Wednesday, March 1, 2017

19 SAMAN TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SEBAB ZAKIR NAIK, TAPI KUMPULAN YANG SAMA TIDAK PERNAH KATA APA-APA TERHADAP TAMIL EELAM DAN TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG!!!



Diketuai oleh Waythamoorthy Hindraf dan Siti Kassim, 19 saman telah dibuat ke atas Kerajaan Malaysia kerana membenarkan Zakir Naik, pendakwah terkenal yang seringkali membungkamkan mulut dan hujah 'ulama-ulama' Hindu dan Kristian di India dalam program-program bahas.

Alasan yang diberikan dalam 19 saman tersebut adalah, Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggalakkan ekstremisme dan ketaksuban melampau.

Anehnya, kesemua mereka ini tidak dapat memberikan bukti, melainkan bersandar kepada tindakan di negara India yang mengaitkan Zakir Naik dengan ketaksuban dan ekstremisme menerusi hujah-hujah kumpulan yang banyak menyerang dan membunuh orang Islam, termasuklah merobohkan masjid bersejarah, Masjid Babri pada pertengahan 1980-an lalu.

Islam adalah merupakan Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Undang-undang di Malaysia pula melindungi kelompok masyarakat minoriti yang berlainan agama malah dalam banyak kes, melebihkan mereka berbanding kelompok majoriti sepertimana gelagat yang ditunjukkan oleh Waythamoorthy, HINDRAF dan Siti Kassim sendiri.

Menyaman Kerajaan Malaysia bahkan mendesak Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan terhadap Dr. Zakir Naik, merupakan tindakan absurd yang menunjukkan betapa takutnya golongan terbabit kepada cendekiawan Islam yang mampu menjana pemikiran umat Islam ke arah kehidupan yang lebih bermaruah dan sedar tentang agama yang mereka anuti.

Agak aneh kerana kumpulan yang sama, terutama sekali Waythamoorthy dan HINDRAF langsung tidak bercakap apa-apa tentang Tamil Eelam yang mana salah seorang penasihat utamanya adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy. Sedangkan Tamil Eelam telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh badan dunia!


Mengapa tiada laporan polis terhadap P.Ramasamy yang pada setiap masa menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kumpulan terbabit, tetapi Dr. Zakir Naik yang mengajar umat Islam agar sentiasa mematuhi ajaran agama Islam yang mementingkan rasa hormat, toleransi bahkan agar tidak menganiayai golongan kafir zimmi, dikenakan sekatan, dihalau keluar dari negara ini dan dikenakan tindakan undang-undang?

Apakah sebenarnya golongan 19 yang membuat laporan polis itu sebenarnya mahu memberikan isyarat bahawa apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam tidak dibenarkan di negara ini, sama seperti penentangan keras mereka terhadap pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah menerusi RUU355?

Mungkin ada baiknya juga kalau laporan polis dibuat ke atas semua individu yang cuba memperemehkan kedudukan agama Islam di negara ini sebagai balasan?


9 comments:

Anonymous said...

Halau je keling2 tu balik negeri.

Anonymous said...

Zakir Naik adalah penasihat kpd ISIS dan pejuang Islam yg terbilang. Takkanlah Malaysia yg menyokong ISIS menganiaya Zakir.

Anonymous said...

SI BAHALUL INI JUGAKLAH YANG NAK SAMAN RATU ELIZABETH KERANA MENGHANTAR NENEK MOYANG MEREKA KE MALAYA SEBAGAI PEKERJA DI LADANG GETAH. TAPI SAMPAI SEKARANG HABUK PUN TAK ADA. JANGAN LAYAN BAHALUL-BAHALUL TU. KEPADA ORANG ISLAM YANG BERSEKONGKOL DENGAN IBLIS NI TUNGGULAH BALASAN ALLAH.

Anonymous said...

Halau je Melayu balik Indonesia dan bawa balik pemerintahan Siam. Ini dah tak bayar bunga emas berpuluh puluh thn kpd Siam lagi bersekongkol dgn British menipu Raja Siam, dian ambe tanah pula.

Anonymous said...

Bab itulah Allah bagi Kutti sebagai PM utk 22 thn. Tidak Ada org dlm dunia yg songlap Negara mrk cam Kutti. Inilah balasan Allah kpd lanun2 Melayu sampai dah hutang RM 1 trillion. Kita ucapkan syabas kpd lanun2 Melayu yg nak juai Negara kpd jerung2 Cina sekarang Bab tak ada duit. Cina bukan sahaja bawa projek tapi askar2 mrk sebagai pekerja. Inilah yg dikatakan sebaga trojen horse. Kalau Negara tak adil inilah balasan yg Akan diterima kelak. Kalau adil takkan lah Negara menerima padah sebegini. Nak bela Rosmah Mansor pun sudah tak mampu.

Anonymous said...

Melayu sekarang ini dijual kpd Tanah besar Cina secara borong jadi janganlah terlalu ghairah melatah. Berlatih lah dulu jadi hamba yg taat kpd Tuan kerana kalau terlalai Akan dihukum mati. Kalau boleh lawatlah negeri Cina dan belajar peradaban mereka sebelum menjadi hamba kelak. UMNO akhirnya ada juga benda2 yg boleh dijual kpd Cina.

Anonymous said...

melayu jual tanah kepala hotak kamu. guan eng jual kpg melayu pada cina singapork di penang, kamu nak kata apa. semua kpg melayu kena jual. ada dia ganti dgn rmah lain mcm org kpg kerinchi dpt mcm residensi kerinchi tuh. baik kamu bukak buku ekonomi. belajar dulu pasal ekonomi mikro, makro atau belajar dulu mcm mana nak lukis keluk. mengong...

Anonymous said...

Nama je peguam tapi hujah tak ada bukti. Peguam ni dengar ke ceramah Dr. Zakir Naik. Peguam ni kata dia pertahankan islam, tapi sbg org islam pun aku malu melihat penampilannya pun tak mengikut ajaran islam. Kalau suruh Dr.Zakir Naik berdebat dengan peguam ni pun tak guna, sbb berdebat dengan org jahil tentang agama islam hanya buang air liur. Peguam ni ingat kat alam kubur nanti dia ingat blh bela diri mcm kat mahkamah dunia ke?

Kalau jamal demo menentang geng peguam ni aku sokong, geng peguam nilah yang akan memecah belahkan umat islam dan mengelirukan masyarakat lain tentang islam. Geng rambut kuning ni sebenarnya jahil agama dan tak arif tentang agama tapi berlagak pandai, dalam kubur jawablah guna buku undang2 barat kau tu.
Harap yang dipertuan agung dan raja2 sbg ketua agama islam bersuara terhadap geng rambut kuning yang hanya islam pada nama tapi telah mengguris hati umat islam yg seolah2 menghina agama islam.

Anonymous said...

100 saman pun tak guna kalau dibicara di mahkamah UMNO.

top