI DAP BALIK!!!



Pentaksub-pentaksub Mahathir yang dahulunya begitu mengeji DAP, mengubah pendirian mereka hampir serta-merta apabila Mahathir bertindak memuji Lim Kit Siang dan DAP dalam usaha bagi memastikan kedudukan Mukhriz terjamin.

Kalau dahulunya, merekalah yang paling lantang mendabik diri kononnya mereka sangat UMNO dan tidak mahu mana-mana pihak yang bukan UMNO membantu UMNO, tetapi sekarang merekalah yang beria-ia menghentam UMNO walaupun sebahagian daripada mereka masih lagi ahli UMNO.

Kalau dahulunya, merekalah yang paling kuat menghentam DAP dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan DAP, termasuklah terhadap Kartunis Zunar, sekarang, merekalah juga yang begitu kuat membela dan mengatakan kartun tidak akan memberikan sebarang impak kerana ia hanyalah lelucon semata-mata.



Tetapi apabila kartun atau 'photoshop's doctorate figures' dibuat membabitkan Mahathir, merekalah yang paling kuat meloncat dan menghamun. Penghinaan yang dibuat ke atas Najib dan Rosmah, tidak mengapa kerana kata mereka ia hanyalah satira, tetapi apabila membabitkan Mahathir dan sekarang Lim Guan Eng, mereka kata ianya adalah melampau!

Apa yang tidak dibuat oleh Mahathir dan para pengikut serta pentaksubnya demi menjaga dan mengambil hati Lim Kit Siang dan keseluruhan gerombolan DAP?

Hampir kesemua yang ditentangnya dahulu, kini dibuat oleh Mahathir. Begitu jugalah dengan para pentaksubnya.




Lim Guan Eng kini adalah ikon pujaan. Apa-apa sahaja yang dibuat dan dirancang oleh Lim Guan Eng dan DAP, pasti akan dipandang mulia walaupun ianya melibatkan BABI yang mereka tidak akan sentuh dengan tangan apatah lagi memamahnya dengan gigi dan gusi atau menghadamkannya di dalam perut.

Penentangan ke atas RUU355 amat memalukan memandangkan hampir kesemua mereka faham bahawa rang undang-undang tersebut hanya melibatkan masyarakat Islam di negara ini. Hujah DAP bahawa Malaysia tidak memerlukan dua sistem undang-undang, kini telah mereka hadam sepenuhnya hanya semata-mata kerana mahu mengambil hati Lim Guan Eng dan DAP.

Menariknya, ketika hampir semua perhatian tertumpu kepada penindasan dan kekejaman yang berlaku di Myanmar melibatkan masyarakat etnik Rohingya, RUU Penternakan Babi 2016 Pulau Pinang telah diluluskan 'sebulat suara' di Pulau Pinang.


Dan pada masa yang sama, pameran lukisan kartun Zunar pula diadakan di KOMTAR bagi tujuan mengejek dan menghina Najib dan Rosmah semata-mata untuk mengembangkan punggung Lim Guan Eng selain menyejukkan hatinya yang sedang dilanda kegundahan melampau kerana pintu penjara yang sedang menantinya kesan daripada penyelewengan dan salahguna kuasanya.

Ternyata, DAP tidak tertarik langsung dengan apa-apa sahaja usaha yang dilakukan oleh Mahathir. Mahathir yang ketika di dalam UMNO dan Kerajaan begitu disanjung tinggi, malahan ada yang melihat Mahathir sebagai penyelamat bangsa Melayu terhebat dan pelindung negara paling absah yang pernah dilahirkan dalam sejarah Malaysia moden, hari ini menjadi MACAI PALING HINA buat DAP.

Mahathir bukan sahaja menjadi kutu jalanan demi menyelamatkan 'anak-anak DAP' seperti Maria Chin, bahkan turut mempertahankan cubaan menjajah oleh George Soros yang tidak sahaja meminta 'Malay Ruling' dhapuskan, tetapi juga memastikan Melayu secara keseluruhannya menjadi hamba abadi DAP.


Itu yang sedang berlaku di Pulau Pinang seperti yang mahu dibuktikan oleh DAP dan Lim Guan Eng.

Secara mudahnya, DAP menggunakan Melayu untuk menunjukkan betapa hebat dan berkuasanya mereka.

Mahathir tidak dipelawa untuk hadir dalam Konferens Kebangsaan DAP. Alasan yang diberikan adalah Mahathir dan Cap Bunga belum lagi menyertai Pakatan Harapan.

