Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 23, 2017

LAKONAN NAIF GUAN ENG DIBERIKAN KERETA BURUK UNTUK KE ISTANA NEGARA, AMAT MEMUALKAN!!!



Protes senyap Lim Guan Eng terhadap Mahathir dalam isu Proton dan pada masa yang sama, turut mengambil kesempatan untuk menghentam Jabatan Kerja Raya serta untuk membuktikan dia telah dianiaya serta dibuli hanya semata-mata kerana dia adalah seorang Cina yang datang menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Melayu.

Isu Proton kembali hangat apabila Mahathir yang bimbangkan kehilangan kepentingan syarikat-syarikat kroninya di dalam Proton apabila pemilik Proton, Syed Mokhtar mengambil keputusan untuk menjual 51% kepentingan kepada syarikat asing berkata, pemilikan asing di dalam Proton akan membuatkan industri automotif Malaysia tidak akan maju.

Bagaimanapun, kenyataan Mahathir itu dibidas kerana selama lebih 30 tahun, Proton tidak pernah menguntungkan. Tidak juga dapat menembusi pasaran antarabangsa dan di Malaysia, biarpun diberikan perlindungan berat oleh kerajaan, Proton tidak pernah mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan, bahkan terpaksa menerima suntikan modal daripada Kerajaan hampir setiap tahun.

Bahkan ketika Proton sudah pun menjadi milik DRB-HICOM, tahun lepas sahaja Kerajaan terpaksa memberikan pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion kepada Proton.

Keluhan Lim Guan Eng, dia terpaksa memegang handle pintu belakang Proton Perdana yang disewa dari Jabatan Kerja Raya untuk perjalanan dari Lapangan Terbang ke Istana Negara, walaupun sebenarnya tidak lebih daripada sebuah lakonan, namun ianya memberi impak kepada Proton itu sendiri.

Proton Perdana adalah salah sebuah kenderaan 'mewah' yang dikeluarkan oleh Proton. JKR adalah salah sebuah agensi Kerajaan Pusat.

Pelakon dan penipu seperti Lim Guan Eng mempunyai pelbagai dalih dan daya untuk merealisasikan matlamatnya. Memperlihatkan kedaifan dan kenaifannya, mengeluh dan merungut bagi membuktikan dia telah dianiayai, merupakan kaedah yang paling mudah untuk mendapat simpati.

Seorang Ketua Menteri dari sebuah negeri pembangkang, yang setiap masa mencari salah dan memperlekehkan Kerajaan Pusat, tiba-tiba mahu membantu sebuah agensi Kerajaan Pusat mencari sedikit pendapatan dengan nilai RM200 sehari, telah diberikan sebuah kereta buruk yang layak dijadikan tukun tiruan semata-mata.

Kereta buruk itu pula seperti bom jangka yang pada bila-bila masa sahaja boleh meragut nyawanya. Tetapi Ketua Menteri yang diketahui sukakan kemewahan menerusi pemilihan dan pemilikan kenderaan mewah tidak lama selepas menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, bahkan sekarang sedang berhadapan dengan masalah undang-undang kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa semata-mata untuk mendapatkan sebuah rumah banglo, seperti diberikan kesedaran untuk memilih kenderaan yang dia sendiri tidak suka bagi satu perjalanan singkat.

Begitulah perangai seorang PELAKON DAN PENIPU seperti Lim Guan Eng!

Di sebalik gaya hidup mewahnya, selain berpusat sepertimana peranan isterinya yang menguasai semua bidang hartanah di Pulau Pinang menerusi jawatan yang dianugerahkan dan dilantik, Lim Guan Eng masih tidak malu-malu untuk terus berlakon daif dan dianiayai KONONNYA DIA ADALAH SEORANG CINA...

Bahaya daripada persepsi yang dimainkan oleh Lim Guan Eng ialah, dia mahu menunjukkan orang Melayu sentiasa menganiayai orang Cina sepertinya walaupun Cina tersebut mempunyai jawatan dan kuasa bergelar Ketua Menteri.




4 comments:

Anonymous said...

siapa kata Proton tidak pernah menembusi pasaran antarabangsa. Suatu masa dahulu Indonesia menggunakan wira sebagai teksi mereka

Anonymous said...

Cinabukit si spesis sama macam spesis cinabukit pemimpin singapork. Dulu pernah anak kuan yew sekeluarga naik flight SIA kelas ekonomi. Kononnya nak menunjuk mereka hanya rakyat biasa walaupun masing2 kaya raya dan berjawatan tinggi.
Sentiasa berlakon. Belajar dari zaman si bapak@kuan yew pakai songkok masuk kampung Melayu sebelum hari ini legasinya berjaya menindas Melayu singapork supaya sentiasa beetaraf balachi.

Anonymous said...

Jgn tertipu dgn lakonan dn fitnah Dap.

Ricesaffron@gmail.com said...

Di negara maju sebagai contoh America, kederaan tempatan mereka seperti GM juga mendapat perlidungan dari kerajaan,
Tak perlu di terangkan kerana rata rata org tahu,,
Pasal proton cuma kuatir org luar akan ambil kesempantan dari kebodohan kerajaan yg ada dan tak di nafikan kerajaan ada 49% dan DRB ada
51%..,, tapi pemegang saham harus memberi kebenaran untuk menjual saham (kerajaan dan DRB)
Kerajaan berjanji akan mengeluarkan gran lebih 1billion jika proton dapat rakan partner,, jika benar ada sykt ini di ambil alih olh sykt lain sebanyak 51% mcmnan dgn dgn 1billion lebih yg kerajaan janjikan.?
Kecuali ada yg tersirat dari yg tersurat,, lagi pun kerajaan kita agak lemah dalam memahami perjanjian,,,,
Penipuan terlalu banyak,, kerajaan kita pandai tipu rakyat tetapi selalun di tipu olh negara maju

 
Blogger Templates