Friday, February 17, 2017

BLOGGER DAKWA KEKAYAAN 'PROKSI' AZMIN ALI HASIL MENYAMUN PERBENDAHARAAN SELANGOR!!!



Satu persatu tembelang rasuah pembangkang terbuka. Akhirnya Adam Rosly Disneyland Ketua AMK Ampang diseret ke SPRM. Luar biasa pengamal rasuahnya adalah kalangan muda-muda. Kelam Kabut Azmin sehingga terpaksa membuat tweet palsu. Rasuah Hilman Idham Pegawai Khasnya pula terus didedah membuka pula kisah selebriti penyampai berita Astro Awani Hans Yusoff. Kalau SPRM tidak membuka semula kertas siasatan memang benarlah mereka memilih-milih!. Sudah lama pihak membicarakan "Geng Sariman" atau budak Hilman. Lama-lama pasti ditemui juga.


Terbaru pada 14 Februari 2017 ketika Dato' Sri Jamal Md Yunos membuat gimik baru dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam. Ia pendedahan penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.


Zulfahimin Mahadzir pula memang budak Hilman setia. Kemana saja Hilman Idham, Azmin atau YB Amirudin Shari ada biasanya mereka ini ada. Kenyang dengan projek-projek Selangor Kutipan Sampah dibawah Syarikat Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), projek bersih Sungai Klang dan apa saja yang boleh dirembat melalui Hilman maka tidak logiklah kalau Zulfahimin ini tak mahu tampil di pintu pagar jadi penghalang Dato' Sri Jamal. Kredit politik harus dikutip untuk meneruskan kerjasama jangka panjang bersama Azmin Ali dan Hilman Idham!.


Azmin Ali melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bukan sahaja telah memonopoli pengurusan air di Selangor, pembelian SPLASH (termasuk rasuah SPLASH) yang belum lagi selesai malah turut memonopoli projek Pengurusan Sisa Pepejal semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui KDEB Waste Management dan Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat KDEB.


Peranan inilah yang dimainkan oleh Hilman Idham selalu orang kanan kesayangan Azmin Ali untuk menguasai projek-projek kutipan sisa pepejal. Jika dahulu semua PBT melaksanakan sendiri dan melantik kontraktor sendiri kini jika KDEB mengambil alih maka kuasa itu akan berpusat kepada Azmin Ali selaku Pengerusi Syarikat. Ini cara Azmin mengkayakan anak-anak buahnya. Melalui Presiden KDEB Suhaimi Kamaralzaman dan Ramli Mohd Tahir Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd semua dalam telunjuk Azmin dan Hilman sahaja.



3 comments:

Anonymous said...

Tapi masih kalah dengan UMNO.

Anonymous said...

Jawapan standard macai kaitkan dgn umno. So apa yg beza pukitan dan umno? Kalau takde beza tak yah la nak tuko2 kerajaan. Tuko pun dpt yg songlap jugak. Retorik je lebih

Anonymous said...

Pakatan dah kena penyakit UMNO tapi itu peringkat permulaan je, masih boleh sembuh. Tapi tahap penyakit UMNO berat sikit kerana mereka dah tempah tempat di akhirat nanti utk dipanggang bersama Razak Dan Najib. Bertuah sungguh dapat bersama PM2 yg kita sayangi. Rasuah dan bunuh dah jadi lambang UMNO.

top