Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 10, 2017

NAJIB ABDUL RAZAK PATUT CONTOHI PRESIDEN TURKI, 'BERSIHKAN' SEKTOR AWAM DARIPADA KAKITANGAN YANG MENENTANG KERAJAAN!!!



Kebelakangan ini, timbul satu teori yang amat menarik membabitkan KAKITANGAN AWAM. 

Tindakan keras dan bersepadu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kepala-kepala di dalam agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan, membuatkan sebahagian besar kakitangan awam mula membuka mata. 

Dan seperti biasalah, oleh kerana politik adalah jajan ruji rakyat Malaysia, maka isu-isu politik mula dimainkan. 

Tidak sedikit grup-grup WhatsApp dan Telegram di mana ahli-ahlinya adalah kakitangan awam akan mencerca tindakan SPRM dan mengatakan, undi pada PRU akan datang akan mereka berikan kepada pembangkang. Kata mereka, Kerajaan terlalu kejam dan bertindak secara tidak adil kerana hanya mengambil tindakan ke atas kakitangan awam, sedangkan terhadap orang politik pula, masih tiada sebarang tanda-tanda SPRM berani bertindak.

Yang mereka sukar menafikan ialah, banyak masalah bukannya bermula dari orang politik sebaliknya seringkali tersekat di kalangan perlaksana iaitu kakitangan awam. Laporan-laporan Ketua Audit Negara saban tahun menunjukkan ketirisan teruk dalam setiap jabatan dan agensi. 

Ironinya, tiada seorang pun kakitangan awam yang berasa malu setiap kali Ketua Audit Negara melaporkan wujudnya ketirisan, penyelewengan dan kegagalan. Sebaliknya mereka turut sama menyertai orang awam membuat persepsi kononnya masalah itu adalah disebabkan oleh orang politik. 

Orang awam biasanya lebih banyak berurusan dengan kakitangan awam berbanding orang politik. Anehnya, masalah dan perangai buruk kakitangan awam, kerapkali dipalitkan kepada orang politik, terutama Menteri dan Perdana Menteri. 


Mujurlah, Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia tidak mencontohi dan meneladani Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyib Erdogan dalam menangani masalah kakitangan awam yang bukan sahaja memalukan pentadbiran negara, tetapi juga bersikap seperti dedalu dan parasit dalam perkhidmatan awam. 

Diberitakan, terbaharu, pihak berkuasa Turki telah memecat hampir 4,500 orang kakitangan awam dalam gelombang terbaharu selepas kegagalan rampasan kuasa Julai tahun lepas. Gazet rasmi berkata, 4,464 orang kakitangan telah dipecat, termasuklah 2,585 orang kakitangan Kementerian Pelajaran, 893 orang anggota polis tentera dan 88 pekerja saluran televisyen awam, TRT.

Pemecatan turut membabitkan 330 pakar akademik yang menjadi anggota Majlis Tertinggi bagi Pengajaran (YOK), termasuk pakar undang-undang Perlembagaan, Ibrahim Kaboglu.

Pihak berkuasa sudah pun menahan lebih 41,000 dan memecat atau menggantung 100,000, selepas cubaan rampasan kuasa tentera gagal 15 Julai lalu.

Ramai daripada mereka ialah guru, polis, majistret dan wartawan.

Pada 7 Januari lalu, kerajaan mengumumkan pemecatan hampir 8,400 pekerja awam dan penutupan 80 persatuan, termasuk kelab sukan.

Pemecatan dibenarkan Kabinet dan tidak memerlukan kelulusan Parlimen untuk perintah darurat, yang dilanjutkan dua kali dan kini dijangka berlanjutan sehingga 19 April.

Presiden Recep Tayyip Edrogan menuduh pendakwah Fethullah Gulen yang kini menetap di Amerika Syarikat, mendalangi cubaan menjatuhkan beliau. 

Barangkali sudah sampai masanya Najib Abdul Razak mencontohi Reccep Tayyib Erdogan dengan membersihkan perkhidmatan awam daripada kakitangan-kakitangan awam yang hanya berminat dengan gaji serta kemudahan bulanan dan politik pembangkang tetapi pada masa yang sama, amat culas untuk menjaga amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka!!!



3 comments:

Anonymous said...

Setuju..pecat jer mereka yg tak boleh laksanakan setiap polisi kerajaan sbb mereka ni penentang kerajaan...terlalu ramai pulak tu..

Anonymous said...

Saya tidak bersetuju.

Cencaluk said...

YANG TAK SETUJU TU MESTI ADALAH DARI KALANGAN PENGKHIANAT .

AMBIL GAJI DARI KERAJAAN TAPI TIKAM BELAKANG MAJIKAN SENDIRI

WALAUPUN MEREKA TERGOLONG DARI GOLONGAN BIJAK PANDAI TAPI ADA JUGA BANGGANGNYA

TAK TAU KER KAU MAKAN GAJI HARAM PAS TU SUMBAT KAT MULUT ANAK BINI JADILAH KELUARGA HARAM JADAH.

JANGAN INGAT DIDUNIA KAU LEPAS TAPI DIAKHIRAT MCM MANA

TAK ADA ISTILAH KERAJAAN KEJA SELAGI DA MEMBAYAR KAU GAJI UNTUK MEMBUNCITKAN PERUT KAU SEKELUARGA

LAINLAH KERAJAAN MEMERAH KERINGAT KAU DAN TAK BAGI IMBUHA N

 
Blogger Templates