Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 16, 2017

SUKU DARIPADA BAJET NEGARA UNTUK GAJI KAKITANGAN AWAM, SEMAKIN RAMAI YANG SOKONG TONY PUA AGAR JUMLAH KAKITANGAN AWAM DIKECILKAN!!!



Kali pertama saranan agar jumlah kakitangan awam dikurangkan bagi penjimatan kos datangnya dari mulut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara DAP Tony Pua. Alasan yang diberikan oleh Tony Pua ialah, negara telah membazirkan sejumlah besar peruntukan negara semata-mata untuk menggajikan dan membayar manfaat-manfaat lain kepada kakitangan awam yang berjumlah 1.6 juta orang. Jumlah berkenaan dikatakan tidak realistik bagi sebuah negara yang hanya berpenduduk lebih kurang 30 juta orang, apatah lagi pada masa ini, penggunaan teknologi dan mesin lebih meluas.

Suku daripada bajet negara dihabiskan untuk gaji kakitangan awam sahaja. Tahun lepas, sebanyak RM70.5 bilion atau 25.5% daripada bajet negara telah digunakan untuk tujuan berkenaan.

Ramai yang berpandangan Malaysia membuat 'pembaziran' besar hanya untuk memastikan orang Melayu-Bumiputera ada kerja.

Majoriti kakitangan awam adalah Melayu-Bumiputera, yang dilihat oleh DAP sebagai amalan perkauman oleh Kerajaan Barisan Nasional yang menguasai Putrajaya semenjak merdeka.

5% daripada populasi Malaysia atau 13% populasi yang boleh bekerja, telah diambilkerja oleh kerajaan dan sehingga ke hari ini terdapat lebih kurang 600,000 orang pesara awam berpencen.

Angka berkenaan merupakan sekali ganda daripada populasi kakitangan awam di negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Bahkan berbanding Britain yang mempunyai penduduk seramai 64 juta orang berbanding Malaysia 30 juta orang, jumlah kakitangan awam Britain hanyalah lebih kurang 393,000 orang sahaja. (RUJUK SINI)

Pelbagai pihak kini bersetuju dengan kenyataan Tony Pua dan berkata, kerajaan perlu mulai membuang kakitangan-kakitangan awam yang tidak produktif dan pincang tugas. Sebaliknya apa yang kerajaan perlukan sekarang adalah kombinasi kenaikan gaji, pembuangan kakitangan awam yang gagal melaksanakan tugas selain merekrutkan tenaga kerja baru yang lebih baik terutama melibatkan individu yang mempunyai pengalaman serta berkelayakan.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani menegaskan, terdapat seorang kakitangan awam bagi setiap 19.37 orang rakyat Malaysia.

Nisbah kakitangan awam berbanding populasi di Singapura pula adalah 1:17:14; Indonesia 1:110; Korea Selatan 1:50; China 1:108; Jepun 1:28; Russia 1:84; dan Britain 1:118.


Isnin lepas, bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Mohd Sheriff Mohd Kassim menggesa kerajaan untuk membuang kakitangan peringkat bawahan dalam sektor awam sementara masih mampu membayar pampasan. Dia memberi amaran, perkhidmatan awam di negara ini bakal memberikan masalah besar terutama pada musim krisis ekonomi yang sedang berlaku di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia apabila sebahagian besar peruntukan negara hanya digunakan untuk membayar gaji mereka sahaja.

Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan Tony Pua 'betul' dalam isu kakitangan awam ini. Apatah lagi ramai kakitangan awam yang meminta-minta agar mereka dipecat apabila menunjukkan sikap menentang kerajaan yang merupakan majikan mereka konon alasan, mereka bekerja dengan dan untuk rakyat Malaysia, bukannya untuk dan dengan UMNO-BN, selain kebocoran pelbagai maklumat rahsia yang kemudiannya digunakan untuk diputarbelit oleh pihak pembangkang bagi meraih sokongan politik.

4 comments:

Anonymous said...

Sokong berhentikan kakitangan awam yang menentang kerajaan dan tidak menjalankan amanah.

Anonymous said...

Setuju! Buang dahulu kakitangan awam yang pro pembangkang.Kerja je dgn DAP tu. Gaji guru SRJK tak payah la goverment bayar biarlah lembaga sekolah tu cari duit bayar. Gaji guru sekolah agama mahupun KAFA lak, biarlah kerajaan negeri sepenuhnya bayar.

Anonymous said...

Saya memang tak puas hati dgn kakitangan awam,dah lah bilangannya terlalu ramai,tapi produktiviti rendah,tak mesra pelanggan pulak tu.Setiap kali berurusan dgn kakitangan awam,ada saja kerenahnya ,mereka melayan kita sambil lewa saja.Saya ada membuat permohonan berkaitan dgn urusan tanah,sudah hampir 2 tahu tidak selesai,sedangkan apa yg samy mohon memang dibenarkan oleh undang-undang,malah dikalangan pihak yg berkaitan mengatakan memang ianya hak saya,tapi lulusnya tidak juga.Ada orang nasihatkan saya perlu melalui 'orang tertentu' yg sudah 'biasa' berurusan ,baru lah permohonan saya senang di luluskan.

Unknown said...

Pencen dh 60tahun.. Tu yg ramai.. Yg muda2 tamat belajar x ada peluang..

 
Blogger Templates