Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 15, 2017

NAJIB SAMAN PUA... ADAKAH PEGUAM NAJIB AKAN ULANGI TREND 'SELESAI KES LUAR MAHKAMAH' DAN 'DENGAN PERMOHONAN MAAF'?!!!



Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah tiba. 

Tony Pua jelas sangat takut dengan saman fitnah ini dan berusaha untuk mengenepikan saman fitnah yang dijadualkan pada 18 sehingga 20 September nanti. Tarikh 3 April nanti, mahkamah telah menetapkan 3 April bagi mendengar permohonan Pua untuk membatalkan saman Najib. 

Ironinya, di sebalik fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh Tony Pua ke atas Najib Abdul Razak, dia kemudiannya memberi alasan, sekadar bertanya dan bertanya bukanlah satu kesalahan walaupun pada awalnya dengan penuh berani mencabar Najib Abdul Razak agar menyamannya jikalau benar dia menfitnah. 

Najib atas kapasiti peribadi telah menfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac tahun lepas dengan menamakan Tony Pua sebagai defendan pertama dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong sebagai defendan kedua. 

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu telah didakwa membuat fitnah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bermula dari 18 hingga 20 Sept.

Tarikh perbicaraan tersebut telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Roslan Abu Bakar di daam kamarnya dengan dihadiri oleh peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan Allif Benjamin Suhaimi yang mewakili Tony Pua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa pada 13 November 2014, Tony Pua yang merupakan penceramah utama pada jamuan makan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tentang 1MDB. Rakaman ucapan tersebut kemudiannya dimuatnaik oleh Chan atau agennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman sesawang Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.

Ucapan Tony Pua didakwa mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya serta individu dikenali sebagai ‘perdana menteri’ dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).

Najib mendakwa penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Cuma sesuatu yang agak 'merungsingkan' ialah apabila kebanyakan kes saman fitnah yang melibatkan Najib Abdul Razak dan mempunyai potensi untuk menang besar, ianya akan berakhir dengan PENYELESAIAN DI LUAR MAHKAMAH DAN DENGAN PERMOHONAN MAAF!

Sedangkan manusia seperti Tony Pua perlu diajar dengan gantirugi besar seperti yang seringkali dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Sebarang simpati atau toleransi kepada orang seperti Tony Pua tidak akan mengekang fitnah yang dibuatnya, bahkan menggalakkan lagi sepertimana yang berlaku kepada Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar!


No comments:

 
Blogger Templates