Saturday, December 31, 2016

MCDONALD 100% HALAL... HEW KUAN YAU, NGA KOR MING DAN GAN PING SIEU 'BEKERJASAMA' LANCARKAN KEMPEN BOIKOT!!!



Bermula dengan Gan Ping Sieu yang merupakan Presiden Bersama CENBET yang juga merupakan bekas pemimpin utama MCA, kemudian dituruti oleh Hew Kuan Yau, ayam sabung DAP yang tidak diperakui oleh DAP tetapi sebenarnya masih DAP dan selepas itu Nga Kor Ming, polemik larangan syarikat makanan segera, McDonalds yang tidak membenarkan makanan luar yang tidak disahihkan halalnya dibawa masuk ke premis mereka dipergunakan oleh mereka dengan sewenang-wenangnya. (RUJUK SINI)

Tuduhan RASIS, diskriminasi kepada bukan Islam dan Boikot McDonald sudah mula dimainkan!

Satu permainan jahat yang dimulakan oleh mereka dan apabila dibalas nanti, kesalahan akan segera dipusing kepada pihak yang membalas.

Mereka memprovokasi tetapi mereka menyalahkan pihak yang mempertahankan diri!

Dalam isu McDonald juga, perkara yang sama juga berlaku.


Sebelum ini, McDonald telah berada dalam senarai 'BOIKOT PRODUK CINA DAP' ketika kemarahan memuncak selepas PRU-13 yang terhasil daripada TSUNAMI CINA. Ketika Tsunami Cina' itu juga, pihak pro-DAP telah melancarkan kempen boikot produk dan syarikat Bumiputera termasuklah Roti Gardenia, produk-produk keluaran FELDA dan Sime Darby serta produk-produk syarikat Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Bagaimanapun, hanya selepas kempen JANGAN BELI BARANGAN CINA DAP yang dilancarkan menerusi media sosial sahaja,  barulah kegelabahan bermula dan pujukan agar kempen tersebut dihentikan dibuat secara giat.

Islam adalah AGAMA RASMI PERSEKUTUAN MALAYSIA. Manakala umat Islam adalah golongan majoriti di negara ini. Bagaimanapun, agama-agama lain tidak dilarang untuk diamalkan. Orang bukan Islam pula tidak dihalang dan bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.



Ironinya apa yang berlaku di Malaysia adalah, golongan majoriti sentiasa ditekan dan sentiasa diarah-arah walaupun telah menunjukkan sikap bertoleransi yang amat tinggi, bahkan tidak mungkin wujud di negara-negara lain di seluruh dunia, termasuklah di India dan di China sendiri, apatah lagi di Singapura mahupun Taiwan.

Rangkaian Restoran McDonald telah mengeluarkan arahan kepada para pelanggan agar tidak membawa makanan luar masuk ke dalam premis mereka. Arahan tersebut telah lama dibuat tetapi tidak ada sebarang BANTAHAN tetapi apabila McDonald mensyaratkan kek atau makanan luar yang dibawa masuk mestilah halal, maka melalaklah sekalian kaum RASIS KIASU dan CHAUVINIST yang berselindung di sebalik parti politik.

Ternyata  mereka langsung tidak menghormati agama Islam di negara ini. Mereka hanya mahu agama Islam dan penganutnya akur dengan kehendak mereka, atas alasan 'KEBEBASAN BERAGAMA'.

Kalau boleh, mereka mahu BABI PANGGANG dibawa masuk ke restoran Melayu dan ia tidak boleh dihalang!

Siapa yang rasis sebenarnya?

Siapa yang enggan mengiktiraf agama rasmi Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan?

Puak-puak ini semakin melampau!

Yang buat peraturan adalah McDonald tetapi yang mereka serang adalah JAKIM, sekaligus menunjukkan niat mereka sendiri!


Friday, December 30, 2016

JAMAL MOHD YUNOS MEMANG LANGGAR UNDANG-UNDANG, TAPI PREMIS JUDI HARAM LAGI KUAT LANGGAR UNDANG-UNDANG, MANA TINDAKAN?



Tindakan terbaharu yang dilakukan oleh Jamal Mohd Yunos menimbulkan pelbagai polemik dan persepsi. Namun ia lebih menarik apabila Ketua Polis Selangor turut mengeluarkan komen dan mengingatkan Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu telah melakukan kesalahan kerana melakukan serbuan ke atas premis yang disyaki menjalankan operasi judi haram tanpa sedikit pun menyentuh tentang Kanun Prosedur Jenayah (CPC) 27-1 yang membolehkan orang awam melakukan penangkapan. 


Penulis bukanlah seorang pengkagum atau pun peminat tegar Jamal Mohd Yunos. Banyak tindakannya yang kadang kala menggelikan hati penulis. Kebanyakan tindakannya juga lebih bersifat lelucon politik.

Namun gerakannya menyerbu pusat-pusat judi di Sekinchan dan Ampang, membuatkan penulis memujinya. Malah penulis juga sebenarnya kagum dengan keberaniannya walaupun pada masa yang sama, Jamal sebenarnya bukan sahaja melanggar undang-undang kerana menyerbu kawasan persendirian tanpa waran dan lesen sebagaimana kenyataan Ketua Polis Selangor, tetapi juga kerana keberaniannya berhadapan dengan kongsi-kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan samseng yang diketahui mengendalikan dan mengoperasikan pusat-pusat judi tersebut.

Sekaligus pada masa yang sama menunjukkan bagaimana pihak berkuasa Selangor, bahkan di negeri-negeri lain hanya menutup mata apabila dia melakukan penyerbuan sendirian, dan mengesahkan bahawa kewujudan pusat-pusat judi haram, sememangnya adalah satu hakikat tetapi kurang diberikan perhatian di sebalik pelbagai kenyataan-kenyataan retorik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri.


Dalam kejadian terbaharu, gelagat Jamal yang berjubah dan berkopiah putih mungkin menjadi bahan lawak bagi sesetengah pihak tetapi bagi mata orang ramai, tindakannya itu merupakan satu usaha untuk menyedarkan pihak berkuasa agar tidak terus membodoh-bodohkan rakyat apabila pusat-pusat judi dan maksiat yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan langsung tidak dikawal serta dipantau.

Walaupun sukar untuk menuduh pihak berkuasa tidak menjalankan tugas atau memejamkan mata dengan kewujudan pusat-pusat judi serta maksiat tersebut, namun apa yang dilakukan oleh Jamal Mohd Yunos sedikit sebanyak telah mendedahkan kepincangan di dalam pihak berkuasa itu sendiri.

Sepatutnya apa yang dilakukan oleh Jamal itu, sedikit sebanyak memudahkan pihak berkuasa khususnya PBT yang mengeluarkan permit untuk bertindak.

Jamal bertindak membahayakan diri dan keluarganya sendiri di sebuah negeri yang sepatutnya menjadi Utophia. Pakatan yang mengandungi DAP-PKR-PAS telah menjanjikan kepada para pengundi untuk menghapuskan segala kilang arak, judi dan yang berkaitan dengan maksiat dalam kempen pilihanraya mereka. Namun setelah dua penggal memegang kuasa, pusat-pusat yang berkaitan maksiat itu tidak berkurangan, bahkan bertambah berkali-kali ganda di seluruh negeri.

Adakah sebenarnya ini yang diidamkan oleh para penyokong Pakatan sebenarnya bagi memenuhi impian mereka melihat Selangor sebagai sebuah negeri Utophia?


Thursday, December 29, 2016

BAGAIKAN ORANG DIPICIT TELUR, MUHYIDDIN MEMBISU SERIBU BAHASA TENTANG 'FATWA' RASUAH MAHATHIR!!!



Nak harapkan Muhyiddin Yassin membela Mahathir dalam isu BR1M adalah rasuah?

Jangan haraplah!

Muhyiddin Yassin hanya 'samseng' apabila berada di luar gelanggang. Hanya apabila dia ada kawan di sekelilingnya. Kalau sorang-sorang Muhyiddin Yassin tak berani.

