Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 23, 2017

KIT SIANG KATA, PARTI-PARTI PEMBANGKANG YANG NAK TUMBANGKAN NAJIB DAN UMNO-BN, TIDAK BOLEH LANGSUNG ADA PENDIRIAN ISLAM!!!



Berterus-terang sungguh Lim Kit Siang!

Nak menang dan kalahkan UMNO-BN, parti-parti pembangkang tidak boleh langsung berpendirian Islam.

Dengan kata lain, Islam perlu dicampak jauh-jauh daripada perjuangan mana-mana parti pembangkang yang mahu menguasai Putrajaya.

Kata Kit Siang, bila ada parti pembangkang yang berpegang kepada Islam, mereka akan cenderung untuk mengatakan dan berpendirian bahawa jawatan Perdana Menteri perlu seseorang yang beragama Islam.

Islam dianggap oleh Kit Siang sebagai penghalang. Kit Siang mahu Islam kekal sebagai agama di atas kertas, bukan agama yang diamalkan, sama seperti yang berlaku di negara-negara komunis suatu masa dahulu.

Sedangkan Lim Kit Siang dan keluarganya hidup di kalangan orang Islam, bahkan telah diterima oleh orang Islam sebagai warganegara ini atas dasar jus soli walaupun hakikatnya mereka sebenarnya tidak pernah berminat untuk menjadi warganegara negara Melayu-Islam ini kecuali setelah Britain enggan mengambil mereka sebagai warganegara United Kingdom pada tahun 1957.

Dan kerana itulah, sehingga kini mereka termasuklah Lim Kit Siang tidak pernah mempunyai semangat keMalaysian, sebaliknya hanya mahu merampas kuasa dan berkuasa. Ketika negara ini dalam keadaan darurat, dia dan ahli keluarganya, tidak seorang pun yang terlibat dalam mempertahankan negara ini. Tetapi selepas merdeka dan aman, mereka muncul kononnya untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

Sama seperti pendirian pemimpin Cina Kristian Jakarta Indonesia yang terkenal dengan panggilan AHOK, selagi bangsa Indonesia masih berpegang kepada Al-Quran Surah Al-Maidah (jamgan melantik kafir sebagai pemimpin) selagi itulah Indonesia tidak akan mampu menyaingi kemajuan di dunia.

Sama juga seperti kata Syeikh Yahya Muhd Ilyas di dalam bukunya Al Qhazwul Fikri (الغزو الفكرى) menceritakan, ketika Raja Perancis, King Lois ke 9 dibebaskan dari penjara Mansurah, Mesir, beliau pulang ke Perancis dan berucap di hadapan rakyatnya.. katanya..

“Untuk mengalahkan umat Islam, kalian tidak boleh menggunakan pedang. Kerana terbukti kita telah tewas sejak ratusan tahun ketika kita berhadapan dengan umat Islam di dalam peperangan bersenjata. Tetapi untuk mengalahkan mereka, perangilah mereka di sudut aqidah Islam mereka, kerana di situlah terletaknya punca kekuatan Umat Islam.”

Sama juga seperti kata Gleed Stones, mantan perdana menteri British (1886, 1892-1894) mengatakan hal yang sama..

"Percuma memerangi umat Islam, kita tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam Al-Qur'an masih bergelora. Tugas kita kini adalah mencabut Al-Qur'an hati mereka, baru kita akan menang dan menguasai mereka.”

Al-Qur'an mengatakan, ertinya, "Sesungguhnya syaitan bagi kamu merupakan musuh, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. Sesungguhnya syaitan itu mengajak hizb (golongan)nya agar mereka menjadi penghuni neraka." (QS.Faathir : 6). (RUJUK SINI)

Jika inilah yang disembah oleh Mahathir dan para pentaksubnya.... na'uzubillah!!!


3 comments:

Anonymous said...

Dap anti Islam sejak dulu lgi. Jgn percaya lgi pd kata kata dan helah Dap.

Anonymous said...

Maklumlah penyokong pembangkang selain kristian evengelist adalah terdiri dari lgbt..bikseksual..dan sebagainya...so..nak jaga hati mereka lah tu...Islam dijauh jauh kan...Nauzubillah mcm tu pun ada Melayu Islam yang tak sedar lagi

Anonymous said...

Hangpa mana tau bahalol siali, nak tumbangkan najib biaqpila apa pin nak jadi kat islam

 
Blogger Templates