Agak aneh alasan yang diberikan oleh DAP, memandangkan sebelum ini, PAS yang tidak menyertai Pakatan Harapan, telah dipelawa berkali-kali oleh DAP untuk hadir tanpa sedikit pun rasa malu.

Selepas apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Cap Bunga, nampaknya DAP tetap enggan mengambil risiko. Para pemimpin DAP enggan dimarahi atau menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi DAP yang masih tidak dapat melupakan perbuatan Mahathir.

Dan kini, Mahathir dan Cap Bunga mempunyai SATU LAGI PELUANG BESAR untuk mengambil hati DAP apabila anak didik dan upahan terkenal DAP, Kartunis Zunar sedang ditahan oleh polis, malah besar kemungkinan tuduhan ke atasnya nanti tidak sahaja membabitkan Akta Hasutan tetapi juga SOSMA.

Friday, November 25, 2016

TAHNIAH DAP!!! SELEPAS SELAMATKAN DUA EKOR DAPIG SELANGOR, KINI PULAU PINANG JADI HUB DAGING BABI PULAK!!!



Selepas 'dua ekor DAPIG dibebaskan' dengan keputusan Mahkamah Majistret walaupun hakikatnya mereka telah dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM3000 apabila mengaku bersalah mengasari seorang pegawai penguatkuasa MBSA, Nurul Ain Isa, beberapa isu lain yang berkaitan turut diperkatakan.

Dan sudah tentulah, antara isu utama adalah trauma dan maruah Nurul Ain Isa yang selepas ini, pastinya ditekan, didiskriminasi dan sebagainya kerana membawa kes tersebut kepada tindakan pihak berkuasa ke atas pasangan terbabit.

Pelacuran maruah Nurul Ain Isa atau penjawat awam Melayu secara keseluruhannya akan dibuat dalam bentuk pemberian 'wang dan saguhati' sambil pujukan agar kes berkenaan diselesaikan 'dengan cara baik'.

Yang pastinya juga, DAP akan menggunakan apa-apa sahaja cara termasuklah pemanipulasian undang-undang demi menyelamatkan kedua-dua ekor DAPIG yang juga merupakan penyokong utama BERSIH dan Maria Chin.

Itu di Selangor...

Bagaimana pula dengan di Pulau Pinang, negeri yang sekarang ini merupakan markas utama DAP dalam menunjukkan superiority mereka ke atas setiap kehidupan di negara ini, terutama sekali di kalangan orang Melayu-Bumiputera.


Ingat lagi dengan kisah bagaimana dua ekor DAPIG melemparkan duit ke atas siarkaki untuk dikutip oleh seorang penguatkuasa Melayu yang kemudian, nilai dan maruahnya telah ditebus oleh Lim Guan Eng dengan pemberian wang sebanyak RM200?

Nilai RM200 itu jugalah yang membolehkan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengembangbiakkan BABI MODEN untuk pasaran antarabangsa dan domestik tetapi pada masa yang sama, paling kuat meloncat dan menuduh Kerajaan menyeleweng wang rakyat apabila penternakan lembu dan daging halal hendak dimulakan.

RUU355 mendapat tentangan yang sangat hebat daripada DUN Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Lim Guan Eng adalah kepalanya. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah hasutan dan masyarakat ditakut-takutkan dengan hukuman hudud yang kononnya mahu digunakan oleh kerajaan menerusi RUU355.


Tetapi hari ini, Sidang DUN Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016 yang dibentangkan oleh Exco berkaitan, Dr. Afif Bahardin yang dikenali dengan sifat kurang ajar dan biadapnya.

RUU355 ditentang tetapi BABI dihalalkan...

Peduduk Pulau Pinang tentu gembira dengan perkembangan ini... memandangkan lebih mudah memperolehi daging babi berbanding daging halal selepas Kerajaan Negerinya meluluskan rang undang-undang penternakan babi, kan?


TERBUKTI, KEDUA-DUA PEMBULI PENGUATKUASA WANITA MELAYU ITU ADALAH PENYOKONG KUAT BERSIH 5.0!!!



Seperti yang dijangkakan, kedua-dua pembuli dan provokator yang bukan sahaja membuli seorang penjawat awam seperti yang diviralkan menerusi media sosial semalam tetapi cuba mencabulnya adalah penyokong kuat BERSIH.

Kedua-duanya telah ditangkap dan ditahan oleh polis pagi tadi menerusi pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara.

