Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 7, 2017

PAKATAN PKR-PAS-CAP BUNGA BAKAL DITUBUHKAN UNTUK LAWAN UMNO-BN SEBELUM BERGABUNG DENGAN DAP-PAN SEHARI SELEPAS KEPUTUSAN PRU-14 DIUMUMKAN!!!



Khabarnya ada perkembangan terbaharu dalam usaha PKR dan Cap Bunga mengelak PAS daripada menentang mereka dalam pertandingan tiga penjuru.

PAS telah meletakkan syarat yang amat berat kepada PKR dan Cap Bunga sekiranya mahu bekerjasama dengan PAS iaitu, mesti memutuskan semua bentuk hubungan dengan DAP.

Berdasarkan apa yang berlaku pada tahun 2008, selepas PRU-12, tiada sebarang ikatan atau bentuk kerjasama antara PAS-PKR-DAP, tetapi apabila berlaku kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Perak dan kegagalan Ngeh Kor Ham untuk menjawat jawatan tersebut, meskipun DAP telah memulaukannya selama lebih dua minggu, menyaksikan PAS menjadi penentu.

Sokongan dan kesanggupan PAS untuk bersama-sama DAP dan PKR membolehkan Pakatan Rakyat yang dikuasai dan diperintah oleh DAP berkuasa penuh di Perak. PAS hanya diberikan jawatan Menteri Besar Perak yang bukan sahaja tidak berkuasa, malah untuk bercakap pun memerlukan keizinan dan tunjuk ajar daripada Ngeh-Nga.

Keadaan yang sama, kelihatan bakal berlaku dan sedang dirundingkan melibatkan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dengan Cap Bunga dan PKR.

PKR seperti yang diketahui amat bimbang kehilangan pegangan ke atas Selangor. Manakala Cap Bunga pula sedang mencari-cari pangkalannya walaupun dikatakan Cap Bunga amat kuat di Kedah dan Johor.

Apakah kita akan menyaksikan kerjasama PKR-PAS-Cap Bunga menjelang PRU-14 bagi menumbangkan UMNO-BN manakala DAP dan PAN pula akan berganding bahu memecahkan dominasi orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO agar mengundi pakatan PKR-PAS-Cap Bunga berbanding simbol dacing Barisan Nasional?

Besar kemungkinan itulah yang akan berlaku memandangkan rundingan tersebut sedang dibuat secara giat.

Taktiknya ialah, kerjasama tersebut adalah untuk PRU-14 sahaja. Sebaik-baik sahaja keputusan diumumkan, perolehan daripada pilihanraya tersebut bagi setiap parti akan dikumpulkan dan dicampurkan dengan perolehan pakatan DAP-PAN.

Mukhriz  - bukan Muhyiddin - akan menikmati sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Melayu PKR-PAS-PAN untuk menjawat jawatan tertinggi. Manakala Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng pula akan bertindak sebagai 'RESIDEN INGGERIS' yang memegang semua kepentingan di negara ini kecuali hal-ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Sandiwara-sandiwara politik ini akan menjadi semakin aktif menjelang PRU-14!


2 comments:

Anonymous said...

Pas jangan lah nak dijadikan anak kambing sunti yang akan di"kerja"kan oleh hyenas-hyenas ganas dalam rupa bentuk pkr, parti cap bunga. Ingat lah sejarah bagaimana UMNO/BN kena liwat oleh parti pairin kitingan PBS di Sabah di mana selepas hari penamaan PBS istihar keluar dari BN dan merampas Sabah dari BN. Ini contoh "penipuan" jijik dan tidak bermaruah. Tetapi ada puak yang tiada prinsip dan akan buat apa saja untuk meraih keuntungan - "the ends justify the means"

Anonymous said...

Suruh MP Islam PKR dan Pribumi istihar sokong RUU355 dulu.

 
Blogger Templates