Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 21, 2017

LAWAK BANGSAT LEMBAGA PENAPISAN FILEM MALAYSIA... MULA-MULA TAK BOLEH, SEKARANG DAH BOLEH DAN TANPA PERLU POTONG APA-APA!!!



Filem Disney Beauty and Beast akhirnya akan ditayangkan tanpa sebarang potongan pada 30 Mac ini, umum Golden Screen Cinema (GSC).

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan tetap dengan pendirian tidak membenarkan penayangan filem itu jika Disney tidak dapat memenuhi permintaan Lembaga Penapisan Filem untuk memotong sebahagian kecil filem itu yang melibatkan adegan gay.

Nur Jazlan berkata Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya yang perlu dihormati Disney.

Adaptasi klasik Disney itu sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac tetapi ditangguhkan selepas pihak berkuasa mengeluarkan adegan gay dalam filem itu.

Disney berkata, mereka ia tidak akan menayangkan versi filem yang ditapis dan merayu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji semula keputusan memotong adegan gay dalam filem itu.

“Saat yang anda tunggu, akhirnya Beauty and the Beast akan ditayangkan pada 30 Mac ini tanpa sebarang potongan adegan!” kata GSC dalam Facebooknya.

“Akhirnya kita masih boleh #BeOurGuest! Woohoooo #NoCuts.”

Beauty and the Beast yang menampilkan bintang Harry Potter, Emma Watson mengundang kemarahan kalangan kumpulan agama seluruh dunia dengan gambaran Le Fou, rakan subahat kepada watak antagonis Gaston, sebagai lelaki gay, watak LGBT pertama Disney.

Homoseksual menyalahi undang-undang di Malaysia, di mana undang-undang jenayah liwat boleh dikenakan hukuman penjara, hukuman sebat dan denda.

Kumpulan agama dan ulama Islam sebelum ini menyeru filem itu diharamkan kerana bimbang akan menggalakkan “nilai negatif”.

Filem ini juga dikritik oleh tokoh agama di Singapura, manakala di Rusia, filem itu hanya ditayangkan kepada golongan dewasa sahaja berikutan tekanan daripada wakil rakyat ultra-konservatif yang mendesak pengharaman filem itu.

Walaupun terpalit kontroversi, filem itu menjadi filem keluarga yang paling laris dalam sejarah, mengatasi filem rekod “Finding Dory”, menurut penjual tiket atas talian Fandango, sebelum ditayangkan minggu ini.



No comments:

 
Blogger Templates