Pemerhatian kemudiannya membawa kepada penemuan yang lebih meyakinkan.


Kedua-duanya adalah penyokong kuat BERSIH sekaligus membenarkan dakwaan bahawa golongan tersebut sebenarnya sudah besar kepala dan berasakan mereka telah mengawal semua aspek kehidupan di negara ini. Mereka berasakan mereka adalah TUAN BESAR di negara ini. Negara ini sudah ditakluk dan dijajah. Dan mereka adalah segala-galanya.

Sikap tersebut boleh dilihat menerusi gelagat mereka sendiri.


Kes yang berlaku seperti yang dirakamkan menerusi klip video berkenaan dan kemudian menjadi viral adalah buktinya.

Semenjak DAP bertambah kuat dan berani menonjolkan diri menerusi demonstrasi BERSIH dan pembohongan nyata Lim Guan Eng, perangai para pengikut DAP juga semakin biadap.

Apa yang berlaku pad atahun 1969, nampaknya semakin hari semakin ketara dan semakin menjadi-jadi.

Jangan hairan jikalau dalam masa terdekat, akan ada pula yang menyerang pihak penjawat awam dan mengasari mereka secara terang-terangan ketika penjawat awam tersebut sedang menjalankan tugas kerana mereka SANGAT BESAR dan LEBIH BESAR!


PEGAWAI WANITA PENGUATKUASA MELAYU CUBA DICABUL CINABENG DI TEMPAT AWAM!!!




Barangkali teruja kerana Teresa Kok mendapat pembelaan paling hebat daripada Khalid Samad sehinggakan berlaku kekecohan di lobi Dewan Rakyat, atau barangkali juga BESAR KEPALA kerana mereka dilihat sangat kuat dan DAP pula sangat garang sehingga menakutkan sekalian rakyat Malaysia, sepasang lelaki perempuan bukan sahaja menghalang seorang petugas awam melaksanakan tugasnya, tetapi juga mencabul dan cubaan menyerang dan mengugut.

Klip video tersebut telah dimuatnaikkan oleh Netizen dan menjadi viral dalam tempoh yang singkat. Rata-rata menyatakan kemarahan dengan sikap biadap yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang awam tersebut.



Berlagak seolah-olah samseng, wanita Cina menarik baju pegawai penguatkuasa tersebut dan mengadu tangannya sakit setiap kali pegawai penguatkuasa tersebut cuba melepaskan diri, sekaligus mahu mewujudkan tanggapan kononnya dia telah diserang oleh pegawai berkenaan.

Manakala lelaki Cina yang berbadan besar pula melakukan provokasi yang lebih dahsyat bertujuan menimbulkan trauma.

Pasangan tersebut bukan sahaja melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan tetapi juga melakukan kesalahan mencabul dan menyerang.



Adakah Azmin Ali akan menuruti jejak Lim Guan Eng yang menghina penjawat awam Melayu dengan mencampakkan wang saguhati berjumlah RM200?

Atau adakah Khalid Samad akan memanggil lelaki dan wanita pendek Cina itu dengan gelaran SIAL sebagaimana yang dilakukannya terhadap Tajuddin Abdul Rahman dalam cubaan membela Teresa Kok?

Atau pun kedua-dua pegawai penguatkuasa tersebut akan dibiarkan begitu sahaja kerana nilai mereka terlalu kecil memandangkan mereka adalah MELAYU?


Thursday, November 24, 2016

EKORAN PENDEDAHAN PENYELEWENGAN TERBAHARU, GUAN ENG SIBUK NAK SAMAN AKHBAR, AZMIN ALI PULA ZIP MULUT SERAPAT-RAPATNYA!!!



Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang semakin tersepit apabila satu demi satu penjalangannya didedahkan dan disiarkan oleh media, mengambil langkah-langkah perlu bertujuan menutup mulut dengan menghantar surat-surat saman kepada mana-mana akhbar cetak atau dalam talian agar penjalangannya terus tertutup. 

Pada masa yang sama, cuba menimbulkan persepsi bahawa semua tuduhan tersebut hanyalah fitnah ke atasnya semata-mata.

Dan seperti biasa, Lim Guan Eng tidak akan mempertahannya dari sudut fakta, tetapi dia akan mencari-cari ruang teknikal untuk menang sebagaimana dalam kes-kes samannya yang lain.

Di Selangor pula, Azmin Ali mengambil langkah bertentangan.

