Tuesday, February 14, 2017

NAK TUTUP MALU SEBAB WAKIL RAKYAT KELUAR PARTI SEBAB MENYAMPAH DENGAN DIA, LIM GUAN ENG SALAHKAN UMNO DAN PAS!!!



Kalut dengan pelbagai isu yang melanda, termasuklah yang terbaharu tetapi tidak begitu mendapat perhatian meluas iaitu Malaysian Smelting Corporation (MSC) yang telah dijual kepada syarikat dari Singapura dengan Lim Guan Eng sendiri adalah salah seorang orang penting di dalam urusniaga tersebut, melibatkan tanah di Butterworth, Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang turut berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa selain bakal berhadapan dengan hukuman penjara.

Kegagalannya untuk memastikan PAS tunduk dan akur seperti ketika PAS di dalam Pakatan Harapan, bukan sahaja tidak kesampaian, bahkan PAS sendiri turut menyerang Lim Guan Eng dan kepimpinannya di Pulau Pinang dengan ganas. PAS mendedahkan tentang bagaimana kepimpinan Lim Guan Eng cuba menjadikan Jawatankuasa Fatwa Negeri mengikut cakap dan kehendak Setiausaha Agung DAP itu. Begitu juga dengan pendedahan bagaimana secara bijak dan terancang, Lim Guan Eng mahu membersihkan Pulau Pinang daripada diduduki dan didiami oleh umat Islam menerusi pelbagai tekanan termasuklah membabitkan wang zakat dan tanah wakaf. 

PAS jugalah yang membuat pendedahan berhubung Lim Guan Eng mengaku memberikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tahfiz selain menaikkan elaun imam, siak dan bilal serta guru-guru agama, padahal wang berkenaan adalah peruntukan daripada Kerajaan Pusat, bahkan kesemua peruntukan yang dikatakan oleh Guan Eng itu sebagai PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI, sebenarnya adalah PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT YANG DISALURKAN MENERUSI JAKIM. 

Memang menyakitkan hati jikalau bekas rakan subahat, tiba-tiba membuat pendedahan yang memalukan dan mengaibkan. 

Tetapi Lim Guan Eng di sebalik EGO SEBESAR GUNUNGNYA, masih cuba menyalahkan UMNO bagi mengambil hati PAS. Dia menuduh UMNO yang 'menfitnah' dan mahu 'memenjarakannya' kerana takut akan pengaruh dan kehebatan politiknya. 

Begitulah juga apabila empat orang ADUN dan Ahli Parlimen DAP Melaka keluar parti, Lim Guan Eng kemudiannya menyalahkan UMNO. Katanya, UMNO-BN menjadi jurucakap kepada keempat-empat orang tersebut selain mengaitkan kerjasama DAP dengan Dr. Mahathir. 

Empat orang Ahli Parlimen dan ADUN DAP yang keluar parti memberi alasan, mereka hilang keyakinan kepada Lim Guan Eng dan bapanya yang telah menyebabkan DAP tersasar daripada matlamat asal mereka. 

Lim Guan Eng turut menuduh Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang menjadi ketua dan jurucakap kepada kumpulan empat orang tersebut, kecewa kerana hilang keyakinan daripada pucuk pimpinan parti selepas kumpulannya kalah dalam pemilihan DAP peringkat negeri Melaka pada tahun 2015 lalu. Justeru, kekalahan tersebut telah menyebabkan Sim berdendam kepada Lim Guan Eng. 

Sim sebelum ini mengatakan, dia masih setia kepada parti tetapi tidak kepada pucuk pimpinan parti. Pucuk pimpinan parti yang dimaksudkan adalah Lim Guan Eng. 

Lim Guan Eng sebenarnya melarikan diri dari Melaka kerana terlalu banyak isu yang membabitkannya. Melihat peluang lebih cerah di Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertapak di negeri itu. DAP kemudiannya berjaya menguasai negeri berkenaan dan Lim Guan Eng segera 'merampas' jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun dia sebenarnya tidak dalam senarai pemimpin DAP yang akan menjawat jawatan berkenaan. 

Sim yang dianggap sebagai duri dan penentang Lim Guan Eng berkata, dia bukanlah seseorang yang akan tunduk kepada pemimpin yang telah lupa kepada permulaan mereka.

No comments:

top