Itu sebablah, dalam audio mesyuarat tertutup yang 'diseludup' keluar dan kemudian didedahkan di media sosial, Muhyiddin Yassin ketika berhadapan, membela dirinya dengan menafikan dia mengeluarkan sebarang kenyataan negatif tentang 1MDB dan Najib. Tetapi di pentas ceramah, dia pula yang jadi hero, konon-kononnya berjuang untuk rakyat.


Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat sebagai TERDESAK apabila menyatakan yang BR1M adalah RASUAH. Sesiapa yang mengambil BR1M adalah penerima rasuah dan mereka melakukan kesalahan dalam agama dan undang-undang negara.

Polemik tersebut menarik perhatian banyak pihak. Rata-rata, termasuklah SPRM tidak bersetuju dengan takrifan dan tafsiran RASUAH Mahathir. Hanya ada beberapa orang sahaja yang membela kenyataan Mahathir termasuklah panglima sewaan terbaharu, Ezam Mohd Nor. Itu pun secara berselindung dan beralas. Manakala panglima-panglima Mahathir yang lain, sekadar bersuara macam katak tertelan pacat dengan sebahagian daripada mereka, cuba menjadi ulama walaupun apa yang mereka cakapkan itu langsung tidak berjalur agama sebaliknya sekadar emosi dan sentimen yang telah dipuput oleh Sarawak Report dan WSJ.

Mukhriz yang cuba membantu bapanya pula, sekadar MEMBODOH dan MEMBADUTKAN dirinya sendiri.



Kalau ada pun yang kedengaran 'matang' sikit adalah wakil DAP, Liew Chin Tong yang menyokong kuat ijtihad Mahathir.

Kira boleh harap jugalah wakil DAP yang berpandangan Mahathir mampu membantu parti itu menawan Johor daripada UMNO sekaligus menawan Putrajaya menerusi konsesi seperti yang dilakukan DAP di Selangor. (RUJUK SINI)

Nak harapkan Muhyiddin... dia sendiri pun tak boleh diharap!!!




HORMATI RAFIZI RAMLI!!! SATU SERANGAN TERHADAP NAJIB, TIGA LAGI SERANGANNYA TERHADAP AZMIN ALI DAN LIM GUAN ENG!!!



Setelah agak lama Rafizi Ramli menyepikan diri, kini dia muncul. Bagi para penyokongnya, Rafizi sentiasa membawa kebenaran. Bagi para pembenci fitnah Rafizi, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan itu, asal buka mulut sahaja, kalau tidak menfitnah, dia berbohong.

Tidak dinafikan, di sebalik pembohongan dan kekalutan yang dicetuskannya, ada beberapa perkara 'menarik' yang akhirnya didedahkan melibatkan beberapa kepincangan yang seharusnya diperbaiki dari awal namun dibiarkan begitu sahaja.

Di sebalik fitnah kejam Rafizi Ramli, ada kebaikan yang tidak boleh dinafikan, termasuklah pendedahan tentang individu-individu yang diberikan tanggungjawab dan amanah tetapi kemudian melakukan pengkhianatan menerusi amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

UMNO banyak menyimpan musang. Musang-musang berkenaan sangat pandai berlakon dan menyamar. Mereka inilah yang diletakkan di GLC-GLC dan mempunyai kedudukan serta jawatan hebat dalam entiti-entiti kerajaan. Dan mereka inilah juga yang akan mengangkut segala macam masalah ke dalam entiti-entiti yang mereka duduki dan kemudian segala kesalahan tersebut, dihalakan pula kepada Presiden UMNO.

Masalah mereka yang buat, tetapi yang perlu menjawab dan menanggung fitnah adalah Presiden UMNO.


Namun, Rafizi yang sudah terbiasa dengan politik fitnahnya, tidak sahaja menjadikan Najib Abdul Razak sebagai sasaran, tetapi juga sesiapa sahaja yang dilihat menjadi pesaing kuatnya. Rafizi mungkin tidak berniat atau berminat untuk menjadi Setiausaha Agung DAP atau Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi dia perlu meletakkan dirinya untuk dihormati oleh pemimpin-pemimpin kanan DAP apabila dia sengaja cuba mewujudkan persepsi jahat terhadap MRT agar tindakbalas yang diterima daripada pihak kerajaan adalah, perbandingan dengan kos sistem pengangkutan ciptaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Rafizi membuat pendedahan tentang terowong MRT supaya terowong dasar laut Lim Guan Eng diingati dan kos kajian kebolehlaksanaan yang telah dibayar, diingati serta disebut. Rafizi juga mungkin tidak berminat untuk menjadi Menteri Besar Selangor tetapi dia perlu memberikan isyarat kepada Azmin Ali yang selama ini dianggap sebagai 'brainchild' Anwar Ibrahim, dia lebih bijak, lebih kejam dan lebih berstrategi.

Dalam isu terbaharu, Rafizi Ramli menyerang FELDA kerana menurutnya agensi tersebut telah membeli ladang dan membuat pelaburan di Indonesia pada harga yang sangat tinggi. Bagi penyokong Rafizi Ramli, ia adalah satu lagi pendedahan tentang masalah dalaman FELDA yang telah banyak menyeleweng dan menghampakan ratusan ribu keluarga peneroka FELDA.


Namun pada masa yang sama, Rafizi seperti mahu para penyokongnya bahkan penyokong kerajaan tahu bahawa antara mereka yang menerima laba besar daripada dana FELDA adalah Chen Man Hin, bekas pendatang dari China yang mendapat status kerakyatan walaupun tidak boleh berbahasa Kebangsaan apabila urusniaga ladang di Johor yang bernilai lebih RM1.2 bilion. Rafizi seperti  mahu memberitahu, orang-orang besar yang didudukkan dalam FELDA itu sebenarnya hanya mempergunakan peneroka dan keluarga mereka untuk mengembongkan tembolok mereka sahaja.

Seperti juga Rafizi mahu seluruh rakyat Malaysia tahu tentang urusniaga SPLASH yang merupakan salah satu syarikat konsesi air di Selangor yang diambilalih 11 kali ganda dari nilai asalnya berjumlah lebih RM2 bilion oleh pentadbiran Azmin Ali apabila Rafizi Ramli mengungkit tentang tanah TRX dan Tabung Haji. Rafizi mempergiatkan fitnah ke atas Tabung Haji dan pada masa yang sama, membuka ruang lebih besar agar campurtangan PKR Selangor dalam urusniaga SPLASH dan SYABAS terdedah.

Barangkali ramai yang masih ingat bilamana Rafizi Ramli secara tiba-tiba berkonfrontasi dengan Jamal Mohd Yunos dalam isu yang dianggap sangat remeh, dan tidak lama selepas itu, cerita tentang PINTU GERBANG KOTA DARUL EHSAN menjalani 'penambahbaikan' pada kadar kos yang langsung tidak munasabah, mula kedengaran.

Begitu juga apabila Rafizi Ramli sengaja menyerang Rosmah Mansor sebelum isu Betty Chew, isteri Lim Guan Eng cuba menguasai hartanah di Pulau Pinang, terdedah.


Mungkin dari satu segi, Rafizi Ramli tidak mempunyai moral dan tidak mempunyai batasan tetapi dari satu segi yang lain, sebagai orang politik, Rafizi Ramli amat kreatif dalam mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa secara berleluasa dan sewenang-wenangnya di dalam kumpulannya sendiri.

Perhatikan setiap gerak Rafizi Ramli secara teliti. Satu pendedahan yang kadang-kadang sengaja dibuat membabitkan Kerajaan seperti dalam isu Tabung Haji dan MRT, Rafizi Ramli juga sebenarnya mahu rakyat Malaysia tahu, ada penyelewengan dan penjarahan besar-besaran melibatkan PKR dan DAP di Selangor dan Pulau Pinang.

