Monday, February 13, 2017

MAHATHIR TAK MATANG YANG MUDAH DISERANG PENYAKIT GOPOH, KATA KETUA ULAMA PAS, MAHFUZ MOHAMED!!!



22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dan selama 22 tahun itulah juga, dia menjadi Presiden UMNO sama ada UMNO asal mahupun UMNO yang dia 'pulihkan' mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

Bermula dari tahun 1978, permusuhan PAS dengan UMNO memuncak. PAS yang turut sama mencipta Barisan Nasional walaupun pada tahun 1963, satu dekri atau fatwa telah dikeluarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang enggan mengikut ajaran Islam, hubungan antara kedua-dua parti tersebut menjadi sangat renggang.

Namun kerenggangan tersebut masih boleh ditautkan kerana di sebalik fahaman sekularisme yang dipegang oleh kepimpinan lama UMNO yang masih terpengaruh dengan dunia feudalisme, perkembangan Dunia Islam, terutama apabila banyak negara-negara bermajoritikan umat Islam mulai bebas daripada kekangan penjajahan, cuba mengembalikan dan memurnikan ajaran Islam semula.

Revolusi Iran 1979 menyaksikan pengaruh yang sangat kuat ke dalam Dunia Islam. Banyak kepimpinan parti siasah, mula menjadikan Revolusi Iran dengan Ayatullah Khomeini sebagai ikon mereka. Dan tidak keterlaluan kalau di Malaysia, PAS juga dengan sebahagian besar kepimpinannya terutama sekali golongan muda, amat terpengaruh dengan Revolusi Iran dan Khomeini.

Mahathir telah melihat perkembangan itu sebagai sesuatu yang amat merbahaya terutama kepada kedudukannya di dalam UMNO dan kekuasaan. Langkah mengeluarkan PAS dari Barisan Nasional adalah salah satu daripada kaedah yang paling berkesan untuk mengekang pengaruh PAS yang semakin menarik perhatian golongan muda yang mencari-cari arah dalam agama.

Kepimpinan PAS yang diterajui oleh Yusuf Rawa, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Fadhil Noor (sekadar beberapa nama) yang lebih dikenali sebagai golongan Reformis PAS berjaya mengenepikan kepimpinan Asri Muda dan Nakhaie Ahmad.


Demi mengekang PAS yang semakin keluar daripada kelubung nasionalis agamanya. Mahathir mengambil langkah-langkah perlu lain iaitu dengan memasukkan Anwar Ibrahim sebaik-baik dia berkuasa di dalam UMNO. Anwar Ibrahim yang diketahui merupakan seorang Liberalis Agama, diberikan topeng agama untuk mengakali PAS yang semakin teruk dipengaruhi oleh ekstremisme dan kejumudan agama yang bercampur-baur antara ajaran Golongan Tua dan Golongan Muda.

Masa demi masa terus berlalu. PAS semakin berubah. Manakala Mahathir pula, masih kekal dengan akidah politik dan kepercayaannya bahawa dunia belum berubah serta berevolusi termasuklah fahaman dan kecenderungan politik.

Langkah dan tindakan yang diambil oleh kepimpinan utama PAS terutama sekali Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Najib, bahkan dilihat jauh lebih mesra berbanding tanggapan sebelum ini, dilihat oleh Mahathir sebagai langkah yang amat membahayakan legasinya. Mahathir mahu Najib dan UMNO mengikutnya, tidak meninggalkannya dan tidak memencilkannya dalam catatan sejarah UMNO dan pentadbiran negara.


Itulah yang berlaku apabila Mahathir mengambil langkah drastik membuat pusingan U dalam usahanya untuk menyelamatkan dinasti serta empayarnya yang terdiri daripada anak, kroni, proksi dan kaum kerabatnya yang menggunakan modal daripada harta negara untuk kekayaan serta kemewahan mereka.

