Saturday, February 11, 2017

SERONOK BERBOHONG, AZMIN ALI CIPTA ILUSI SENDIRI DENGAN ALASAN PALING BANGANG!!!



Mula-mula dia buat kenyataan...

Kemudian apabila dinafikan oleh Perdana Menteri, Azmin kata Najib gelabah. Dia gelak-gelak. Followers dia pun gelak-gelak dan mengejek-ngejek Najib dan memanggil Najib, penakut.

Kemudian, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi mengatakan Azmin berbohong, bahkan membuktikan Anifah Aman sentiasa berada bersama-samanya sebelum berangkat ke Brussell bagi urusan negara.

Azmin terkantoi.

Pada masa yang sama, isu yang membabitkan Chegu Bard yang membuat pendedahan berhubung salah laku dan penyelewengan pentadbirannya di Selangor serta Adam Rosly, Ketua AMK Ampang yang dipanggil memberi keterangan kepada SPRM selama 4 jam, jelas menghantui Azmin Ali.Sekaligus membuatkan dia menjadi cukup gelabah.

Untuk itu, dia cuba menyembunyikan gelabahnya dan berharap, isu bodoh yang dinaikkannya terus diperkatakan. Dia mahu memanjangkan isu Mentri Kanan letak jawatan walaupun ada pihak yang mentertawakan Azmin Ali kerana dia telah DIKENAKAN dan diperolok-olokkan oleh dua orang Menteri yang bersama-samanya di sebuah meja makan di dalam sebuah majlis.

Umpan yang diberikan oleh kedua-dua menteri tersebut, dimakan rakus oleh Azmin Ali yang sedang menggapai-gapai untuk menyelamatkan diri.

Terkantoi teruk, Azmin dapat idea baru.


Menteri Kanan itu tidak boleh didedahkan namanya sebab katanya, Barisan Nasional akan tekan dan aniaya menteri tersebut.

Idea spontan Azmin Ali berdasarkan kepada apa yang berlaku di dalam PKR, terutama sekali yang melibatkan golongan yang menentangnya seperti Khalid Ibrahim dan Chegu Bard.

Barangkali Azmin Ali terlupa, yang sebenarnya perlu dan hendak meletak jawatan adalah dia sendiri. Mungkin Azmin Ali sudah mengesan, selepas Lim Guan Eng, dia pula yang bakal terseret dan dia perlu mengisytiharkan harta-harta yang dimilikinya dan isterinya semenjak jadi PA Anwar sehinggalah menjadi Menteri Besar Selangor.

Mengaku sajalah Azmin, mulanya kau nak trol tapi bila kau tengok ada reaksi daripada beberapa orang menteri, kau pun mahu panjangkan isu ini dengan bermain teka-teki sedangkan semua orang tahu, kau hanyalah berbohong!!!


2 comments:

Anonymous said...

Kalu dia bohong dah jadi munafik...

Anonymous said...

Jenazah org munafik tx bleh disembahyangkan.

top