Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 16, 2017

GELAR NIK AMAR SEBAGAI 'GEDEBE' SEBAB HALAU DIA KELUAR DARI PAS, MAHFUZ OMAR SAHKAN DIA KEMARUK JAWATAN DAN KEDUDUKAN DALAM PARTI!!!



Maka betullah seperti yang diperkatakan sebelum ini...

Mahfuz Omar meroyan sebab kehilangan semua jawatan penting di dalam PAS. Bahkan menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah pun, Mahfuz Omar tidak layak membuatkan dia terpaksa menggunakan taktik ugut dan menakut-nakutkan kepimpinan PAS bagi memastikan dia tetap dipandang dan sekurang-kurangnya diberikan satu jawatan penting. 

Itu yang dapat dikesan dalam kenyataan medianya apabila dia kerap mengulangi 'AHLI PAS SEPERTI SAYA', 'SIAPALAH SAYA, SAYA CUMA AHLI BIASA' dan 'MEMBAWA SUARA AKAR UMBI'.

Frasa-frasa di atas telah digunakan oleh bekas pemimpin dan pengikut UMNO yang kini menyeberang masuk ke parti Cap Bunga ketika mereka dikesan dan dikecam kerana mahu memastikan kleptokrasi dan legasi Mahathir terus dipertahankan serta diteruskan oleh Najib Abdul Razak. 

Mahfuz Omar terkesan apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Naib Presiden PAS mencadangkannya agar keluar dari PAS dan menyertai mana-mana parti pembangkang lain apabila dia melebihkan parti-parti lain berbanding UMNO. 

Menurut Mahfuz Omar, dia sayangkan PAS. Malah mengingatkan Nik Amar bahawa PAS berjaya mencapai kejayaan lebih besar menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR, walaupun sebenarnya kenyataannya adalah sebaliknya. PAS mengalami penyusutan kemenangan kerusi Parlimen berbanding tahun 1999 selepas bekerjasama dengan DAP dan PKR bermula dari tahun 2004 dan 2008 serta 2013. Sebaliknya PAS lebih banyak digunakan oleh DAP dan PKR untuk kedua-dua parti tersebut mengumpulkan lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN mengatasi PAS sendiri!

Menggelarkan Nik Amar sebagai 'gedebe', Mahfuz turut menyindir Nik Amar supaya tidak menghalau Orang Asli yang terjejas kerana pembalakan walaupun kelulusan pembalakan tersebut dibuat pada zaman Husam Musa sebagai Exco Kanan dan Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham menerusi syarikat mereka, mendapat konsesi balak pada keluasan yang melebih 10 ribu hektar.

Mahfuz Omar turut mengungkit tentang kerjasama PAS dengan Semangat 46 sehingga membolehkan PAS menguasai Kelantan sehingga ke hari ini. Namun Mahfuz Omar yang suatu ketika dahulu amat jaki dengan Allahyarham Azizan Abdul Razak, tidak pula mahu mengulas bagaimana Kedah yang dikuasai oleh PAS, tertungging di tangan UMNO selepas bukan sahaja berlaku pertelingkahan dalaman di mana Mahfuz juga adalah salah seorang daripadanya, tetapi juga kerana perebutan kuasa dan enggan tunduk kepada arahan pipinan pusat.

Itu pun Mahfuz masih lagi berlagak kononnya dia sayangkan Kelantan dan bimbang Kelantan akan jatuh ke tangan UMNO-BN jikalau PAS tidak bekerjasama dengan PAN, Cap Bunga, PKR dan DAP!

Sifir congak apakah yang dibuat oleh Mahfuz Omar memandangkan kedudukan PAS di Kelantan, jauh lebih kukuh berbanding parti-parti lain walaupun selepas Nik Abdul Aziz sudah tidak ada lagi, bahkan selepas Husam Musa bukan lagi sebahagian daripada tenaga kerja utama PAS Kelantan. Malah kedudukan Husam Musa di Salor pula yang kelihatan amat terjejas.

Rata-rata rakyat Kelantan sangat kuat menyokong gandingan Ahmad Yaakob dan Nik Amar berbanding persepsi yang cuba dibuat oleh puak PAN dan Mahfuz Omar.

Teruk betul orang yang kemarukkan jawatan dan kuasa serta perhatian sehinggakan tidak dapat melihat realiti berbanding sentimennya sendiri. Terlalu banyak bergaul dengan puak Cap Bunga menjadikan Mahfuz Omar amat bimbang sekiranya PAS meninggalkan terus DAP dan PKR tetapi lebih rapat dan mesra dengan UMNO terutama selepas Mahathir keluar dari UMNO!


No comments:

 
Blogger Templates