Cuma barangkali kerana dia di dalam PKR dan merupakan Naib Presiden, apatah lagi dia orang kuat Pakatan Harapan, Rafizi Ramli melakukannya secara terbalik tetapi sasarannya boleh dibaca sekiranya dicermati.


Wednesday, December 28, 2016

ANINA SAADUDDIN MULA MENGUGUT UNTUK LEPASKAN BOM ORANG ATASAN CAP BUNGA!!!



Hanya menunggu masa...

Itu sahaja yang boleh dikatakan...

NABI S.A.W PUN MAHATHIR PERNAH HINA DAN LAWAK-LAWAKKAN, APA SANGATLAH SEORANG MUFTI SEPERTI HARUSSANI!!!



Berani S.S Mufti Perak, Harussani menasihati Mahathir!

Apa nilai seorang mufti kepada Mahathir kerana Mahathir berdasarkan rekodnya, pernah terlibat secara tidak langsung dalam pemecatan orang mufti termasuklah mufti Selangor yang menentang pemikiran dan kehendaknya.

Almarhum Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom kehilangan jawatan apabila mengambil tindakan ke atas beberapa orang perempuan Melayu yang menjadi peserta pertandingan ratu cantik pada tahun 1997. Tidak lama selepas pemecatannya, Malaysia dilanda bala bencana berupa kemuruduman ekonomi dan kewangan yang sangat kronik, yang turut melihat bagaimana Mahathir menggunakan wang negara untuk membela kroni, proksi dan anak-anaknya secara sewenang-wenangnya.

Harussani dalam kenyataannya menyatakan Mahathir tidak mempunyai autoriti untuk mengeluarkan 'fatwa' haram ke atas BRIM.

"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah. Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada. 

"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik. 

"Sikap Dr Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat," katanya. (RUJUK SINI)


Sudah pastilah nasihat Mufti Perak itu agar Mahathir menghabiskan sisa-sisa usianya yang telah dilanjutkan oleh Allah Taala itu berbanding orang lain dengan meningkatkan amal ibadat, akan ditempelak serta dibenci oleh para pentaksub Mahathir. 

Malah tidak mustahil juga, Mahathir sendiri tidak akan menghargai nasihat berkenaan. 

Setakat nasihat Mufti Perak itu, apalah sangat... 

Sedangkan Nabi s.a.w pun dia buat lawak sesuka hati dia sahaja, nilai seorang Mufti baginya, mungkin tidak lebih daripada sekadar KUTU BERAHAK sahaja!

Tengok sahajalah aksi-aksi para penyokongnya terhadap Harussani!


Tuesday, December 27, 2016

DAGANGAN TEMBERANG EZAM MOHD NOR YANG BERTUANKAN MAHATHIR, HANYA MEMALUKAN DIRI SENDIRI!!!



Rasmi pedagang politik seperti Ezam Mohd Nor ialah mencari-cari jalan untuk membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh tuannya.

Masa dengan Anwar Ibrahim, dialah pejuang paling kanan membela Anwar.

Bila dah berpindah alam bersama Pak Lah, Pak Lah pula jadi sanjungan. Kemudian apabila Najib menggantikan Pak Lah, Najib pula jadi junjungan.

Apabila tempoh perjawatannya sudah hampir tamat, Ezam Mohd Nor kembali mencari nafas baru untuk terus hidup mewah.

Dan akhirnya, Ezam kembali kepada Mahathir yang dilihat, dipercayai dan diyakini akan dapat menggulingkan Najib, manakala dia pula akan mendapat habuan besar apabila Mahathir menyusun kaum puak dia sendiri dalam kabinet dan kerajaan.

Sekurang-kurangnya kedudukan dalam GLC akan diperuntukkan kepada Ezam.

Malangnya Ezam terlupa. Temberangnya tentang KOTAK-KOTAK RAHSIA berjumlah 6 buah yang dijaja dari tahun 1998 dahulu, sudah tidak laku lagi. Bahkan menjadi bahan ketawa apabila suatu ketika, Ezam setelah didesak mengatakan kotak-kotak tersebut disimpan oleh Anwar Ibrahim. Sedangkan Anwar Ibrahim pula menafikannya.

Dari mula dia masuk UMNO sehinggalah dia diberikan jawatan besar dengan pelbagai kemudahan untuk dia mengumpulkan kekayaan, tidak satu kotak pun didedahkannya kepada awam.

Sebaliknya modal yang sama, digunakan pula untuk menyeberang masuk ke puak Cap Bunga Mahathir.


Hari ini, bekas kawan-kawannya yang pernah sama-sama berjuang dalam PKR mengungkit dan bercakap tentang Ezam Mohd Nor yang bersifat kacang lupakan kulit. Mereka juga bercakap tentang habuan yang telah diperolehi oleh Ezam tetapi kemudian menggunakannya untuk mengkhianati semata-mata kerana personanya ke atas Mahathir.

Ezam Mohd Nor pastinya seronok kerana sekarang, namanya yang sebelum ini tenggelam sudah disebut-sebut semula. Tentu dia lebih seronok kerana sekarang dia mendapat publisiti walaupun publisiti tersebut bersifat negatif.

Sebagai seorang pengikut totok Anwar Ibrahim, sebarang publisiti sama ada positif atau negatif, akan kekal sebagai publisiti. Publisiti pula amat diperlukan untuk menonjolkan kehadirannya dalam arena politik!


MUHYIDDIN BAKAL KEMBALI KE DALAM UMNO SELEPAS USAHA MELUCUTKAN JAWATAN PRESIDENNYA DIBUAT? TIDAK MUSTAHIL!!!



Perkembangan terbaharu di dalam Cap Bunga semakin menarik.

Baru sahaja berusia 3 bulan, malahan mesyuarat agong pemilihan pun belum dibuat lagi, kepimpinan pun masih pada peringkat penajaan, tetapi gemparnya seolah-olah sudah berusia puluhan tahun.

Setiausaha Agung Cap Bunga yang merupakan bekas Ketua Cawangan UMNO menempelak ahli-ahli Cap Bunga yang merupakan bekas-bekas ahli UMNO yang tidak berkualiti dan gagal dalam mencapai jawatan serta projek ketika di dalam UMNO, sedang menunjuk belang masing-masing.

Sekaligus membuatkan Cap Bunga menjadi medan segala sampah-sarap dari UMNO yang mencari kepentingan diri.

Ketua Srikandi Cap Bunga yang dilucutkan jawatan, Anina Saaduddin kini menjadi pemangkin kepada perkembangan yang cukup menarik di dalam parti tersebut.

Dalam 'keseronokan' pihak tertentu dalam Cap Bunga mengerjakan Anina, tiba-tiba sahaja Khairuddin Abu Hassan mengingatkan ahli-ahli Cap Bunga bahawa skandal seks yang melibatkan Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin jauh lebih teruk daripada skandal seks Anina yang sekadar transkripsi WhatsApp. Katanya, kalau Anina dikenakan tindakan, seharusnya Muhyiddin juga dikenakan tindakan serupa.

Politik di Malaysia adalah SENI U-TURN.

Cap Bunga adalah medan Mahathir. Mahathir sedang mempraktikkan amalan 'UMNO'nya di dalam Cap Bunga. Anina Saaduddin adalah salah seorang kambinghitam yang perlu dikorbankan untuk Mahathir mengekalkan kuasanya dan menaikkan anaknya, Mukhriz. Ahli-ahli Cap Bunga pula, majoritinya adalah pentaksub Mahathir yang melihat Mahathir tidak mempunyai sebarang cacat cela.

Muhyiddin dari semenjak bergelar Menteri Besar Johor membawa baggage yang besar, sekaligus menjadikan dia mudah dipicit telur. Ditarik ke Pusat oleh Mahathir pun, sebenarnya untuk dijadikan korban ketika Mahathir berkonfrontasi dengan Timbalan-Timbalannya.

