Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 8, 2017

AHLI JAWATANKUASA FATWA PULAU PINANG SAHKAN CAMPURTANGAN KERAJAAN DAP TERUTAMA DALAM KALIMAH ALLAH!!!



Isu campurtangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan arahan Lim Guan Eng agar semua keputusan fatwa perlu dihantar kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim terlebih dahulu sebelum ditapis dan diserahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong, nampaknya semakin membesar. Malahan beberapa perkara yang selama ini cuba dilindungi dan ditutup oleh pentadbiran Lim Guan Eng juga, nampaknya tidak mampu disembunyikan lagi.

Semuanya bermula apabila bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dilucutkan jawatan dan kontraknya tidak disambung pada Jun 2014 oleh pentadbiran Lim Guan Eng. Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang kerana keengganan Hassan untuk bersetuju dalam perkongsian KALIMAH ALLAH di dalam Bible berbahasa Melayu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lim Guan Eng dan PAS. (RUJUK SINI)

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, Dato Hj Md. Salleh Haji Ahmad, turut menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Afnan Hamimi yang menegaskan, memang wujud campurtangan langsung Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam fatwa-fatwa yang dikeluarkan. 

Salleh turut memberi contoh, pada tahun 2010, arahan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dikeluarkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri agar fatwa KALIMAH ALLAH yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan fatwa yang membabitkan KALIMAH ALLAH serta 40 istilah lain dan mahukan ianya ditukar bagi membolehkan Bible Berbahasa Melayu menggunakan KALIMAH ALLAH di Pulau Pinang. (RUJUK SINI).

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 kekal dan bertegas supaya fatwa KALIMAH ALLAH yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa yang berkuatkuasa.

Terdapat juga beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Perkara tersebut pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri, sekaligus menunjukkan kuasa Exco Agama di dalam hal penfatwaan jauh lebih besar berbanding kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri. Sedangkan semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong tanpa perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Lim Guan Eng dan Abdul Malik Kassim telah cuba berbohong selama ini kononnya mereka tidak campurtangan. Keterangan daripada beberapa orang sama ada masih bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tentang wujudnya campurtangan secara langsung dan pemaksaan Kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng agar Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang akur dan tunduk kepada kehendak DAP dan Lim Guan Eng, telah membuktikan sikap sebenar DAP dan Lim Guan Eng.

Maka tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng benar-benar takut dengan NST dan Berita Harian kerana melaporkan perkara tersebut, sekaligus cuba mengancam kedua-dua akhbar berkenaan dengan saman fitnah, sedangkan pada masa yang sama, dia langsung tidak berani menyaman pemimpin PAS yang mula-mula mendedahkan perkara tersebut. 

Dan tidak menghairankan kalau Lim Guan Eng akan menggunakan orang dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri sendiri untuk menafikan perkara tersebut setelah penafiannya dan Malik Kassim terkantoi!


4 comments:

Anonymous said...

Sedar lah wahai saudara2 seagama ku d pulau pinang.
Itu lah buktinya bangsa kapir laknatullah yg kamu sanjung dan undi selama ini.
Mudah2an Allah hancurkan PAKATAN laknatullah

Anonymous said...

Aamiin..

Anonymous said...

DAP itu ba bi. Parti pembangkang melayu yg bekerjasama dgn DAP itu ialah penjaga kandang ba bi. Apa nak buat kat malaysia ni kalau nak tembak ba bi kena tembak penjaga kandang ba bi dulu. Marilah kita tembak penjaga kandang ba bi terutamanya ketua penjaga kandang ba bi yg kini sangat rapat dgn ketua ba bi. Lps barulah kita boleh tembak ba bi. Undilah umno dan BN.

Anonymous said...

Jgn kritik lge nanti Pan marah..

 
Blogger Templates