Sunday, February 12, 2017

GOBIND SINGH DEO TERPAKSA BUAT PENAFIAN WALAUPUN DIA SENDIRI KURANG PERCAYA, MAHATHIR RAPAT DENGAN KIT SIANG SELEPAS GUAN ENG BAKAL MASUK PENJARA!!!



Semua orang yang mengikuti perkembangan kes rasuah dan salahguna kuasa Lim Guan Eng tahu bagaimana Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya berusaha sedaya mungkin dengan menggunakan apa-apa sahaja cara bagi menyelamatkan Lim Guan Eng daripada didapati bersalah dan dimasukkan penjara kerana kesalahan rasuah dan salahguna kuasa. 

Malah beberapa minggu lepas, pasukan guaman Lim Guan Eng yang diketuai oleh Gobind Singh Deo sendiri menggunakan kaedah 'menolak undang-undang' dengan cubaan mendapatkan pengesahan daripada mahkamah, Akta SPRM adalah tidak mengikut Perlembagaan. 

Sebelum ini, beberapa helah biasa termasuklah cubaan melambat-lambatkan dan menunda-nunda perbicaraan sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli telah cuba diaplikasikan. Bagaimanapun, hakim telah bertegas dan menetapkan tarikh perbicaraan malah memberikan tempoh yang jauh lebih singkat daripada yang dimahukan oleh Lim Guan Eng dan pasukannya. 

Satu-satunya cara sekarang untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada hukuman tersebut adalah dengan menggunakan politik. Sudah ada kempen untuk meraih simpati daripada orang ramai dengan mempotretkan Lim Guan Eng sebagai mangsa konspirasi walaupun pada masa yang sama, baik Lim Guan Eng mahupun para peguamnya langsung tidak dapat menjawab tentang pemilikan harta di bawah harga pasaran ketika dia sedang berkuasa di Jalan Pinhorn.

Mahathir dilihat sebagai orang yang paling layak untuk tujuan tersebut kerana DAP berpandangan Mahathir masih mendapat tempat di kalangan orang Melayu. Orang Melayu pula mudah meruap dan mudah diperdayakan oleh sentimen sepertimana yang dilakukan dan dibuktikan oleh Anwar Ibrahim pada penghujung 1990-an dahulu. 

Semua nampak bagaimana Mahathir mahu dijadikan sebagai SAVIOUR bagi menyelamatkan Guan Eng. 

Namun sebagai seorang peguam yang berasakan dia lebih bijak daripada orang lain, Gobind Singh Deo menafikan pakatan Kit Siang-Mahathir itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan Guan Eng. Sebaliknya kata, tiada pakatan antara Lim Kit Siang dan Mahathir.

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri KKLW, Ismail Sabri Yaacob bahawa Mahathir dan Kit Siang berpakat demi menyelamatkan Guan Eng daripada hukuman penjara, ditolak mentah-mentah oleh Gobind Singh. Bahkan katanya, kenyataan Ismail Sabri itu adalah tidak masuk akal.

Selain itu, Gobind Singh turut memberi alasan, Mahathir bukanlah Peguam Negara dan tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk melakukan sebarang langkah yang memberi kesan kepada prosiding dan keputusan prosiding ke atas Guan Eng.

Yang Gobind Singh Deo tidak jelaskan ialah, Mahathir pernah menggunakan kuasanya untuk mencetuskan kegawatan perundangan apabila dia bertindak memecat beberapa orang hakim!

No comments:

top