Dan kini, Muhyiddin seandainya tersilap langkah, akan menguburkan terus kerjaya politiknya melihat kepada perkembangan terbaharu Cap Bunga.

Sudah ada desakan agar Mahathir 'merampas' jawatan Presiden Cap Bunga daripada Muhyiddin Yassin dengan alasan skandal yang melibatkan Muhyiddin. Ini adalah helah biasa yang dibawa dan menjadi budaya dalam UMNO ketika Mahathir berkuasa dahulu. Ramai yang dijatuhkan kerana skandal seks dan curang rumahtangga termasuklah Mat Taib, Rahim Thamby Chik, Anwar Ibrahim, Sabaruddin Chik, bahkan Allahyarham Mat Rahmat yang terkenal dengan program SEMARAK dan HIKAYAT SANG SETIA demi memastikan dia tidak dianiayai oleh Mahathir namun akhirnya diarahkan letak jawatan juga.

Muhyiddin pernah berikrar, dia adalah TOTOK UMNO bagi memastikan tidak kehilangan jawatan dan kedudukan. Namun akhirnya terpedaya dengan Mahathir, membuatkan Muhyiddin melepaskan jawatan dan kedudukannya kerana percaya, Mahathir lebih kuat dan pengaruh Mahathir jauh lebih besar berbanding Najib.

Sepatutnya Muhyiddin bersama-sama Anwar Ibrahim di dalam PKR kalau tidak pun bersama-sama Kit Siang dan Guan Eng yang sudah pasti akan membentangkan karpet merah untuknya di dalam DAP.

Masa depan Muhyiddin di dalam Cap Bunga akan bertambah kelam. Bukan ahli-ahli Cap Bunga yang tidak tahu apa-apa itu yang menurunkannya tetapi rancangan Mahathir dalam usaha memastikan Mukhriz diletakkan atas dulang perak membuatkan Muhyiddin akan dipinggirkan. Alasan skandal yang memalukan sehingga meruntuhkan rumahtangga orang lain, hanyalah salah satu sebab yang akan digunakan.

Muhyiddin sudah sepatutnya mengintai-ngintai kedudukan dalam PKR dan DAP. Usahanya untuk rapat dengan Abdul Hadi Awang dan PAS, hanya akan terus memakukan keranda politiknya!

Kembali kepada UMNO?

Mungkin itu juga satu opsyen memandangkan kecenderungan UMNO untuk mengambil bekas-bekasnya dan kemudian memberikan jawatan serta kedudukan sepertimana yang dibuat kepada Ezam Mohd Nor dan kawan-kawannya yang lain dan kemudian dikhianati sekali lagi!!!


Monday, December 26, 2016

BARU KAU TAHU, ANINA SAADUDIN YANG PARTI JUNJUNGAN KAU TU ADALAH ADALAH PARTI BODOH?!!!



Selepas mengerjakan, memaki hamun, bahkan mentalkinkan Najib dan UMNO, akhirnya Anina Saadudin berpusing dan marahkan kepimpinan partinya sendiri.

Walaupun Anina tidak dipecat dari parti yang baru berusia 3 bulan itu, sebaliknya hanya jawatan 'picisan' yang dilantik sahaja ditarik balik daripadanya, namun ianya telah membangkitkan kemarahan Anina Saadudin.

Kata Anina, jangan ditanya tentang perasaannya apabila jawatannya di dalam Cap Bunga dilucutkan sebaliknya tanyalah Mukhriz dan Muhyiddin bagaimana mereka dipecat daripada jawatan yang disandang sebelum keahlian mereka pula dipecat.

Malah Anina turut mengungkit, sebelum ini dia tidak pernah peduli dengan perasaan Muhyiddin dan Mukhriz sebaliknya membuta tuli menyokong mereka walaupun kedua-dua pemimpin utama Cap Bunga itu ada banyak skandal termasuklah skandal seks meruntuhkan rumahtangga orang lain.

"Hanya parti bodoh yang akan tunduk kepada skandal bodoh," katanya.

Isu skandal seks Anina hanyalah berdasarkan kepada transkripsi perbualan WhatsApp yang belum dapat disahkan dan boleh dipalsukan.

Sebaliknya isu skandal seks yang membabitkan Muhyiddin Yassin pula adalah berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) yang memperincikan perlakuan seks fizikal oleh suami Nika, yang juga merupakan seorang peguam dan bekas timbalan pendakwaraya. SD tersebut turut diperakui secara rasmi di dalam mahkamah dalam pengurusan kes cerai mereka.

Suami Nika tidak mungkin sengaja melakukan perbuatan tersebut dan mengheret ke mahkamah kerana ia juga akan memalukan dirinya sendiri. Ironinya, Muhyiddin tidak pernah menyaman suami Nika kerana hal ini. Malahan Muhyiddin juga sekadar membuat penafian kosong, walaupun mahkamah telah menggunakan SD tersebut untuk mengesahkan perceraian Nika dengan bekas suaminya.

Sama seperti Muhyiddin yang tidak berani membuat sebarang penafian, Anina juga tidak menafikannya.

Namun di sebalik perbezaan kekuatan dan kesahihan bukti terhadap dakwaan skandal seks, hanya Anina sahaja yang disingkirkan manakala Muhyiddin pula dikekalkan serta tiada sebarang tindakan ke atasnya.

Mungkin kerana inilah Anina berasakan kesnya, PARTI BODOHNYA telah melayannya secara tidak adil.


SITI NORHALIZA SEPATUTNYA LEBIH SERIUS DENGAN POLITIK, BUKAN MAIN-MAIN CUIT DAN KEMUDIAN MENYOROK BELAKANG DATO' K YANG BANYAK DAPAT PROJEK KERAJAAN!!!



Cerita tentang Siti Nuorhaliza belum lagi berakhir.

Para peminat Siti Norhaliza yang sebelum ini tidak pernah peduli dengan politik negara pun, mula bercakap tentang undi yang akan berpindah kepada parti lain pada PRU nanti gara-gara idola mereka dihentam teruk oleh para penyokong Jamal Mohd Yunos.

Dan Siti Norhaliza sebenarnya telah menempah situasi ini semenjak awal lagi, bukan dalam isu Jamal Mohd Yunos bertuala di hadapan pintu pagar bangunan SUK yang menjadi simbolik kepada masalah pembekalan air akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali. Siti Norhaliza sudah mula berjinak-jinak dengan politik apabila Mahathir mula menyatakan tidak puas hati kepada Najib apabila Najib enggan memanjangkan lagi penganugerahan wang negara kepada suku-sakatnya, termasuklah kroni-kroni utamanya terutama dalam isu IPP yang berakhir dengan Mahathir menyerang dan menfitnah 1MDB menggunakan portal berita asing yang sebelum ini dianggapnya sebagai JALANG kerana banyak mendedahkan penjarahannya sepanjang bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Walaupun tidak menyatakannya secara terang-terangan, Siti Norhaliza sebenarnya telah menunjukkan siapa sebenarnya yang dia sebelahkan.

Alasan terbaik yang mampu diberikan oleh Siti Norhaliza dalam isu terbaharunya adalah alasan klise yang biasanya diberikan oleh mereka yang terkantoi. Walaupun mungkin suaminya yang dikenali sebagai Dato K yang telah 'menggodam' telefonnya, hakikatnya mesej tersebut masih kekal dan Siti Norhaliza sendiri tidak meminta maaf pun, bahkan mengeluarkan kenyataan angkuh tentang hal berkenaan.

Tidak salah untuk sesiapa sahaja di Malaysia ini menyuarakan pendapat masing-masing. Ini negara demokrasi. Ini negara yang mengamalkan suara terbanyak menerusi jumlah kerusi DUN dan Parlimen untuk memilih kerajaan dan kepimpinan.

Apabila Siti Norhaliza menyuarakan isi hatinya, pandangannya mahupun idealismenya, ianya bukanlah sesuatu yang bersalahan dengan undang-undang. Malahan tuduhan atau perlabelannya sebagai SUBVERSIF juga adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.

