Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 23, 2017

MAKIN MEROYANLAH PENTAKSUB MAHATHIR APABILA KABINET LANTIK SIDEK HASSAN SEBAGAI KEPALA PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT JUDI FOREX BNM!!!



Kabinet hari ini melantik bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berkata terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.

Pasukan tersebut akan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

“Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen BNM dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil.

Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengalaman, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.

Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk 6 tahun sebagai KSN.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.



1 comment:

Anonymous said...

Kalau nak siasat, siasat kes BNM dan 1MDB sekali gus. Yang 1MDB tu bagi subkon kpd DOJ.

 
Blogger Templates