Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 10, 2017

LAGI AMUKAN SPRM! PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA PULA DILAWATI DAN KM MELAKA DIRAMAHI 4 JAM!!!



SPRM 'mengamuk' lagi!

Kali ini Pejabat Ketua Menteri Melaka pula yang menjadi kunjungan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes-kes rasuah.

Laporan The New Straits Times menyebut, sepasukan anggota dan pegawai SPRM dari Putrajaya tiba di pejabat Ketua Menteri Melaka pada jam 2 petang semalam dan merakamkan kenyataannya. 

Ketika pasukan SPRM tiba, Ketua Menteri Melaka ada di pejabatnya.

Dalam 'lawatan' berkenaan, pasukan SPRM telah membawa keluar beberapa dokumen yang diletakkan di dalam beberapa buah kotak dan dipercayai merupakan bahan siasatan. Pasukan SPRM meninggalkan Pejabat Ketua Menteri pada jam 6:00 petang. 

Adalah difahamkan, siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu mempunyai kaitan dengan penangkapan seorang penjawat awam pada 28 November atas tuduhan rasuah. 

Turut difahamkan, penjawat awam berkenaan mempunyai kaitan dengan Pejabat Ketua Menteri. SPRM telah membekukan akaun bank penjawat awam tersebut yang dipercayai mengandungi wang bernilai jutaan ringgit. 

Menurut NST, mereka telah cuba menghubungi Ketua Menteri Melaka, tetapi tiada jawapan. Ekoran itu, NST telah menghubungi Setiausaha Akhbar Keua Menteri, Lee Szee Phei dan dimaklumkan bahawa pertemuan akan diatur melibatkan NST dengan Ketua Menteri Melaka. 

Lewat malam tadi, ketika berakhirnya sebuah majlis kerajaan negeri, Idris ketika didatangi wartawan NST berkata, "SPRM datang menemui saya untuk menetapkan tarikh bagi melengkapkan siasatan mereka berhubung penangkapan (pegawai-pegawai kerajaan di Melaka). Saya akan memberikan perkembangan selanjutnya nanti." (RUJUK SINI)


Dalam satu kenyataan lain, Ketua Menteri Melaka Idris Haron menyatakan kedatangan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat Ketua Menteri di Ayer Keroh semalam adalah bagi mendapatkan maklumat dan kenyataan berhubung kes salah laku beberapa pegawai di jabatan itu sebelum ini.

Idris Haron berkata, selaku pemimpin kerajaan negeri, kenyataannya diperlukan bagi membantu siasatan kes melibatkan beberapa pegawainya dan pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

“Bukan saya yang disiasat, sebaliknya kedatangan SPRM semalam untuk mendapatkan maklumat dan bagi menyempurnakan siasatan kes salah laku beberapa pegawai.

“Kalau saya yang disiasat, lain macam (cara) SPRM datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat Ketua Menteri 2017 kepada ketua-ketua jabatan negeri di sebuah hotel di sini hari ini.

Dia ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai tindakan sepasukan anggota SPRM mengambil keterangan ketua menteri itu selama beberapa jam di pejabatnya di Seri Negeri di sini petang semalam. (RUJUK SINI)


5 comments:

Anonymous said...

kalau yang buat lawatan pejabat itu adalah MACC, ia difahami justifikasinya tetapi apa yang dapat dilihat sekarang ini ialah keterujaan 'wakil bank/credit card' pergi ofis pelanggan untuk tujuan tertentu hinggakan suasana tempat kerja jadi kecoh macam ah long yang buat lawatan.

Anonymous said...

Anything got to do with UMNO yang diketuai olih si Lanun Bugis Penyamun Antarabangsa is Fuck Shit!!!

Anonymous said...

Rasuah kt mano2 ado.. Ko kojo jaga pun boleh org kasi ko teh sebungkus!! Raya cina ni bnyaklh penjawat awam yg dapat rasuah hamper!!!

Asaif Barkiya said...

Jangan pula terkejut atau buat buat perangai jahil puak puak pembangkang jika sprm pula buat lawatan mengejut ke pejabat KM Pulau Pinang atau pejabat MB Selangor.Kemungkinannya ada.

Anonymous said...

Malu lah kalau Idris Harun di tinggalkan jauh oleh Chik Thamby dan Rustam Ali dari segi kekayaan. SPRM haruslah fair and square. Orang lain buat tak kena.

 
Blogger Templates