Namun, Siti Norhaliza juga seharusnya tahu tentang natijah yang ditempahnya. Sentuhannya tentang dunia politik, telah menjadikan dia sebagai salah satu sasaran golongan yang menentang pendapatnya. Apatah lagi individu yang disentuh oleh Siti Norhaliza itu juga mempunyai pengikut dan pemercaya.

Jadi, para pengikut Siti Norhaliza yang sedang mengecam sesiapa sahaja yang mengecam Siti Norhaliza seharusnya sedar, apabila sudah mula terbabit dalam politik, maka bersedialah untuk berhadapan dengan segala natijah, termasuklah dikecam, diumpat keji, bahkan difitnah.

Namun yang paling ketara, segala-galanya dibogelkan termasuklah hal-hal peribadi yang tidak sepatutnya terbuka.

Itulah natijahnya apabila menempah masalah dengan mencuit isu-isu politik!


MALAYSIA BANKRAP, MALAYSIA SAMA DENGAN TAHI GAJAH, BRIM RASUAH DAN SKANDAL SEKS LUCUTKAN JAWATAN!!!



Tony Pua samakan Malaysia macam TAHI GAJAH yang ditonton oleh keluarganya di Chiang Mai.

Lim Guan Eng pula, dalam perutusan Hari Krismasnya menyatakan Malaysia adalah Negara Bankrap.

Mahathir menfatwakan BRIM adalah RASUAH dan BRIM adalah satu perlanggaran undang-undang.

Anina Saadudin dilucutkan jawatan daripada menjadi Ketua Srikandi Cap Bunga kerana Skandal Seksnya yang terbarai.


Khairuddin Abu Hassan mula menyerang Muhyiddin Yassin dan bertanya kalaulah Anina boleh dilucutkan jawatan, mengapa pula Muhyiddin Yassin yang terpalit dengan skandal seks sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah, tidak pula dikenakan sebarang tindakan.

Dan daripada kesemua yang disebut di atas menjelang berakhirnya tahun 2016, ianya mempunyai satu sahaja persamaannya iaitu UMNO-BN.

Tony Pua cuba memberikan gambaran bahawa di bawah pentadbiran UMNO-BN, Malaysia telah menjadi tahi tetapi seandainya pentadbiran UMNO-BN digulingkan, tahi pun boleh dikitar menjadi kertas. Anehnya, Tony Pua masih lagi bertahan menjadi Ahli Parlimen di Malaysia, malah keluarganya juga masih berada di Malaysia dengan dia bertungkus lumus mahu merebut kuasa berbanding ketika dia 'lari' dari Singapura apabila syarikat perniagaannya di negara pujannya itu terlungkup.


Lim Guan Eng juga memberikan gambaran bahawa UMNO telah menyebabkan negara ini bankrap walaupun pada masa yang sama, segala penunjuk aras di Pulau Pinang menunjukkan di bawah kepimpinannya, sedang bankrap sampaikan untuk mencari pendapatan, Lim Guan Eng menjual tanah selain menjadikan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebagai PENDAPATAN NEGERI.

Mahathir pula sedang dibayangi oleh segala masalah kewangan negara yang dirintis olehnya. Hutang-hutang yang ditinggalkan oleh kepimpinannya selain pengaliran wang negara ke saku kroni, ahli keluarga dan proksinya telah menjadi satu warisan dan Mahathir terpaksa merekayasa cerita kononnya hutang-hutang negara sekarang dibuat oleh kepimpinan Najib. Mahathir semakin bimbang apabila Internet menjadi medan pembongkaran yang dia sendiri tidak dapat nafi atau tolak, bahkan walaupun cuba dibantu oleh para penyokongnya dengan segala macam putarbelit dan herot-petot fakta, Mahathir tahu sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun, TIDAK ADA SATU APA PUN YANG DILAKUKAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT MARHEIN, kecuali untuk anak-anak, kroni dan proksinya sahaja.



Anina dan Khairuddin, macai kelas pertengahan yang merupakan pentaksub Mahathir pula menyalahkan UMNO kerana nasib yang menimpa mereka. Menyalahkan UMNO dan Najib untuk mendapatkan perhatian Mahathir, tetapi akhirnya dikorbankan untuk memberi laluan kepada Mukhriz Mahathir sebagai Presiden Cap Bunga.

Alangkah meriahnya politik Malaysia!!!


Saturday, December 24, 2016

KALAULAH LEBIH RAMAI JAMAL MOHD YUNOS DARI UMNO DI SELURUH NEGARA YANG BERANI MENYERBU PUSAT-PUSAT JUDI DAN PELACURAN, DAH LAMA DAP TAK BESAR KEPALA MACAM SEKARANG!!!



Akhirnya Jamal Mohd Yunos menemui rentak sebenar untuk keberadaannya dalam politik dan UMNO. Berbanding aksi-aksi membodohkan diri sendiri dengan memukul badan di atas jalanraya sebagai demonstrasi silat kononnya, akhirnya Jamal menemui apa yang lebih diperlukan oleh marhein dan ditakuti oleh DAP.

Semuanya bermula dengan kekerapan gangguan bekalan air di Selangor.

Aksinya bertuala mandi di hadapan pintu pagar SUK dan meminta untuk mandi di pejabat Menteri Besar Selangor, menjadi viral. Tidak sedikit yang mengecam dan mengeji tindakannya. Bahkan ramai pula yang memaki hamun Jamal kerana memalukan diri hanya semata-mata kerana 'mahu mandi' walaupun hakikatnya, tindakan Jamal itu adalah simbolik kepada bantahan bagi kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor menguruskan bekalan air walaupun telah mengambilalih Syabas dan SPLASH dengan sebahagian daripada dana Kerajaan Persekutuan, hilang lenyap tidak berbekas.

Jamal sendiri mempunyai masalah. Salah satu masalahnya adalah 'perlanggaran' undang-undang membabitkan lesen dan permit bagi resort yang diusahakan di atas tanahnya sendiri. 8 tahun membina resort tersebut dengan permohonan lesen dibuat tetapi tetap tidak diluluskan oleh PBT atas alasan politik, mendedahkan Jamal kepada risiko kehilangan aset dan hartanya itu.

Tindakan Jamal bertuala mandi di hadapan pintu pagar Pejabat SUK sememangnya memalukan pentadbiran Azmin Ali. Justeru, sebagai balasan, Azmin Ali telah mengarahkan tindakan undang-undang diambil ke atas aset Jamal sebagai dendam.

Keras kepala Jamal dengan 'membuka semula' resortnya itu, akan menyebabkan dia bakal kehilangan tanahnya pula.


Namun, Jamal mengambil tindakan yang lebih drastik dengan membawa orang-orangnya ke sebuah pusat hiburan haram yang sudah bertahun-tahun menjalankan aktiviti perjudian haram tetapi tidak pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan PBT.

Ternyata tindakan Jamal mendapat sokongan ramai. Malah membuka mata banyak pihak terutama sekali dari dalam UMNO sendiri.

Wakil DAP di Sekinchan, Lim Suee Lim merupakan orang terawal yang memberikan reaksi dengan mengatakan, Jamal tidak kebal daripada tindakan undang-undang. Jamal membalas balik dengan bertanya, setelah bertahun-tahun pusat-pusat perjudian di Sekinchan yang lebar sawah bendangnya lebih luas berbanding kawasan perumahan beroperasi, adakah Lim Suee Lim mempunyai kepentingan di dalam setiap perniagaan haram di Sekinchan sehhingga membuatkan dia tutup mulut dan tutup mata, sebaliknya lebih sibuk dengan resort Jamal yang tidak ada judi, tidak ada pelacur?


Sekinchan bukan satu-satunya kawasan yang menjadi tempat operasi judi dan pusat maksiat serta pelacuran. Bukan hanya Selangor dan Pulau Pinang yang ada kegiatan-kegiatan tersebut bahkan di seluruh negara.

