Monday, March 20, 2017

GUAN ENG GEBANG BESAR TAPI TELUR DAN KERANDUT MASUK KE PERUT!!!



Kalau dengar sembang Lim Guan Eng, dia tak salah saja. 

Ingat macam mana dia mencabar ADUN UMNO Pulau Pinang selepas Shahbuddin mendedahkan tentang salahlaku dan rasuah yang dilakukannya?

Guan Eng mencabar Shahbuddin agar bersemuka dengannya dan menunjukkan segala bukti dia melakukan rasuah dan salahguna kuasa. Tidak cukup dengan itu, dia juga mencabar agar Shahbuddin membuat pengisytiharan bahawa dia melakukan rasuah dan salahguna kuasa di luar Dewan Undangan sedangkan Shahbuddin telah pun menyerahkan segala bukti dan membuat laporan kepada SPRM. 

Dari bulan Jun tahun lepas, sehinggalah awal tahun ini, Lim Guan Eng berlagak seolah-olah dia sangat suci dan tidak pernah dikaitkan dengan rasuah. Bapanya, Lim Kit Siang pula sibuk menyuruh Menteri Besar Johor meletak jawatan apabila salah seorang Exco Johor ditangkap oleh SPRM dan dikenakan baju ungu sebelum diseret ke mahkamah, sedangkan Lim Guan Eng pula, sibuk mencari jalan untuk melengah-lengahkan perbicaraan. 


Ironinya, ramai suspek rasuah berbangsa Melayu yang diseret ke mahkamah mengenakan baju ungu dan harta penyelewengan dan hasil rasuah mereka disiarkan secara besar-besaran, manakala Lim Guan Eng dan Phang Li Koon pula seolah-olah tokoh korporat yang dikawal oleh bodyguard yang terdiri daripada barisan peguam DAP tanpa berbaju ungu, mahupun bergari seperti suspek-suspek rasuah Melayu itu. 

Mungkin kerana dia seorang CINA-DAP. Atau barangkali juga kerana dia adalah Setiausaha Agung DAP, maka SOP SPRM sedikit berbeza.

Minggu lepas atau lebih tepat lagi Selasa 14 Mac 2017, Lim Guan Eng dalam sidang media secara langsungnya bercakap besar kononnya kes rasuah dan salahguna kuasa yang dihadapinya sekarang adalah komplot politik semata-mata. Bagaimanapun, dia tidak boleh mendedahkan segala-galanya untuk membuktikan kebenarannya kerana 'BN akan menangkapnya kerana menghina mahkamah'. 

Menurutnya, dia akan mendedahkan segala-galanya di mahkamah yang akan membuktikan dia sama sekali tidak bersalah. 


Kurang seminggu kemudian, iaitu hari ini (20 Mac 2017), Lim Guan Eng berjaya menangguhkan perbicaraannya yang sepatutnya dilangsungkan pada 27 Mac ke 4 bulan lagi dengan alasan yang paling BANGANG, iaitu Akta SPRM tidak menurut perlembagaan.

Selepas gebang besar, bercakap seolah-olah dia sangat hebat dan tidak akan terjejas dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah, tiba-tiba sahaja BUKTI YANG DIKATAKANNYA ITU hanyalah muslihat mendapatkan penangguhan selama beberapa bulan lagi?

Adakah itu yang dimaksudkan sebagai tidak bersalah? Itu bukti dia tidak bersalah iaitu menangguhkan kes?

Sedangkan temberang yang sering dituturkannya ialah dia mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin supaya kebenaran dirinya akan terbukti dan dia mempunyai integriti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Rupa-rupanya memang BESAR PUNYA PENIPU! BESAR PUNYA PENAKUT!!!


No comments:

top