Monday, March 20, 2017

PARA PENJILAT DAP DAN GUAN ENG LANGSUNG TAK BERBUNYI APABILA PEMIMPIN KANAN DAP MELAKA DITAHAN KERANA MENIPU DAN RASUAH!!!


DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Kit Siang seringkali menuduh segala rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku di negara ini adalah UMNO. UMNO adalah bapa rasuah. UMNO adalah pembiak rasuah. UMNO adalah pengamal rasuah tegar. 

Hari-hari dan setiap masa dicop UMNO rasuah, akhirnya ia diterima sebagai satu kenyataan walaupun tidak berasas. Hanya kerana persepsi dan tohmahan serta fitnah maka, keseluruhan UMNO dicop sebagai rasuah walaupun hakikatnya yang diseret ke mahkamah kerana rasuah dan penyelewengan kuasa adalah melibatkan pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam agensi kerajaan.

Ironinya, kakitangan kerajaan yang saban tahun didedahkan oleh Ketua Audit Negara banyak melakukan ketirisan termasuklah sebut harga tidak munasabah serta peruntukan yang 'hilang' begitu sahaja dengan kerja yang tidak selesai, turut mendendangkan lagu yang sama dengan DAP dan PKR. 

Nah, berita yang tersiar ini membuktikan puak yang paling kuat menuduh orang lain rasuah, rupa-rupanya memang hidup dalam rasuah. Sama seperti Setiausaha Agung DAP sendiri yang kelam-kabut mencari jalan menangguhkan dan menunda-nunda perbicaraan rasuah dan salahguna kuasanya.

Seorang pembantu ADUN DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan telah direman selama tiga hari kerana penyelewengan dan tanah di Kelantan. 

Kedua-duanya, berusia 54 dan 29, telah dihadapkan kepada Majistret Analia Kamaruddin di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Kedua-duanya direman untuk membantu kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperdaya.

Pada 8 Mac, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San menggegarkan DAP dan Keluarga Lim di DUN Melaka apabila dia mendakawa dua orang bekas rakan separtinya, termasuklah pembantu ADUN DAP terlibat dalam rasuah dan penipuan.

Goh yang merupakan ADUN Bebas Duyong memberitahu Dewan DUN bahawa penipuan tersebut membabitkan lebih kurang RM1 juta. Menurutnya lagi, laporan polis telah dibuat pada 14 Disember tahun lepas oleh tiga orang rakyat Melaka yang telah kerugian wang simpanan mereka setelah diperdayakan dalam kes urusniaga tanah di Kelantan yang berkeluasan 220 hektar. 

Kata Goh lagi, mangsa-mangsa tersebut telah membayar hampir RM1 juta kepada pembantu ADUN DAP itu dan pemimpin Pemuda PAS Kelantan pada tahun 2012. 

Anehnya, dalam setiap berita rasuah, para pemimpin dan penyokong DAP bukan main bising lagi sambil berusaha mengaitkan dengan UMNO tetapi apabila kena kat orang sendiri, senyap sunyi. Si Melayu-Melayu penjilat DAP pun yang kononnya sangat anti dengan rasuah pun, langsung tidak bersuara.

Kenapa? 

Sebab TUHAN mereka kena tahan SPRM?


No comments:

top