Namun setakat ini, hanya Jamal sahaja yang berani membalas dendam kepada DAP dengan cara menyerbu dan membawa polis ke pusat-pusat judi haram itu. Itu pun, besar kemungkinan semalam diserbu dan peralatan perjudian dirampas, hari ini pusat operasi tersebut telah dibuka semula!

Melainkan kalau ada lebih ramai Jamal Mohd Yunos di seluruh negara!!!


Thursday, December 22, 2016

NAJIB NAK SELAMATKAN SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA YANG MEMBOSANKAN INI? BAIK RENTIKANLAH!!!



Ura-ura Selangor dan Kelantan untuk menarik diri daripada Liga Bolasepak Malaysia menjadi tajuk-tajuk berita utama. Dan seperti biasa, pro dan kontra pun berdebat. Seperti biasa juga, sentimen mengatasi realiti. Sikap bertongkat menjadi darah daging dan sukar untuk dihapuskan bahkan beranggapan, mereka perlu terus disuap dan diurut perut masing-masing selepas kenyang.

Kenyataan Perdana Menteri yang kesal dengan apa yang berlaku kepada pasukan bolasepak Kelantan sehingga memaksa KAFA memberikan kata dua untuk menarik diri daripada terlibat dengan Liga pada tahun hadapan, sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah pun.

Status SEMI-PRO diberikan pada pertengahan 1980-an, kemudian liga profesional diperkenalkan pada awal 90-an, mutu dan tahap bolasepak negara tidak pernah berubah, tidak pernah meningkat bahkan tidak pernah mendatangkan sebarang keuntungan dalam apa-apa aspek sekalipun di negara ini. Sebaliknya berbekalkan glamour yang dibuat-buat daripada publisiti murahan, pelbagai gambaran hebat dibuat untuk menarik perhatian peminat.

Yang pasti, kemajuan sukan bolasepak Malaysia yang telah disuap pelbagai kemewahan, tidak ke mana pun. Bahkan menurun dengan teruk sehinggakan pasukan-pasukan belasahan dahulunya seperti Kemboja dan Myanmar pun jauh lebih baik daripada pasukan Malaysia.

Najib mungkin berniat baik apabila menyatakan Kerajaan pimpinannya akan cuba membantu persatuan-persatuan bolasepak negeri yang bermasalah kewangan memandangkan bolasepak adalah sukan nombor satu rakyat Malaysia.

Namun ada pula yang menyatakan, Najib sekadar bermain politik kerana seperti mereka, Najib juga tahu sukan bolasepak negara ini tidak akan ke mana-mana pun, sebaliknya sekadar syok sendiri.

Seharusnya, persatuan-persatuan bolasepak di negara ini yang sudah bergelar profesional, apatah lagi perbelanjaan pengurusan melebihi pencapaian, seharusnya mencari jalan dan memecahkan kepala sendiri bagaimana mahu menjanakan pendapatan untuk persatuan masing-masing.

Sudah sampai masanya kerajaan menarik diri daripada terus menyuap dan memberikan tongkat untuk pasukan-pasukan tersebut. Dan seharusnya juga keupayaan dan pencapaian perlu dijadikan sandaran berbanding

Prasarana sukan di negara ini berkelas dunia, tetapi mutu sukan di negara ini, majoritinya berkelas amatur.

Daripada Najib membazirkan ratusan juta untuk sukan bolasepak yang tidak ke mana-mana pun, apatah lagi sekadar untuk mengenyangkan dan membuncitkan pegawai-pegawai persatuan, lebih baik Najib gunakan peruntukan tersebut untuk masyarakat di luar bandar, terutama golongan petani!

Lagipun, masing-masing berebut nak jadi pegawai persatuan, biarlah mereka berebut-rebut pula memecahkan kepala mencari dana untuk persatuan masing-masing. Kalau perlu mereka menjual kacang putih untuk mencari dana, biarkan sahaja....

Yang pasti, sukan bolasepak di Malaysia sudah sampai ke TAHAP YANG PALING MEMBOSANKAN!



MARAH KERANA JAMAL MOHD YUNOS 'BERTUALA' DI PINTU SUK, PENTADBIRAN AZMIN ALI BARU JUMPA PREMIS PERNIAGAAN JAMAL DI SEKINCHAN TIDAK BERLESEN DAN DIARAH TUTUP!!!



Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah buat gimik bertuala dan membawa perkakas mandi di hadapan pintu pagar bangunan SUK semalam. Gimiknya ekoran gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang dalam tempoh yang terdekat akibat kegagalan dan kepincangan pentadbiran serta pengurusan air Selangor yang telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Azmin Ali.

Tahun ini sahaja, sudah lebih tujuh kali gangguan bekalan air yang paling minima adalah tiga hari bagi setiap sesi gangguan di seluruh Selangor dan Lembah Kelang.

Soal sama ada Jamal melakukan stunt bodoh atau tindakannya adalah simbolik kepada kritikan terhadap kegagalan pentadbiran Azmin Ali menguruskan masalah air Selangor, terpulang kepada persepsi masing-masing.



Tetapi hakikatnya, masalah bekalan air di Selangor semakin hari semakin teruk. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Sebarang cubaan untuk menyalahkan pihak lain, hanya sekadar cubaan untuk menutup kelemahan pentadbiran Azmin Ali-DAP.

Rupa-rupanya tindakan Jamal Mohd Yunos membuat stunt-politik itu, menimbulkan 'kemaharan' yang luar biasa kepada pentadbiran Azmin Ali sehingga perlu dicari, dikorek dan dibalas dendam dengan berselindung di sebalik undang-undang.

Satu arahan sita premis atas alasan TIDAK BERLESEN telah dikeluarkan pada sebelah pagi, dan pada sebelah petang hari yang sama, tindakan sita dan roboh dilakukan membabitkan premis milik Jamal Mohd Yunos di Sekinchan.


Menariknya, terdapat banyak hotel-hotel murah di seluruh kawasan tersebut, bahkan di Selangor yang lebih dilihat sebagai pusat 'pembersihan' tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pentadbiran Azmin Ali. Tidak pernah pula ada operasi dan pengeluaran perintah sita atau perobohan premis kerana tiada lesen atau kelulusan.

Barangkali kewujudan lesen dan kebenaran, hanya akan berlaku sekiranya pemilik-pemilik premis tersebut 'memalukan' Kerajaan Negeri.





Semalam, di Pulau Pinang, tindakan pentadbiran Lim Guan Eng menghantar perintah mahkamah agar Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang tutup mulut dan tidak memperkatakan lagi tentang tanah Pulau Jerejak yang telah diselewengkan oleh pentadbiran Lim Guan Eng dibuat.

Hari ini, di Selangor, pentadbiran Azmin Ali yang 'Residennya' adalah DAP, juga melakukan tindakan yang sama, tetapi lebih kejam dengan menyita dan memusnahkan binaan milik Jamal Mohd Yunos.



Wednesday, December 21, 2016

PENGERUSI MEDIA PRIMA DITUDUH BUAT FITNAH 'LITTLE NAPOLEON'!!!



Rungutan tentang mutu dan prestasi TV3 sudah lama kedengaran. Begitu juga dengan permainan politik di dalam Media Prima. Baik di kalangan penyokong Kerajaan apatah lagi pembangkang. Bagaimanapun, berbanding penyokong dan pemimpin pembangkang, kebanyakan penyokong dan pemimpin Kerajaan yang tidak berpuas hati dengan organisasi media elektronik UMNO itu, tidak bising-bising secara terbuka, sebaliknya menjadikan bahan perbualan antara mereka.

Dan sudah tentulah yang kerap menjadi bahan perbualan adalah tentang berita TV3, khususnya Buletin Utama.

Biarpun Media Prima Berhad yang memiliki TV3 turut memiliki beberapa stesen televisyen yang lain, namun yang kerap diperkatakan adalah TV3. TV3 adalah tonggak Media Prima. Buletin Utama TV3 pula adalah saluran berita utama yang menjadi tontonan kebanyakan penyokong Kerajaan, mahupun pembangkang sendiri.


