Friday, February 10, 2017

KALAU NAK TUNTUT PULAU PINANG DIKEMBALIKAN KEPADA KEDAH, TUNTUT BETUL-BETUL... JANGAN ASYIK BERETORIK!!!



Kerajaan Negeri Kedah tidak bersetuju dan menolak cadangan Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Langkawi sebagai salah satu Wilayah Persekutuan. Bahkan Kerajaan Negeri Kedah akan meminta kerajaan Pusat mengkaji semula harga pajakan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang setiap tahun supaya mngikut harga semasa.

Lebih penting, Kerajaan Negeri Kedah akan 'mengambil semula' Pulau Pinang yang merupakan salah satu daerahnya.

Exconya, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, Kedah mempunyai hak untuk membantah cadangan peribadi Tengku Adnan Tengku  Mansor itu kerana Langkawi adalah sebahagian dan masih wilayah Negeri Kedah.

Bahkan Kedah menuntut semula Pulau Pinang yang telah 'disonglap' secara senyap-senyap pada 1957 untuk dijadikan sebuah negeri walaupun perjanjian pajakan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

Beberapa desakan telah dibuat agar nilai pajakan perlu dinaikkan mengikut harga semasa tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng membantah sekeras-kerasnya, bahkan dengan penuh lagak berkata, Pulau Pinang adalah sebuah negeri berdaulat dan tidak tertakluk dengan mana-mana negeri. Perjanjian 1786 dan 1800 melibatkan bahagian pulau dan Seberang Perai, seolah-olah tidak wujud pada pandangan Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP yang semua tahu, sangat buta tentang sejarah negara ini walaupun mereka bercita-cita besar untuk menjadi TUAN BESAR Malaysia.

Lim Guan Eng dan DAP cuba menyembunyikan fakta yang Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah. Dapat dilihat sekarang, golongan yang tidak tahu apa-apa tentang sejarah Negeri Pulau Pinang, tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seorang yang sangat patriotik dan sayangkan Pulau Pinang. Golongan yang memuja Francis Light sebagai pembuka negeri Pulau Pinang, walaupun Pulau Pinang sudah pun mempunyai 12 orang Penghulu Melayu ketika kapal Francis Light mendarat dan ketua lanun tersebut terpaksa meminta izin untuk berkhemah di tempat yang sekarang ini dinamakan Padang Kota Lama, fakta tersebut telah dihilangkan begitu sahaja.

Begitu juga dengan kesan-kesan ketamadunan Melayu di Batu Maung dan Batu Uban serta tapak arkeologi dunia di Guar Kepar, Seberang Perai, tidak sahaja dimusnahkan dan dihilangkan, bahkan disenyapkan tanpa sebarang usaha daripada Kerajaan Negeri untuk memperkenalkannya sebagai warisan negeri.

Sebaliknya yang dijadikan warisan adalah bangunan-bangunan pra-kemerdekaan yang menunjukkan 'penaklukan' orang Cina ke atas Pulau Pinang termasuklah perkampungan setinggan Cina di atas air yang kononnya sebagai perkampungan asal.

Nama-nama seperti Nakhoda Kecil, Nakhoda Intan dan Datuk Janatun yang merupakan orang yang berkuasa di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light, telah hilang sama sekali, sebaliknya digantikan dengan pelbagai nama imigran termasuklah Karpal Singh!

Namun, setelah beberapa kali bercakap tentang mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah semula, maka setiap kali itulah juga, Lim Guan Eng dan gerombolannya yang buta sejarah akan mencipta retorik lain, dan akhirnya isu ini akan senyap begitu sahaja....

Nampak gayanya kali ini pun sama jugalah!


3 comments:

Anonymous said...

Konsep pajak ialah siapa saja yang letak harga yang paling tinggi, dialah yang akan diberikan hak pajakan. Begitu juga pemajak sedia ada yang enggan membayar pada kadar baru yang ditetapkan oleh tuan punya tanah maka tuan punya tanah berhak mengusir pemajak. Semua ini berbalik pada rule of law. Law perlu dipatuhi bagi menjaga kelancaran dan keharmonian.

Anonymous said...

Keturunannya di cina...mana dia reti sejarah mlysia. Lagu negaraku pun tak tau nyanyi apa..nak tahu testlah

Anonymous said...

Patut la org melayu selalu kena main sebab pemimpinnya bahlol al kayu..

top