Sunday, March 19, 2017

KERANA CAP BUNGA, TUAN IBRAHIM TUAN MAN BAKAL TERSINGKIR DARI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS?



Perbezaan pendapat dan kenyataan bercanggah antara Timbalan Presiden dengan Presiden PAS membabitkan hubungan parti itu dengan Cap Bunga, sememangnya amat ketara. 

Pemimpin utama PAS seperti Presidennya, Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas iaitu PAS tidak akan mempunyai sebarang hubungan dan kerjasama dengan Cap Bunga sekiranya parti yang diterajui oleh Mahathir dan dibantu oleh anaknya, Mukhriz Mahathir itu berterusan bekerjasama dengan DAP. Bahkan PAS turut memberi amaran kepada PKR, khususnya di Selangor, mereka akan memutuskan hubungan dengan kerjasama dengan PKR sekiranya PKR terus bekerjasama dengan DAP. 

Sehingga ke hari ini, PKR dan Cap Bunga masih berusaha memujuk PAS agar menerima kerjasama dengan DAP, malahan menekankan bahawa kejayaan PAS selama ini (PAS mengalami penyusutan ketara jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi selepas bekerjasama dengan DAP semenjak tahun 2004) amat bergantung kepada DAP walaupun hakikatnya, DAP sebenarnya yang sangat bergantung kepada PAS terutama dalam usaha mendapatkan undi-undi Melayu, sama ada untuk DAP mahupun untuk PKR.

Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilihat lebih cenderung kepada kerjasama dengan DAP. Malahan dia didakwa masih terperangkap dalam stigma yang PAS amat memerlukan DAP untuk menang dalam PRU.

Dek kerana itulah, apabila Nik Amar Nik Abdullah yang merupakan Naib Presiden PAS mengatakan, hubungan dan kerjasama antara PAS dengan Cap Bunga sudah tamat ekoran keengganan Cap Bunga untuk memutuskan hubungan dengan DAP, Tuan Ibrahim Tuan Man segera mengeluarkan kenyataan penafian. Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Amar Nik Abdullah itu adalah bersifat peribadi bukannya pendirian parti. 

Bagaimanapun, Abdul Hadi kemudian menyatakan PAS telah membuat keputusan tidak akan mengadakan kerjasama rasmi dengan BERSATU seperti mana disebut Mohd Amar.

Perkara tersebut diperjelaskan dan dipertegaskan oleh seorang lagi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Titiwangsa Ke-32 di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). 

Tegas Idris Ahmad, PAS hanya akan menerima pandangan Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti itu. 

"Saya rujuk kepada kenyataan Presiden semalam. Kita kena pakai kenyataan Presiden. Tidak ada percanggahan," katanya. 

"Pandangannya kita kena ambil sebagai pandangan tertinggi parti, (sebab) nanti (pada akhirnya) Presiden akan beri taklimat kepada kita (dan akar umbi). Kalau tidak, apa guna jadi Presiden."

Menurut Idris, sebenarnya tidak wujud percanggahan memandangkan Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan sebelum Abdul Hadi Awang membuat kenyataan. 

"Kenyataan Tuan Ibrahim adalah sebelum apa yang dikeluarkan oleh Presiden. Pandangan Presiden kita kena pakai sebab ada pemberat sebagai pimpinan dan Presiden Parti. Sebagai prinsip kita, apa yang dikeluarkan oleh Presiden ada kelebihan, tidak perlu kita pertikaikan. Keputusan muktamad adalah di tangan PAS Pusat," katanya lagi.


3 comments:

Anonymous said...

tuan braim taik dlm PAS.

Anonymous said...

Suara umno..ketakutan

Mohd Jamil said...

Pemimpin Pas yg akan tersingkir sebab tuan ibrahim dah lama bergerak secara terang terang..namun pemimpin Pas lena dan masih berdengkor...anwarinas dan syiah mula menghasut ahli dan pemimpin bawahan.. mereka lebih bersiap mengbil ittibar kecundangan untuk hijack Pas semasa pemilihan dulu..kali ini project kedua pulok..nampak gaya hanyut Pas kali ini...sbb banyakrahsia parti terdedah lalui lebai anwarinas ..yg masih berdakyah dari puncak kuada parti..

top