Pada 14 Disember lalu, RPK menerusi blognya, Malaysia Today, telah menyiarkan pendedahan Tunku Abdul Aziz Ibrahim membabitkan Pengerusi baru Media Prima, Dato Seri FD Iskandar.

FD Iskandar didakwa cuba menyingkirkan Dato Seri Ashraf Abdullah yang merupakan Editor Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Dalam usahanya itu, FD Iskandar telah menipu Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak menggunakan Tunku Abdul Aziz.

Menurut Tunku Abdul Aziz, FD Iskandar pada pagi 28 November telah BERBOHONG KEPADA PRESIDEN UMNO, kononnya Tunku Abdul Abdul Aziz telah dibenarkan muncul dalam Buletin Utama TV3 selama 12 malam berturut-turut sehingga menyebabkan rating TV3 jatuh merudum.

Sedangkan menurut Tunku Abdul Aziz, dia hanya muncul dalam Buletin Utama pada 18 Oktober, 11 November dan 14 November sahaja, iaitu sebanyak 3 kali, bukannya 12 kali sebagaimana yang diberitahu oleh FD Iskandar kepada Najib Abdul Razak.


Sekaligus membuktikan bahawa Ashraf adalah seorang yang profesional dan mengamalkan etika media yang betul. Apatah lagi Tunku Abdul Aziz hanyalah aktivis sosial yang tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan atau pun politik.

Tunku Abdul Aziz telah menuntut agar FD Iskandar meminta maaf kerana telah menggunakan namanya untuk berbohong kepada Perdana Menteri dalam merealisasikan agenda peribadinya untuk menyingkirkan Ashraf Abdullah. Justeru, dia diberi tempoh selama seminggu untuk berbuat begitu di dalam portal MALAYSIA OUTLOOK.

16 September, sekali lagi RPK menyiarkan pendedahan tentang FD Iskandar dan Tunku Abdul Aziz Ibrahim. (RUJUK SINI)

Apa yang berlaku di dalam salah satu entiti milik UMNO itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Bukan sahaja perebutan kuasa, bahkan memberikan maklumat salah kepada Presiden UMNO dalam usaha individu-individu tertentu menonjolkan diri, tidak sahaja melibatkan FD Iskandar sebagaimana didakwa tetapi juga melibatkan ramai orang lain.

Tuduhan bahawa Fateh Iskandar Mohamed Mansor a.k.a FD Iskandar membohongi Perdana Menteri dan menasihati bagaimana negara ini perlu ditadbir, adalah sesuatu yang amat serius. Nama FD Iskandar telah jadi bahan cerita apabila kerapkali digambarkan dia adalah seorang yang sangat rapat dengan Perdana Menteri, bahkan sarapan dan makan malam pun dengan Perdana Menteri setiap hari.


Begitu juga dengan dakwaan tentang media-media asing yang diberitahu oleh FD bagaimana rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan bagaimana Perdana Menteri sangat bergantung dengannya untuk mendapatkan nasihat menguruskan negara ini secara efektif. Tanggapan yang cuba dibuat ialah, tanpanya, Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan negara ini akan bermasalah! (RUJUK SINI)

FD Iskandar perlu melakukan sesuatu. Sama ada meminta  maaf atau pun mengambil tindakan undang-undang ke atas Tunku Abdul Aziz sekiranya tuduhan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz yang kemudian disiarkan oleh RPK adalah satu fitnah.

Apatah lagi, ianya membabitkan kedudukannya selaku Pengerusi Media Prima yang dikatakan sangat rapat dengan Perdana Menteri dan nasihatnya diperlukan oleh Perdana Menteri.

Tiada gunanya dengan kenyataan 'TERIMA KASIH KERANA ANDA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 2 JUTA PENONTON BULETIN UTAMA SETIAP MALAM' sekiranya pendedahan yang amat memalukan ini boleh mengaitkan permainan politik LITTLE NAPOLEON di dalam salah satu entiti terpenting UMNO yang akhirnya keburukannya ditampar ke muka Perdana Menteri sendiri!!!


Tuesday, December 20, 2016

NAJIB RAZAK: Satu "Kesilapan" dengan 10 Kebaikan!!!




PENULIS: AB. JALIL BACKER

MUNGKIN Kesilapan Mohd Najib Tun Razak ialah menerima sumbangan politik dalam akaun persendirian tanpa nama kedua dan ketiga seperti kebiasaan. Sungguhpun beliau sebagai Presiden parti boleh menerima sumbangan politik, namun ia telah mendedahkan diri kepada serangan musuh politik.

Tapi beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan pecah amanah membabitkan wang rakyat.

Sebaliknya dalam masa yang sama beliau telah:

1. Merancakkan pembangunan infrastruktur dengan membina Lebuh Raya Pan Borneo, MRT, Keretapi laju, bandar Malaysia, Menara Warisan dll. Menyusun semula pengangkutan awam di lembah klang agar memudahkan rakyat.

2. Mengekalkan kestabilan ekonomi negara ketika dunia diancam krisis kewangan dan ekonomi tanpa perlu menaikkan kadar faedah atau menyelamatkan mana-mana syarikat seperti 1998. Ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998, rizab Bank Negara Malaysia (BNM) hanya berjumlah sekitar USD $30.9 bilion pada akhir Disember 1999. Hari ini rizab BNM di bawah Najib Razak sebanyak USD 96.4 bilion

3. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan mewujudkan klinik2 kecil di merata tempat sebagai memudahkan orang ramai.

4. Memperkenalkan gaji minimum RM 900.00. Gaji kakitangan awam telah dinaikkan dengan drastik agar selari dengan perkembangan semasa.

5. Menyusun semula bantuan kepada rakyat dengan pemberian secara langsung melalui BR1M. Sebelum ini kerajaan menggunakan dasar kawalan harga dengan membayar kepada peniaga menyebabkan banyak ketirisan.

6. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah agama rakyat turut mendapat bantuan besar.

7. Dalam ketika pelabur US beralih ke tempat lain, Najib Razak berjaya mendapat berpuluh bilion pelaburan dari China. Berapa banyak peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi hiliran dapat terus dipertingkat dengan pelaburan ini.

8. Ekonomi negara telah "transform" dari pembuatan kepada perkhidmatan dan teknologi tinggi.

9. Buat pertama kali Kerajaan Persekutuan memperkenalkan dasar perumahan yang mengambil kira masyarakat kelas pertengahan membabitkan peruntukan berbilion ringgit.

10. Pembangunan Sabah dan Sarawak telah dipertingkatkan dengan skala yang besar. Jambatan-jambatan dibina di kawasan pedalaman bagi memudahkan rakyat biasa.

Apakah kerana satu kesilapan yang bukan kesalahan maka kita hendak melupakan segala sumbangan dan perancangan beliau?


TNB SELESAI KERJA 16 JAM SAHAJA, AIR SELANGOR TIADA 6 HARI... SALAH TNB DAN KERAJAAN PUSAT JUGA?!!!



Makin kalut para penyokong DAP-PKR mencari hujah untuk menyalahkan TNB dan Kerajaan Pusat khususnya SPAN kerana masalah bekalan air Selangor.

Dari awal lagi, orang dalam Kerajaan Negeri Selangor cuba memperlihatkan masalah putus bekalan air kali ini adalah disebabkan oleh TNB. Persepsi awal telah diberikan kononnya, TNB yang mengada-ngada nak buat penyelenggaraan pada musim perayaan Krismas dan diluluskan pula oleh SPAN yang dikawal oleh Kerajaan Pusat.

Dengan kata lain, Kerajaan Pusat sedang mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor PKR-DAP menerusi bekalan air bersih di Lembah Kelang membabitkan 4 juta penduduk.

