Saturday, February 11, 2017

ZUHUDNYA MAHATHIR BERJALAN KAKI NAIK FIREFLY.... KENAPA PERLU BERLAKON KALAU ADA SYARIKAT JET PERIBADI SELAIN NAK TAGIH SIMPATI!!!



Sekeping gambar Mahathir sedang berjalan ke tangga pesawat FireFly, telah digunakan oleh jentera propaganda Cap Bunga untuk menunjukkan penganiayaan yang telah dilakukan ke atas Mahathir. Sekaligus turut memberikan persepsi bagaimana zuhud dan merendah dirinya Mahathir sebagai seorang manusia. 

Ada pula dengan megah berkata, Mahathir sanggup melepaskan segala kemewahan yang dinikmati semata-mata untuk berjuang bersama-sama rakyat.

Tidak kurang juga yang mengatakan, kawan-kawannya yang memiliki jet, enggan lagi memberikan pinjaman jet kepada Mahathir kerana takut kepada Najib. 

Hakikatnya, ia adalah satu pembohongan dan propaganda semata-mata!

Mahathir dan David Chew mempunyai pegangan 50-50 dalam syarikat usahasama yang memiliki semua hak dan pengeluaran ke atas pesawat ringan yang berasal dari Itali di dalam sebuah syarikat bernama Euroala Industries. 




Mahathir juga masih lagi memiliki kepentingan 50% pgangan dan menjadi pengerusi kepada syarikat pembuatan pesawat yang memiliki teknologi dan menjualnya kepada pesawat-pesawat yang dikeluarkan oleh JetFox.

Selain itu, Mahathir juga adalah pengarah dan pemegang saham dalam syarikat penyewaan jet peribadi yang turut dimiliki oleh kroni rapatnya, Lee Kim Yew yang tinggal di Country Height. Dengan kata lain, Mahathir memiliki syarikat jet peribadi!

Lakonan dan kenyataan kononnya Mahathir sudah tidak dapat pinjaman jet daripada kawan-kawannya adalah sesuatu yang amat-amat melucukan kerana Mahathir sebenarnya memiliki jet menerusi syarikatnya sendiri!



2 comments:

Sesquipedalian said...

apalah salah Tum MM sampai naik pesawat komersil pun jadi isu.Naik itu dan ini pun jadi isu. jgn sesekali memburuk sangka

Anonymous said...

Wang iMDB mungkin nampak macam dicuri tapi mungkin bukan curi. Mungkin wang yang dicuri itu sebenarnya wang derma.

Wang BNM sebanyak 60 bilion nampak macam hilang dalam skandal Forex puluhan tahun yang lalu walhal ia mungkin tidak hilang. Wang BNM mungkin berada dalam poket tapi dilaporkan hilang.

Banglo jalan Pinhorn tak pernah dijual di bawah harga pasaran. Kalau ada mesti ada yang tak kena. Ia jadi tak kena apa bila pembelinya adalah pembesar negeri.

Melaise mungkin pernah jadi proksi tapi untuk penjajah Barat. Dalam era moden, tidak ada melaise sanggup jadi proksi terutama untuk cauvinis. Makanya bila kuali jadi proksi sambutan terhadap 'kuali' adalah usam-suam kuku.

top