Wednesday, March 15, 2017

PELIK DENGAN PERANGAI MUHYIDDIN? TAK PAYAH PELIKLAH KALAU KES NIKA GEE PUN MASUK MAHKAMAH TAPI DIA TETAP TAK MENGAKU!!!



PAS menerusi Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Cap Bunga telah menerima RUU355.

Tetapi Muhyiddin seperti biasa, tidak pernah tetap dengan pendirian. Pendiriannya sangat bergantung dengan apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh Dr. Mahathir. Tanpa Dr. Mahathir di sisinya, Muhyiddin mungkin akan bercakap untuk dirinya sendiri dan nadanya sudah tentu berbeza sama sekali tetapi apabila Dr. Mahathir berada di sebelahnya, Muhyiddin seperti mahu mengambil hati orang tua yang pernah menyelamatkannya daripada pelbagai skandal sewaktu menjadi Menteri Besar Johor dahulu, terutama membabitkan tanah, dengan bercakap menerusi nada Mahathir.

Jadi, apabila Muhyiddin menyatakan, dia tidak bersetuju dengan RUU355 selepas sebelum itu bersetuju, ianya bukanlah satu perilaku yang menganehkan.

Dalam keadaan sekarang, Cap Bunga dan Muhyiddin sendiri perlu bercakap berdasarkan keperluan. Kalau keperluan itu adalah menghentam Melayu-Islam demi undi bukan Melayu dan bukan Islam, itulah yang akan dilakukan oleh Cap Bunga. Kalau keperluan itu adalah dengan menentang RUU355 demi redha Lim Kit Siang dan DAP, itulah yang perlu dilakukan oleh Mahyuddin selaku Presiden sebuah parti kecil yang tersangat bergantung belas ehsan kepada DAP.

Justeru, Takiyuddin Hassan dan PAS secara keseluruhannya tidak perlu berasa pelik dengan penafian Muhyiddin bahawa partinya bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Dalam satu kenyataan, Muhyiddin menafikan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pada dasarnya dia bersetuju dengan usaha PAS untuk meminda Akta 355, malah menganggapnya sebagai tidak tepat.

Katanya sehingga kini, dia sebagai Ahli Parlimen Pagoh masih tidak tahu kedudukan akhir pindaan yang dicadangkan dan justeru, sukar membuat keputusan.

Apa nak diharapkan daripada Muhyiddin Yassin? Ingat lagi 1MDB? Ingat lagi RM2.6 bilion?

Hasil daripada TIDAK FAHAMnya itulah, dia sekarang menjadi Presiden Parti Cap Bunga!


No comments:

top