Kalau di Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap hari dan setiap masa akan buat sidang media, di Selangor pula, Azmin Ali menjahit mulut serapat-rapatnya. Semua isu yang ditimbulkan, tidak akan dijawab atau diberikan reaksi.

Antaranya termasuklah Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dibuat 'renovasi' yang menelan belanja lebih RM10 juta tetapi hasil yang diberikan pula, tidak jauh berbeza daripada ketika Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang terletak di Lebuhraya Persekutuan itu tidak 'dibuat sebarang baik pulih'.

Ramai yang mempersoalkan tentang perbelanjaan yang tinggi hanya untuk cat dan sedikit mekap pada bahagian atas pintu gerbang berkenaan.


Dan terkini adalah pendedahan yang dibuat oleh bekas orang kuat PKR sendiri, Chegu Bard tentang penyelewengan dalam Projek Rumah Selangorku Idaman PKNS' yang menjadi lubak buat duit untuk sebilangan pemimpin-pemimpin PKR yang juga merupakan kroni-kroni Azmin Ali.

Pendedahan tersebut turut melibatkan seorang warganegara Singapura yang memperolehi komisyen lumayan daripada projek berkenaan selain adik-beradik Sivarasa Rasiah yang menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Bayangkan jika projek itu bernilai RM300 juta maka 1.5 % itu membawa nilai berapa ? Jika ini benar maka kesian kepada pejuang - pejuang PKR yang melarat berkorban apa sahaja namun ketika pemimpin kartel menuai jutaan yang melarat selama ini terus terbuai lagu perjuangan semata - mata.
Turut ditemui dalam dokumen lain yang diperolehi dalam set yang sama tersebut ialah nama warga Singapura , Sabri Bin Buang telah dinamakan sebagai penerima komisyen sebanyak 4% - 5%. Ia jauh lebih tinggi dari nilai peratus komisyen atas nama Naveen.
Siapakah dia ? Jika menyebut Singapura maka dua pemimpin kanan PKR Selangor iaitu Azmin dan Zuraidah datang dari Singapura harus tampil menjawab.... (Pendedahan sepenuhnya BACA DI SINI)

Satu demi satu pendedahan tentang penyelewengan di Selangor dibuat dan didedahkan, tetapi setiap kali itulah, Azmin Ali akan tutup mulut dan tidak langsung memperkatakannya, bahkan para pemimpin PKR dan DAP Selangor lain juga tidak berani membuka mulut, bagi meminimakan kekantoian mereka.

Adakah kali ini juga, Azmin Ali akan terus membisu?

UNTUK TUTUP CERITA MARIA CHIN DITAHAN KERANA PENEMUAN DOKUMEN SUBVERSIF, PUAK PAKATAN KATA KERAJAAN TAKUT DENGAN DEMONSTRASI MARIA CHIN!!!



Kalau diperhatikan kempen-kempen simpati untuk Maria Chin, yang pasti, gambaran diberikan ialah kerajaan sedang ketakutan kerana seorang suri rumah, ibu tunggal yang sudah tua menggerakkan gerakan mendedahkan kejahatan kerajaan, membuatkan kerajaan bertindak menggunakan undang-undang untuk mengurung dan menahannya.

Sekaligus membolehkan 'kejahatan' kerajaan terus ditutup. 

Dari Dr. Mahathir sehinggalah kepada para pemimpin DAP dan PKR, itu sahajalah modal mereka. 

Hakikatnya, intipan ke atas Maria Chin Abdullah telah dibuat lama oleh pihak berkuasa. Kaitan Maria Chin Abdullah dengan OSF dan George Soros telah diperakui sendiri oleh Maria Chin. 

Dan dia akhirnya ditahan selepas dokumen-dokumen yang membuktikan ancaman terhadap demokrasi berparlimen di negara ini, ditemu di dalam pejabatnya. 

Sekaligus menafikan tuduhan golongan terbabit bahawa Maria Chin ditahan kerana demonstrasi. Sebaliknya dia ditahan dan diletakkan di bawah SOSMA bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan tentang pembabitan dan kaitannya dengan agen asing untuk mengganggu gugat negara ini. 


"Penahanannya tiada kena mengena dengan demonstrasi BERSIH. Dia telah ditahan di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana aktiviti-akviti yang mengancam demokrasi berparlimen," kata Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. 

