Monday, February 13, 2017

TMJ LAWAN ANNUAR MUSA UNTUK PRESIDEN FAM... RAMAI SURUH ANNUAR TARIK DIRI!!!



Akhirnya sah...

Setelah tolak orang itu, nama ini, individu yang berkaitan, akhirnya yang sah bertanding jawatan Presiden FAM adalah TMJ dan Annuar Musa.

Berdasarkan perkembangan semasa, apatah lagi dengan nilai-nilai feudal yang cukup kuat diamalkan serta sukar dibuang, TMJ nampak lebih cerah untuk memenangi jawatan berkenaan.

Sebelum ini, berlaku polemik membabitkan TMJ dan Annuar Musa. Ramai yang melihat perkembangan tersebut secara sinikal.

Ini adalah kerana, bolasepak di Malaysia telah menjadikan pasukan kebangsaan Malaysia sebagai pasukan belasahan, bahkan di kalangan rakyat Malaysia sendiri, pasukan kebangsaan itu lebih banyak dilawakkan dan dijenakakan berbanding dikagumi seperti pasukan-pasukan kebangsaan era 70-an dan awal 80-an lalu.

Ramai pula yang memberikan reaksi yang agak negatif kepada Annuar Musa. Annuar Musa sebaliknya 'dinasihati' agar menarik diri daripada pertandingan tersebut bagi memberi laluan kepada TMJ untuk merevolusikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sebelum ini dilihat sangat lemah dan bercelaru serta terlalu banyak politik di dalamnya.

Selain itu, ada pula yang memberikan cadangan agar Annuar Musa meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO terlebih dahulu agar nama UMNO tidak ditarik sekali sekiranya berlaku sebarang kemelut kemudian hari.

Dalam berita, DYMM Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menentang Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa bagi jawatan Presiden FAM.

Ini selepas dua orang calon, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti Aseh Che Mat menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Setiausaha Agung FAM Hamidin Mohd Amin mengesahkan badan kebangsaan itu telah menerima borang pencalonan daripada TMJ dan Annuar.
Annuar yang merupakan Ketua Penerangan UMNO merupakan bekas Timbalan Presiden FAM. 
Tunku Ismail, 32, memiliki JDT atau Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim. 
Kongres FAM akan diadakan pada 25 Mac untuk memilih barisan kepimpinan baru bagi persatuan bola sepak tersebut. 

No comments:

top