Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 20, 2017

MASA BELUM TANGKAP, HEW KUAN YAU RASA DIALAH SUPERMAN YANG HEBAT... BILA KENA TANGKAP, TAHU PULAK DIA KETAR!!!



Sudah lama sangat bekas Ketua DAP Teluk Intan, Hew Kuan Yau bersikap biadap, kurang ajar bahkan subversif termasuklah mempertikaikan kewujudan wilayah kedaulatan negara ini dengan mendakwa sebahagian perairan Malaysia merupakan hak Republik Rakyat China walaupun ICJ atau mana-mana entiti keadilan dunia tidak pernah memutuskannya.

DAP cuba 'menenangkan keadaan' kononnya pakar ceramah DAP itu telah keluar parti dan semua kenyataan-kenyataan subversifnya merupakan pendapat peribadinya semata-mata. Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, laporan menunjukkan Hew Kuan Yau sangat aktif memberi ceramah untuk DAP.

Hew Kuan Yau paling popular dengan 'MELAYU SKREW MELAYU', klip video yang digunakan dalam kempen PRN Sarawak bagi DUN Batu Kitang di mana DAP mempertaruhkan seorang Melayu sebagai calon mereka. Calon Melayu itu dikatakan oleh Hew Kuan Yau, amat diperlukan supaya boleh menghentam Melayu/Bumiputera di DUN Sarawak demi kepentingan Cina-DAP.

Tiada sebarang ulasan daripada Lim Guan Eng dan DAP yang sebelum itu amat kuat mempertahankan Hew Kuan Yau. Hew Kuan Yau pula apabila tiada tindakan undang-undang ke atasnya, terus berlagak seolah-olah dia sangat kebal dan dia seolah-olah tidak boleh disentuh oleh undang-undang negara ini yang sentiasa lekeh di matanya.



Hari ini, dia telah ditangkap di Pulau Pinang, lebih tepat lagi di Muzium Komik yang merupakan antara jentera propaganda yang memaksumkan dan mempotretkan Lim Guan Eng sebagai saviour menerusi kaedah komik sepertimana yang gemar digunakan oleh diktator-diktator komunis.

Hew Kuan Yau telah ditangkap dan dibawa ke Johor setelah laporan polis tentangnya telah dibuat di Kulai. Peguamnya yang juga merupakan seorang lagi RACIST berbangsa CHOLA, RSN Rayer berkata, polis telah menyoalsiasat Hew Kuan Yau di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dibawa ke Johor untuk disoalsiasat berhubung posting kurang ajarnya melibatkan Perdana Menteri dan isteri.

Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Hew Kuan Yau yang semakin hari semakin melampau!


No comments:

 
Blogger Templates