Menurut Ketua Polis Negara lagi, penahanan Maria di bawah SOSMA selama 28 hari adalah bagi membolehkan polis membuat siasatan dan mengambil keterangan sewajarnya dari dia, terutama sekali yang membabitkan dana dan pembiayaan BERSIH 2.0.

Pada 18 November lalu, sepasukan anggota dan pegawai polis telah menyerbu pejabat BERSIH dan menemui beberapa dokumen yang polis syaki sebagai pembabitan BERSIH dalam usaha mengancam demokrasi berparlimen di Malaysia, iaitu kesalahan yang tertakluk di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan.

Khalid turut menegaskan SOSMA boleh digunakan untuk menyiasat jenayah terancang, pemerdagangan manusia dan jenayah ke atas negara, dan tidak hanya terrorisme. 


"Orang ramai berkata, kerajaan berjanji akan hanya menggunakan SOSMA untuk teroris. Malangnya mereka keliru antara SOSMA dengan POTA (Akta Pencegahan Terroris)."

Menurut Khalid lagi, Maria Chin sendiri mengakui telah menerima dana daripada OSF yang dibiayai oleh George Soros. 

"Kita tahu apa itu OSF dan berapa banyak negara yang telah mereka gulingkan supaya mengikut cara mereka. Ini adalah tanggungjawab polis untuk memastikan, keselamatan negara tidak diancam oleh sesiapa pun. Kita tahu sejarah OSF. Kita telah mengambil langkah-langkah perlu agar negara ini tidak jatuh ke dalam tangan orang yang mahu menjahanamkan Malaysia," kata Khalid lagi. 

KHALID SAMAD HAMPIR KENA BELASAH DI PEKARANGAN DEWAN RAKYAT KERANA MULUT 'SIALNYA'!!!



Kecoh juga di pekarangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan orang sebentar tadi.

Dan seperti biasa, tuduhan dibuat kononnya ia ada kaitan dengan pertengkaran antara Khalid Samad dan Tajuddin Abdul Rahman.

Gobind Singh Deo ketika di Dewan, telah membangkitkan persoalan mengapa orang yang cuba menyerang, mengugut dan cuba memukul, hanya dileraikan oleh pihak keselamatan Parlimen tetapi tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian pagi tadi, pihak keselamatan berjaya menyelamatkan Khalid Samad dan menghalang kejadian lebih buruk. Bagaimanapun, difahamkan tiga orang anggota keselamatan tercedera dalam kejadian tersebut.

Dan Khalid Samad turut memberitahu, 'Badan saya tidak tersentuh sedikit pun!'.

Malah Khalid Samad menegaskan, 'Kamu nak terajang saya, kamu nak membelasah saya ke, saya tetap menjalankan peranan saya."

Khalid Samad juga memberitahu, salah seorang penyerangnya adalah 'ANAK PASIR SALAK'.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


DAP MAKIN KALUT MENGHASUT SELEPAS BERSIH 5.0 GAGAL HALANG PEMBENTANGAN RUU355!!!



Lim Guan Eng dan DAP sedang seronok menyucuk selain menghasut parti-parti komponen BN, terutama MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti Bumiputera Sabah-Sarawak agar keluar dari BN kerana menentang RUU355.

Hari ini, dijangkakan pembentangan RUU355 akan dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi telah mengumpulkan kesemua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS dan PAN untuk memberikan penjelasan serta penerangan tentang RUU355.

Hasilnya, lumayan walaupun ada soksek-soksek 'wakil DAP' dari PAN yang berpura-pura bangang dan tidak faham.

Politik kekal dengan gaya politik.

RUU355 sebenarnya memang EKSKLUSIF untuk umat Islam di Malaysia sahaja. Ia adalah pakej penaikan taraf sistem undang-undang syariah di negara ini.

DAP enggan menerima konsep bahawa ada undang-undang syariah dan sivil yang perlu dijalani oleh umat Islam di Malaysia. Mereka tidak menerima dan mengiktiraf undang-undang syariah kerana undang-undang tersebut meminggirkan firma-firma guaman mereka.

Namun yang terpenting, DAP mahu menunjukkan bahawa mereka adalah 'SAVIOUR' kepada masyarakat bukan Islam di negara ini, sekalipun yang ingin diselamatkan pula, langsung tidak terjejas dengan undang-undang yang akan dipinda atau ditambahbaik.

Apa yang disibukkan oleh DAP dalam URUSAN UMAT ISLAM di negara ini?

