Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 9, 2017

SEKALI LAGI, DONG ZHONG TUNTUT UEC DIIKTIRAF SEBAGAI UMPAN UNDI PILIHANRAYA KE-14!!!



Sekali lagi, Dong Zhong, sebuah persatuan sekolah-sekolah Cina utama di negara ini, cuba menangguk di air keruh dengan mengumpan undi PRU menggunakan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang merupakan kebanggaan kaum Cina totok yang enggan mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Tunggal di negara ini.

UEC sangat diperjuangkan oleh Dong Zhong (Persatuan Jawatankuasan Sekolah-Sekolah Cina Bersatu Malaysia) yang ditubuhkan 44 tahun lampau selepas kerajaan enggan membiayai sekolah-sekolah Cina dan menyediakan kertas-kertas peperiksaan di sekolah-sekolah Cina setelah mereka enggan menerima Bahasa Melayu sebagai medium pendidikan.

Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah kebangsaan manakala sekolah-sekolah vernakular dibenarkan wujud tetapi dibiayai oleh kelompok mereka sendiri.

Manakala Bahasa Melayu pula adalah bahasa tunggal sebagai Bahasa Kebangsaan.

Dong Zhong turut mempertikaikan sistem di negara ini yang enggan mengiktiraf UEC sedangkan beberapa universiti lain di dunia telah mengiktiraf UEC. Hanya bermodalkan universiti luar mengiktiraf UEC, maka Dong Zhong mendesak kerajaan agar menerima dan mengiktiraf UEC sebagai kertas peperiksaan 'kedua' seiring dengan Bahasa Melayu walaupun pada masa yang sama, mereka menolak Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan negara ini.

Sedangkan pada masa yang sama, Dong Zhong tidak pula menunjukkan atau membuktikan mana-mana negara yang membiayai atau meletakkan sistem pendidikan kedua seiring dengan sistem pendidikan negara, termasuklah di negara-negara di mana nama-nama universiti yang dinyatakan oleh Dong Zhong menerima dan mengiktiraf UEC. (RUJUK SINI)

KELEMAHAN UTAMA negara ini ialah terlalu bertoleransi dan menerima segala-galanya, walaupun pada masa yang sama MENENTANG PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Semuanya dibuat atas alasan untuk keharmonian.

Sedangkan pada masa yang sama, puak berkenaan tidak pernah mahu berharmorni dengan negara ini. Mereka tidak pernah mahu berasimilasi dengan negara ini, bahkan menjadikan kesudian penduduk asal negara ini menerima mereka sebagai warganegara secara besar-besaran terutama pada tahun 1957 dan 1974. (RUJUK SINI)

Perlu diingat, toleransi besar telah diberikan oleh masyarakat Bumiputera negara ini apabila menerima kaum imigran sebagai warganegara negara secara automatik dalam JUMLAH YANG SANGAT BESAR DAN TIDAK DIBUAT DI NEGARA LAIN DI DUNIA, ini tidak lama sebelum Malaysia merdeka. Persetujuan yang disebut kontrak sosial telah diberikan untuk menerima Islam, Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan sistem pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai tukaran kepada status kewarganegaraan puak berkenaan.

Kesemua perkara tersebut terkandung dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang Dong Zhong lakukan sekarang ini semata-mata kerana UMPAN UNDI PILIHANRAYA!

Setiap kali satu tuntutan kecil mereka dilayan, mereka akan membuat tuntutan lain yang lebih besar. Bermula dengan peruntukan, sekarang ini mereka mahu mengenepikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan akhir sekali, mereka sedang bersatu untuk tujuan yang lebih besar iaitu menghapuskan Perkara 152, 153 dan 160 di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang pun, mereka sudah tidak segan-silu dan takut-takut lagi untuk mempertikaikan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berhubung Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan ditambah pula sokongan daripada segelintir orang dan pemimpin beragama Islam yang kemarukkan undi mereka.

Sedikit demi sedikit, perlahan-lahan tetapi tidak pernah berundur.

Kerajaan yang wujud hasil daripada jumlah kerusi yang dimenangi di Parlimen seharusnya lebih memikirkan tuntutan serta kehendak dan aspirasi masyarakat majoriti walaupun pada masa yang sama tidak boleh meminggirkan terus kepentingan masyarakat minoriti.

Apa yang berlaku sekarang ialah, segala tuntutan minoriti dilihat seringkali dijadikan sebagai perkara utama sedangkan masyarakat majoriti pula dilihat terabai. Apatah lagi apabila segelintir dari masyarakat majoriti pula, yang megah dan mahu dikenali sebagai LIBERAL, bertindak menyokong pula pendapat golongan seperti Dong Zhong dan pada masa yang sama, mahu memusnahkan teras negara ini.

Malaysia bukan satu-satunya negara bermasyarakat majmuk dan pelbagai kaum serta agama. BANYAK NEGARA LAIN yang jauh lebih majmuk dan pelbagai kaum serta agama di dunia ini termasuklah Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom sendiri.

Tetapi MALAYSIA SAHAJA SATU-SATUNYA NEGARA yang tunduk dengan dasar pendidikan pelbagai atas nama toleransi dan harmoni, walaupun hakikatnya, dasar itulah yang sedang menghuru-harakan negara masakini, bahkan melahirkan WARGANEGARA YANG MALU BERBAHASA KEBANGSAAN, malah tidak boleh pun menyanyikan Lagu Kebangsaan!!!


4 comments:

AE said...

Sesiapa nak ambil perperiksaan UEC boleh pergi Taiwan. Tolong ambil PR sekali dan pulangkan kewarganegaraan Malaysia. Take your tax money there.

Anonymous said...

Membenarkan Penyanyi bukan Melayu menyanyikan lagi tradisonal Melayu tidak dianggap mencemar budaya Melayu sebaliknya amat digalakkan untuk integrasi dan pengembangan.

Dalam konteks sama, penyertaan lebih banyak bukan Cina/India dalam urusan dan perjalanan sekolah vernakular boleh saja dianggap tidak mencemar konsep sekolah berkenaan kalau ada keikhlasan dalam meletakkan integrasi sebagai keutamaan.

Satu fakta penting tentang budaya ialah ianya akan pupus kalau tidak dikembangkan sebaliknya ia akan kekal kalau dikembangkan. Kot dan tali leher akan kekal kerana dikembangkan sebaliknya kasut terompah mungkin pupus...

Anonymous said...

Jangan di layan dong zhong ini. Yang dah di beri tu patut di tarik balik..

Anonymous said...

Sapa yang ada sijil UEC boleh mintak keje ngan kerajaan Sarawak. Selain tu tak payah cari memang tak ada. Ada paham orang cina?

 
Blogger Templates