Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 15, 2017

BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU, BAGI AMARAN KERAS KEPADA AZMIN ALI DAN PKR SELANGOR!!!



Amaran keras yang diberikan oleh PAS Selangor kepada PKR Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali, bukan boleh dibuat main-main. Malah Azmin sendiri tahu implikasi daripada tindakan keras PAS akan menyebabkan, bukan sahaja dia bakal kehilangan jawatan, bahkan PKR pun akan menjadi parti paling minoriti di Selangor, sekurang-kurangnya. 

PAS Selangor dalam penegasan paling keras berkata, mereka akan 'melanggar' mana-mana kerusi yang ditandingi oleh PKR di Selangor sekiranya parti itu tidak lagi menghormati prinsip serta kerjasama politik yang terbentuk semenjak PRU-12.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, PAS tidak akan memberi sebarang jalan kepada PKR sekiranya PKR kekal dengan pembahagian kerusi menjurus kepada tiga penjuru sepertimana yang dilaporkan baru-baru ini.

“Kita tidak ada masalah (jika PKR, DAP, PAN dan Cap Bunga mengadakan pembahagian kerusi), namun kita telah kenal pasti dan bertegas dengan kerusi yang kita akan tandingi untuk PRU14 nanti.

“Jika pembahagian kerusi itu menjurus kepada formula pertandingan satu lawan satu, kita akan hormati kerjasama (dengan PKR) yang ada sebelum ini, kita akan kekalkan kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh kita.

“Namun, sekiranya pembahagian kerusi membabitkan parti pembangkang itu melibatkan formula pertandingan tiga penjuru atau lebih, maka semua kerusi di Selangor ini kita anggap terbuka, sesiapa sahaja boleh bertanding termasuk PAS sendiri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Smart Strata 2017 di Setia Alam pada Selasa.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus bahawa PKR serta sekutunya iaitu DAP, PAN dan Cap Bunga telah membahagi-bahagikan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa melibatkan PAS untuk pilihan raya umum akan datang.

Difahamkan hasil pembahagian itu, PKR dijangka akan bertanding 18 kerusi DUN diikuti 15 kerusi untuk DAP, manakala PAN serta Cap Bunga masing-masing akan bertanding 14 dan 9 kerusi.

Bukanlah satu rahsia lagi apabila DAP Selangor sebenarnya berusaha untuk menghancurkan dan menamatkan kewujudan PAS di Selangor. Pelbagai gaya dan usaha telah dilakukan bagi tujuan tersebut tetapi sehingga ke hari ini, PAS Selangor masih bertahan.

Pelbagai senario diwujudkan, termasuklah kononnya PAS Selangor tidak taat kepada Presiden PAS, bahkan bersedia bermufaraqah daripada kepimpinan utama, telah dibuat terutama dari kalangan PAN.

AMARAN KERAS yang diberikan oleh Iskandar Samad itu pula, menurut sumber PAN, tidak lebih daripada ketakutan Iskandar Samad akan kehilangan jawatan dan keistimewaan kedudukan di dalam GLC Negeri yang kini dinikmati oleh ramai pemimpin utama PAS Selangor.

 

1 comment:

Anonymous said...

Pan dah kecut sbb peluang mereka makin trhimpit.

 
Blogger Templates