Dalam keadaan biasa, wakil-wakil DAP kelam-kabut cuba menunjukkan yang mereka pro-Islam termasuklah tidak segan silu hadir ke masjid pada musim bulan Puasa, berselendang bahkan bersongkok, malah cuba menggandingkan nama mereka dengan tokoh-tokoh Islam, tetapi apabila cubaan menaiktarafkan dan pembaikian undang-undang syariah di kalangan umat Islam, mereka menentang dengan keras, bahkan menghasut dan cuba menimbulkan kekacauan kononnya mereka memperjuangkan hak rakyat.


Umat Islam tertakluk kepada undang-undang syariah sama ada hudud, qisas dan sekurang-kurangnya takzir. Itu adalah amalan yang dilakukan oleh khalifah-khalifah Islam dari zaman Khulafa Ur-Rasyidin lagi. Walaupun di dalam al Quran terdapat hudud dan qisas tetapi syubhah memberikan 'keistimewaan' kepada Kerajaan untuk menggunakan takzir.

Hudud dan Qisas tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya memandangkan ia tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang sangat ketat. Bagaimanapun, sebarang masalah jenayah memerlukan hukuman selanjutnya bagi mengawal maslahat umat. Justeru, ketiadaan hudud dan qisas tidak bermakna, bebaslah si pelaku yang bijak memanipulasikan undang-undang dengan bantuan peguam. Sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan undang-undang takzir dan sivil.

Itu yang berlaku di Malaysia.

Bukan Islam ada undang-undang sivil yang mana sudah tentu mereka tidak mahu tertakluk di bawah undang-undang takzir atau syariah. Mereka sudah tentu tidak mahu berasakan yang mereka telah DITAKLUK OLEH ISLAM - sepertimana yang cuba dipersepsikan oleh DAP sepanjang parti tersebut wujud.

Justeru, apa yang harus mereka takutkan sekiranya RUU355 hanya melibatkan umat Islam?

Bab cuba mendapatkan publisiti murahan dengan menggambarkan mereka pro-umat Islam, mereka boleh melakukannya dengan mudah. Tetapi dalam bab RUU355, mereka menentangnya, malah menghasut agar kekacuan menerusi BERSIH 5.0 dibuat semata-mata supaya rakyat bangkit melawan RUU355?


Tuesday, November 22, 2016

MALU AKIBAT TERKANTOI MENIPU, LIM GUAN ENG MENGAMUK SAMPAI SURAT KHABAR PRO DIA PUN, DISERANG!!!



Lepas satu suratkhabar, satu lagi suratkhabar menjadi mangsa serangan Lim Guan Eng. Daripada akhbar-akhbar berbahasa Cina yang kuat menyokong DAP dan Lim Guan Eng sehinggalah akhbar milik MCA seperti The Star yang juga banyak menyokong DAP, menjadi mangsa serangan terbaharu Setiausaha Agung DAP itu. 

Dalam perkembangan terbaharu, Lim Guan Eng dan ramai ahli-ahli politik DAP kecuali Tony Pua sedang memperhebatkan serangan ke atas The Star. 

Tajuk The Star tidak menyatakan 'Penang. Under Water.' Sebaliknya, hanya 'Under Water'.

Gambar yang digunakan dirakamkan di Grik, Perak, tetapi banjir turut melanda Pulau Pinang dan Kedah dan negeri-negeri lain, jelas tertera pada muka hadapan akhbar berkenaan.

Selain itu, turut dilaporkan ialah satu kematian di Pulau Pinang akibat limpahan air sungai yang disebabkan oleh banjir, tetapi Lim Guan Eng kelam-kabut menyatakan, berita tersebut adalah fitnah kerana kematian tersebut bukannya akibat banjir. Dia berkata, mangsa mati akibat lemas di sungai dan kematian tersebut tidak bermana mati akibat banjir walaupun limpahan air sungai tersebut adalah disebabkan oleh banjir. 

Lim Guan Eng seperti keseluruhan DAP dan para penyokong mereka, cuba memutarbelitkan kenyataan. Apabila sudah tidak mampu memutarbelit, maka serangan agar akhbar dan sumber berita tersebut dibuat secara menggila. 

Adakah penafian Lim Guan Eng bahawa mangsa yang lemah akibat banjir tersebut bermakna, mangsa masih hidup? Dia faham ke tidak dengan kata-katanya sendiri?