Seperti yang diketahui, asal sahaja ada PKR-DAP di dalamnya, maka DRAMA PICISAN TAHAP TINGGI akan dipertontonkan.

Rupa-rupanya SYABAS dan SPLASH yang telah menunda tarikh. SYABAS dan SPLASH jugalah yang enggan mendengar nasihat TNB agar mendapatkan janakuasa yang lebih cekap sebagai sokongan apabila tenaga utama dimatikan. Rupa-rupanya juga SYABAS dan SPLASH jugalah yang telah memberikan tarikh pemotongan bekalan air seolah-olah cuba membangkitkan kemarahan kaum Kristian yang akan menyambut Krismas.

Patutlah Teresa Kok marah kat TNB.

Patutlah beria-ia sangat PKR-DAP berjanji kononnya pentadbiran mereka akan memastikan 0% gangguan air selepas ini!

Anehnya, TNB telah menyelesaikan tugas-tugas penyelenggaraan mereka di pencawang elektrik Bukit Badong dalam tempoh 16 jam sahaja. Namun bekalan air disekat untuk tempoh 6 hari!

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh SYABAS, SPLASH, Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor.... siapa pula yang salah kali ini? Siapa pula yang akan dituduhnya sabotaj bekalan air Selangor kali ini?


Monday, December 19, 2016

ORANG YANG MENGAKIBATKAN NEGARA RUGI RM30 BILLION HARI INI MAHU BICARA SOAL KRISIS KEYAKINAN : DAIM OH DAIM....




Penulis: Rozmi Mokhtar
Tanya Tun Mahathir: Di Manakah Wang Negara RM30 Billion?.

■ Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100bilion.

■ Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semakin rimas dengan isu skandal kewangan semasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar.

■ Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil memberikan maklumat berkenaan skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion. Dr Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters”;
1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
2. Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,
3. Bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Jaffar Hussein dan
4. Nor Mohamed Yaacob Mantan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Malaysia.

■ Menurut Dr Rosli, arwah Jaffar dan Nor Yaacob merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana telah menokok-tambah mengenai spekulasi aktiviti forex yang jelas menentang prinsip2 bank pusat. Kedua2 mereka telah membuat spekulasi tidak bertanggungjawab dan telah mempertaruhkan keselamatan asset2 Bank Negara tanpa menghiraukan risikonya.

■ Nor Yaacob telah mengakibatkan kerugian forex secara langsung kerana dia seorang yang telah diberi tugas untuk membuat spekulasi mempertaruhkan matawang Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.

■ Nor Yaacob yang pada masa itu penasihat Bank Negara yang dipertanggungjawabkan dengan bahagian pelaburan, didapati akan menggunakan komputernya dan computer staf2 yang lain untuk membuat spekulasi ini dalam pasaran matawang asing.
Ini telah mengakibatkan peserta forex antarabangsa percaya bahawa Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran yang agresif.
“Tetapi hakikatnya adalah Nor Yaacob yang telah melakukan kerja ini.”

■ Kata Dr Rosli bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar2an semasa Tun Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Tun Daim bersama restu Tun Mahathir,”. Arwah Jaffar adalah Gabenor “yes man” mereka pada masa itu.

■ Dalam tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan Pound Britain, membeli matawang tersebut manakala George Soros menjual. Apabila nilai matawang Pound menyusut, Bank Negara kerugian USD 5.5 bilion dan George Soros telah memperoleh keuntungan USD 1.7 bilion.

■ Bank Negara kemudiannya menyatakan yang kerugian yang dialami adalah ‘paper loss’ bernilai hanya RM9.3 bilion.

■ Anggaran pakar2 berhubung pendedahan kerugian sebenarnya adalah diantara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu 5 kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

■ Anggaran tersebut telah disebut di dalam sidang Parlimen 2 dekad yang lalu bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

■ Tetapi dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment).

■ Cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara tidak diendahkan kerana penyiasatan terbuka seperti ini akan membawa bencana politik kerana perincian skandal tersebut boleh menjejaskan reputasi orang2 berpangkat tinggi yang terbabit yang amat memalukan.

■ Sekiranya Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan, ramai akan dipenjarakan kerana elemen jenayah wujud dalam skandal forex. Elemen2 jenayah ini termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.

DONG ZHONG MARAH NAJIB SEBAB TAK MAHU BINA SEKOLAH-SEKOLAH BARU ALIRAN CINA!!!



Diberi betis hendak paha... toleransi yang diberikan oleh Kerajaan, dijadikan sebagai satu kewajipan walaupun hakikatnya, ianya tidak ada langsung dalam peruntukan undang-undang mahupun perlembagaan.

Itulah yang berlaku kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina!

Kumpulan yang menjadi tonggak kepada DAP bagi mendapatkan sokongan orang Cina untuk mereka, Dong Zhong, mempersoalkan tindakan Kerajaan Najib Abdul Razak yang kurang memberikan komitmen untuk pembinaan sekolah-sekolah Cina yang baru.

Sekolah-sekolah Cina tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia walaupun Perlembagaan juga tidak menghalang kewujudan sekolah-sekolah tersebut, tetapi perlu ditadbir oleh pengelola dan kumpulan-kumpulan mereka tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan mahupun peruntukan kewangan negara.

Dong Zhong merujuk kepada dua memorandum yang telah mereka hantar kepada Perdana Menteri pada tahun 2011 dan 2012 yang memperkatakan tentang 'KEPERLUAN' bagi mewujudkan 45 buah sekolah Cina yang baru. Bagaimanapun, permintaan mereka tidak dihiraukan oleh Najib, bahkan tiada sebuah sekolah baru Cina pun yang dibina oleh Kementerian Pelajaran walaupun selepas dua memorandum tersebut dihantar, kata Vincent Lau, Pengerusi Dong Zhong dalam satu sidang media di Kajang, Sabtu lepas.

Vincent Lau turut mempersoalkan tindakan kerajaan membina lebih banyak sekolah-sekolah kebangsaan dan tidak menghiraukan permintaan masyarakat Cina.

Selain itu, Vincent Lau turut mempersoalkan bajet sebanyak 89% diperuntukkan untuk sekolah-sekolah kebangsaan pada tahun 1991 dan dinaikkan menjadi 96% pada tahun 2010. (RUJUK SINI)

Sebelum ini, Dong Zhong marahkan kerajaan kerana enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Turut bersama dengan Dong Zhong adalah beberapa orang pemimpin dari MCA dan Gerakan.


Apa yang dituntut oleh Dong Zhong itu sebenarnya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan bahkan sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Perkara 152 dan 153.

Pada ketika hampir kesemua negara di dunia ini menggunakan satu bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan, termasuklah di China dan India yang ada ratusan bahasa pertuturan, tetapi kekal menjadikan Mandarin dan Hindi sebagai Bahasa Kebangsaan, di Malaysia pula, golongan yang baru mendapat kerakyatan pada tahun 1957 dan 1974 mendesak agar sebarang peruntukan yang melebihkan Bahasa Melayu, orang Melayu-Bumiputera dan Islam, dihapuskan manakala golongan mereka diserap untuk disamaratakan.

Alasan yang paling menarik pernah mereka berikan ialah, PENCIPTA PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH MENINGGAL DUNIA dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia sudah lapok.

Kita tunggu pula 'serangan' dan susulan daripada MCA dan Gerakan pula tentang sekolah-sekolah Cina ini? Adakah mereka juga akan sependapat dengan Dong Zhong walaupun mereka sedar, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang menang sekarang pun, atas kerusi bermajoritikan Melayu manakala kerusi-kerusi majoriti Cina yang mereka tandingi pula, seolah-olah DIBERI PERCUMA KEPADA DAP!!!

Fenomena menarik pada PRU yang lepas ialah TSUNAMI CINA... diberi macam-macam, mereka tuntut macam-macam, tetapi akhirnya mereka menjadikan pemberian tersebut untuk melakukan TSUNAMI CINA, manakala Gerakan dan MCA pula langsung tidak rasa bersalah!!!



top