Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 20, 2017

APA TINDAKAN PAS SELEPAS CAP BUNGA DITERIMA SEBAGAI KOMPONEN PAKATAN HARAPAN-DAP?!!!!




PAS seringkali mengikrarkan akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan semua parti yang masih lagi mempunyai hubungan dan kerjasama dengan DAP.

PAS juga telah memberi amaran kepada Cap Bunga dan PKR supaya memutuskan hubungan dengan DAP seandainya mahu bekerjasama dengan mereka.

Beberapa PAS Kawasan telah mendesak PAS Pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR.

Hari ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan telah sebulat suara menerima kemasukan Parti Cap Bunga ke dalam Pakatan Harapan. Sekaligus menjadikan Pakatan Harapan kini terdiri daripada gabungan PKR-Cap Bunga-PAN dan diketuai oleh DAP-Kit Siang.

"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu.

Sementara itu, Pakatan Harapan juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

"Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru," kata mereka. (RUJUK SINI)

Tiada yang baharu termasuklah persetujuan mendaftar Pakatan Harapan dan logo baru memandangkan ketika DAP mengetuai Pakatan Rakyat dahulu, ia juga adalah janji yang sama tetapi kemudian pendaftaran tidak pernah dibuat dan setiap parti bertanding atas logo masing-masing.

Cuma yang menarik dalam isu ini ialah PAS!

Setakat ini, PAS belum memberikan sebarang reaksi berhubung keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan walaupun pada masa yang sama, beberapa sayap dalam PAS sedang sibuk menepis dakwaan kononnya parti itu akan menjalin kerjasama dengan UMNO-BN pada PRU akan datang. 

Beberapa orang pemimpin PAS turut mengeluarkan kenyataan mendahului keputusan Presiden dan Majlis Syura berhubung 'kerjasama' PAS-UMNO dalam usaha menepis dakwaan-dakwaan dan tekanan-tekanan yang dibuat oleh DAP, khususnya!


No comments:

 
Blogger Templates