Aneh juga, tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng dan DAP menjadi begitu sensitif dengan berita-berita yang disiarkan oleh akhbar sedangkan berita-berita dari akhbar-akhbar yang sama jugalah yang mengeluarkan banyak berita-berita negatif tentang Kerajaan Pusat dan Najib Abdul Razak, DAP dan Lim Guan Englah yang paling kuat bersorak.

Sekarang, Lim Guan Eng marah apabila perkara yang sama terkena ke batang hidungnya?

Adakah DAP akan mengumpulkan para panglimanya untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas The Star yang merupakan milik MCA dalam usaha mengalih perhatian daripada masalah banjir di Pulau Pinang yang masih tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini setiap kali hujan lebat? Sedangkan semasa cuba mencari kuasa dahulu, janji DAP ialah, masalah banjir di Pulau Pinang akan diselesaikan dalam tempoh yang paling singkat.

Untuk rekod, sekarang ini Lim Guan Eng dan DAP menyerang semua akhbar aliran utama dalam minggu ini sahaja bagi versi-versi berbeza - Berita Harian, NST, Sin Chew, China Press dan The Star. 

Satu-satunya akhbar yang dia tidak serang adalah Buletin Mutiara yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyalurkan dana berjumlah puluhan juta ringgit dari dana negeri bagi menyebarkan pembohongan dan propaganda DAP. 

DAP dan Lim Guan Eng seringkali mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kebebasan akhbar dan maklumat... nah, inikah kebebasan yang diuwar-uwarkan?

Bayangkanlah kalau Lim Guan Eng sebagai Menteri Dalam Negeri!!!

MAHATHIR SALAHKAN KABINET KERANA KEPUTUSAN BAGI KONTRAK RM507.7 JUTA KAT KRONI SELEPAS DIDEDAHKAN KETUA AUDIT NEGARA!!!



Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan pada tahun 2001, Menteri Kewangan yang disandang oleh Mahathir waktu itu, telah membatalkan semua kontrak (15 kesemuanya) bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan di pelabuhan-pelabuhan di negara ini. Sebaliknya kontrak yang bernilai RM507.77 juta diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Jun 2002, Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan, siasatan mendedahkan pada 10 Ogos 2002, Kementerian Kewangan memutuskan semua tender pengorekan muara sungai dengan tempoh konsesi 15 tahun sebelum itu telah dibatalkan dan Menteri Kewangan telah mengarahkan agar kontrak tersebut diberikan kepada MMDC.

Pemeriksaan Jabatan Audit juga tidak menemui sebarang dokumen berkaitan dengan perbincangan penilaian atau kajian mengenai keputusan di peringkat Kementerian Pengangkutan.

Mahathir telah menafikan peranannya dalam pemberian kontrak tersebut secara langsung kepada MMDC. Sebaliknya dia menyalahkan Kabinet. Menurutnya, Kabinet yang meluluskan pemberian kontrak tersebut.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


ADAKAH PENCINTA-PENCINTA SOROS DAN MARIA CHIN AKAN BOIKOT HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH YANG SOKONG ETNIK ISLAM MYANMAR SABTU INI?!!!



Kekejaman dan pembersihan etnik di Myanmar melibatkan umat Islam, nampaknya tidak begitu mendapat perhatian daripada Kerajaan Malaysia mahupun sebilangan besar rakyatnya yang masih lagi memperkatakan tentang Demonstrasi BERSIH 5.0 dan Gerakan Baju Merah.

Malahan dunia pun turut memandang sepi akan perbuatan kejam tentera-tentera Myanmar yang mahu menghapuskan masyarakat Islam di negara tersebut.

Negara ini menjadi antara tempat pelarian warga Myanmar. Menariknya, golongan yang turut menzalimi etnik beragama Islam di Myanmar juga, turut masuk ke negara ini berbondong-bondong, malahan turut berjaya menempatkan diri mereka dalam industri tenaga kerja.

Manakala masyarakat Islam Myanmar yang masuk ke negara ini, kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pemungut sampah dan pencari barangan terpakai, malahan ada yang menjadikan kerjaya peminta sedekah sebagai punca pendapatan utama, memandangkan permintaan untuk tenaga mereka agak berkurangan.


26 NOVEMBER, Himpunan Solidariti Untuk Umat Islam Myanmar akan diadakan di pekarangan Masjid Negara.

Berbanding Demonstrasi BERSIH 5.0 atau pun Gerakan Baju Merah yang hanya untuk seronok-seronok atau demi kepentingan satu pihak, solidariti untuk masyarakat Islam Myanmar yang sedang ditindas, dibunuh, dirogol bahkan dihalau dari tanahair mereka sendiri, sepatutnya membuka mata kita tentang nasib yang bakal kita terima sekiranya kita turut mengambil sikap lama masyarakat Islam Myanmar.