Ancaman dan ugutan serta memberi kata dua kepada PAS agar PAS tunduk kepada kehendak dan hajatnya mahu menumbangkan Najib serta Kerajaan UMNO-BN bagi memastikan legasi dan empayarnya tidak terjejas, diberikan reaksi yang amat berbeza. Jauh berbeza daripada yang dijangkakan oleh Mahathir sendiri.

Di sebalik cerita-cerita dan serangan menggila oleh DAP dan PAN ke atas PAS, kepimpinan PAS menunjukkan kedegilan mereka untuk tidak lagi tunduk dengan syarat-syarat yang sudah tentu akan menyakitkan mata dan hati Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang.

Dan apabila ditambah dengan ugutan serta kata dua Mahathir kepada PAS, ia tidak menjadi bertambah baik, bahkan bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai orang tua yang sangat terdesak untuk menyelamatkan kerjaya politik anaknya sendiri. Segala penghormatan yang diberikan kepadanya dahulu, hilang ke longkang.

Kecuali di kalangan para pentaksubnya, golongan yang selama ini sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik dasar-dasar Mahathir yang bagi mereka merupakan kerosakan jangka panjang yang perlu ditanggung oleh beberapa generasi di Malaysia, mendapat pengesahan tentang teori-teori mereka selama ini. Banyak skandal-skandal yang sebelum  ini disimpan di bawah karpet, mula dikeluarkan dan semuanya menunjukkan bagaimana teruknya Mahathir menguruskan kewangan dan ekonomi negara demi kepentingan segolongan manusia yang pada tahun 1998 dahulu disebut sebagai SUPER BUMIPUTERA yang antara lain termasuklah Vincent Tan, Ananda Krishnan, Arumugam, Francis Yeoh dan sebagainya.

Justeru apabila ada pemimpin PAS yang kata, Mahathir semakin teruk dan semakin tidak dapat menahan sabar sehinggakan tidak dapat menahan diri daripada membuat U-Turn berkali-kali, ia adalah sesuatu yang sangat tepat.

Untuk menggantikan Najib yang dikatakan lemah dan tidak berkeupayaan mengendalikan pentadbiran negara, perlukan seseorang yang lebih baik dan lebih terancang terutama sekali dalam usaha mengembalikan kerugian-kerugian besar wang negara yang terhasil daripada tindakan sembrono Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya.


Malangnya, 'Imam Mahdi Malaysia' yang diharapkan oleh ramai rakyat Malaysia, tidak muncul, bahkan TIDAK AKAN MUNCUL SAMPAI BILA-BILA kerana setiap manusia dijadikan serba kekurangan. Najib sebagai Perdana Menteri, mungkin melakukan kesilapan kerana sifatnya sebagai manusia. Namun mengikut kehendak Mahathir untuk menggulingkan Najib dan kemudian mengembalikan semula harta kekayaan negara kepada anak-anak, kroni, proksi dan kaum kerabatnya, adalah sesuatu yang amat tidak patut.

Tindakan PAS menolak Pakatan pembangkang merupakan satu langkah terbaharu terutama membabitkan KERUSI-KERUSI ISLAM yang jauh lebih rendah berbanding KERUSI-KERUSI BUKAN ISLAM dalam Pakatan (89 kerusi Parlimen pada PRU lepas dengan PAS hanya memiliki 39 kerusi Parlimen sahaja). Cadangan untuk menarik 30 kerusi Parlimen Bukan Islam yang mahu ditarik untuk membolehkan Barisan Nasional ditumbangkan dalam satu rancangan besar, membuatkan PAS membuka mata selebar-lebarnya.

Sebabnya kalaulah jadi seperti yang dirancangkan, Kerusi Parlimen Bukan Islam yang menguasai Kerajaan adalah 80 manakala Kerusi Parlimen Islam pula hanyalah 39 sekaligus apa yang berlaku di Pulau Pinang, akan berlaku di Malaysia secara nyata.


No comments:

top