Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 6, 2017

BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI, LIM GUAN ENG MAHU MAHKAMAH ISYTIHAR UNDANG-UNDANG RASUAH TIDAK BERPERLEMBAGAAN!!!



Lim Guan Eng dan 'pasangannya', Phang Li Koon hari ini telah menfailkan usul untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sebagai tidak berperlembagaan. 

Phang menerusi peguamnya, V.Sithambaran, telah menfailkan usul tersebut dua hari lepas, manakala Guan Eng melakukannya menerusi pasukan guamannya yang diketuai oleh Gobind Singh Deo hari ini. 

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail telah menetapkan 6 Februari untuk mendengar usul tersebut dan menegaskan, dia mahu perkara berkenaan diselesaikan sebelum perbicaraan rasuah ke atas Lim Guan Eng dan Phang Li Koon bermula pada Mac. 

Menurutnya, Akta tersebut sudah wujud lama. Begitu juga dengan Seksyen 62. Ia tidak boleh ditukar sesuka hati memandangkan mahkamah hanya menginterpretasinya sahaja. Bagaimanapun hakim memberikan peluang kepada pihak Guan Eng dan Phang Li Koon untuk menfailkan usul tersebut 

Seksyen 63 memperuntukkan, orang yang dituduh perlu menghantar laporan pembelaan kepada pendakwaraya dan akan dijadikan sebagai sebahagian dairpada bukti untuk pembelaan. 

Hadhariah kemudiannya memberikan pasukan pembelaan dan pendakwa tempoh sebulan untuk menfailkan kenyataan dan dokumen-dokumen berkaitan untuk usul tersebut. Pada masa yang sama, dia turut menegaskan, kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon telah berlarutan selama lebih 6 bulan. 

"Kita nampaknya hanya bercakap, bercakap, bercakap.... saya rasa lebih baik kurangkan bercakap. Saya mahu perbicaraan ini dimulakan secepat mungkin. Jadi di sini saya tegaskan bahawa tarikh perbicaraan pada Mac tidak boleh ditukar," katanya lagi. 

Gobind memberitahu wartawan kemudiannya bahawa seksyen berkenaan menuntut kenyataan pembelaan sebelum perbicaraan bermula yang mungkin bertentangan dengan hak perlembagaan individu untuk tidak membuka mulut. 

Sebelum itu, Hadhariah turut bertanya kepada pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Masri Mohd Daud sama adalah 13,000 dokumen dalam 35 ikatan untuk kes tersebut telah disiapkan dan diserahkan. Menurutnya, tiada sebarang perkembangan tentang perkara itu semenjak dia mengambilalih kes berkenaan pada November lalu. 

Masri kemudiannya memberitahu, dokumen-dokumen tersebut telah disiapkan dan telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan, tetapi tidak kepada hakim memandangkan pihak pendakwa tidak mahu menimbulkan prejudis kepada hakim. Hakim bagaimanapun, menolak kenyataan tersebut. 

"Saya tidak mempunyai sebarang prejudis. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya hanya bertanya memandangkan dokumen-dokumen tersebut telah tertangguh sekian lama. Saya tidak melihatnya, jadi saya bertanya," kata Hadhariah. 

Gobind mengesahkan dia telah menerima kesemua dokumen berkenaan. Hadhariah kemudiannya mengingatkan kedua-dua belah pihak yang dia tidak akan bertoleransi untuk menangguhkan kes. 

Hari ini adalah pengurusan kes dua dakwaan rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng dan satu dakwaan rasuah melibatkan Phang Li Koon. Kedua-dua tertuduh tidak hadir di mahkamah tetapi diwakili oleh peguam-peguam mereka. 

Lim Guan Eng didakwa menggunakan kedudukan jawatannya untuk mendapatkan rasuah bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem untuk menukar status tanah pertanian kepada kediaman semasa mesyuarat jawatankuasa perancangan negeri pada 18 Julai 2014.

Guan Eng juga didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah dengan membeli sebuah rumah daripada Phang pada harga RM2.8 juta yang merupakan harga di bawah pasaran sebenar pada 28 Julai 2015. Harga pasaran bagi rumah tersebut adalah RM4.27 juta. 

Phang Li Koon pula didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Lim Guan eng pada 28 Julai tahun lepas dalam urusan pembelian rumah di Jalan Pinghorn daripadanya dengan harga RM2.8 juta, harga di bawah pasaran di mana Lim telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. 

Kes melibatkan Phang Li Koon akan didengar serentak dengan kes Lim Guan Eng. 

Perbicaraan bagi kes tersebut telah ditetapkan pada 27 Mac sehingga 31 Mac, 10 April sehingga 14 April, 24 April sehingga 28 April, 15 Mei sehingga 19 Mei, 29 Mei sehingga 2 Jun, 13 Jun sehingga 16 Jun dan 17 Julai sehingga 21 Julai.



1 comment:

Anonymous said...

meskipun kes nampak sama dengan kes di Selangor satu masa dulu namun ada beza dari segi tertuduh. kat PP anak loyer dan kat Selangor anak petani. anak loyer akan gunakan semua ruang bila tersepit tapi anak petani pasrah dan berserah.

 
Blogger Templates