Berbanding BERSOLIDARITI UNTUK MARIA CHIN dan BERSIH 5.0 yang sudah kita ketahui merupakan kepentingan DAP dan George Soros, lebih baik kita menyertai Himpunan Solidariti pada 26 November ni di pekarangan Masjid Negara. Solidariti untuk umat Islam jauh lebih baik berbanding bersolidariti untuk memastikan golongan seperti Lim Kit Siang naik berkuasa atau untuk memastikan Mahathir terus menggunakan wang rakyat Malaysia untuk kepentingan kroninya!!!


APABILA AHLI PARLIMEN BERASAKAN MEREKA LEBIH KEBAL DARI UNDANG-UNDANG!!!



Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya. Fungsi utama mereka adalah membawa suara dan keperluan serta kehendak rakyat di kawasan yang mereka wakili. Daripada kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mereka mempunyai keistimewaan untuk menggubal undang-undang di Parlimen menerusi proses usul dan bahas serta undi.

Itu adalah fundamental keberadaan Ahli Parlimen.

Tetapi apa yang berlaku di Malaysia, amat kelakar!

Ahli-Ahli Parlimen berasakan mereka lebih teratas daripada semua orang di negara ini. Mereka berasakan, mereka bebas berbuat apa-apa. Malah mereka juga berasa mereka bebas merancang segala-galanya dan tiada apa-apa yang boleh menahan serta mencegah mereka, termasuklah undang-undang.

Semalam, beberapa orang Ahli Parlimen mempamerkan sikap dan sisi jelek mereka yang tidak selayaknya pada Ahli Parlimen. Dalam peristiwa semalam, dua orang Ahli Parlimen lelaki berbalas-balas makian semata-mata kerana seorang Ahli Parlimen wanita.

Hari ini pula, segerombolan Ahli Parlimen berarak dari Parlimen ke Bukit Aman untuk menuntut pembebasan Maria Chin daripada tahanan SOSMA hanya kerana Maria Chin adalah geng mereka!

Tahun lepas, gerombolan yang sama, berarak dari Parlimen ke Bukit Aman untuk menuntut pembebasan Rafizi Ramli yang juga geng mereka.

Bagaimanapun, perarakan yang sama tidak dibuat apabila Ahli Parlimen dari pihak yang bertentangan ditahan dan dilokapkan oleh polis.

Sebagai penggubal undang-undang, sewajarnya Ahli-Ahli Parlimen tersebut bersikap lebih matang dan bukannya bertindak sebagai pelakon pentas opera. Apatah lagi, Maria Chin ditahan di bawah undang-undang pencegahan keselamatan.

Keselamatan yang diperjudikannya pula adalah keselamatan negara.

Justeru sewajarnya, siasatan yang mahu dijalankan oleh pihak polis ke atas Maria Chin bagi tuduhan dan dakwaan menggunakan dana dan pihak asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih menerusi proses demokrasi, sewajarnya tidak diganggugugat oleh mana-mana Ahli Parlimen mahupun pihak politik.

Sememangnya dari zaman sebelum merdeka lagi, terdapat ramai orang politik yang menggunakan pihak asing untuk memenuhi keinginan dan cita-cita besar mereka. Kemuncaknya ialah pada tahun-tahun di mana komunisme dan sosialisme selain perang pengaruh antara Amerika Syarikat dan Russia, menyaksikan ramai orang atau macai politik, yang dikenakan tindakan di bawah undang-undang.

Begitu juga apabila ada khabar-khabar angin berkenaan seorang menteri kabinet diminta berpisah dengan isterinya yang dikesan sebagai ageni perisik pihak asing.

Apabila Ahli-Ahli Parlimen kononnya bersolidariti untuk membebaskan seseorang yang disyaki terlibat dengan pihak asing untuk menjahanamkan negara ini, sewajarnya mereka juga harus dikenakan tindakan yang sama...

Kurung mereka di bawah undang-undang pencegahan dan keselamatan. Dan memandangkan mereka adalah penggubal undang-undang, mereka harus dikenakan hukuman yang lebih ketat kerana potensi mereka sebagai talam dua muka serta agen perisik kepada pihak asing, jauh lebih besar dan bahaya!


 
Blogger Templates