Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 30, 2017

PKR DAN AMK JADI SYAITAN APABILA KERAJAAN UMUMKAN TAK JADI BENTANG RUU355 DAN SERAH BALIK KEPADA PAS UNTUK PEMBENTANGAN KALI PERTAMA!!!



RUU355 hangat kembali!

Ini adalah ekoran kenyataan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional yang merupakan Kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 sebaliknya menyerahkan kembali kepada PAS untuk membentangkannya sebagai usul persendirian sama seperti sebelumnya. Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira konsensus antara parti-parti komponen BN.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan kenyataan awal yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa BN akan mengambilalih pembentangan tersebut dari PAS bagi membolehkan usul tersebut didahulukan bagi tujuan perbahasan dan kelulusan.

Keadaan tersebut membuatkan PKR melihatnya sebagai peluang untuk kembali memujuk PAS bersama-sama PKR dan 'meninggalkan' UMNO. AMK dalam satu kenyataan menyatakan, PAS telah dipermain-mainkan oleh UMNO walaupun pada ketika kenyataan bahawa BN akan mengambilalih pembentangan RUU355, AMK bertegas mengatakan PAS telah menjadi sebahagian daripada UMNO, manakala PAN pula menuduh, itu adalah bukti PAS bersekongkol dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

AMK meminta PAS agar 'membuang yang keruh, ambil yang jernih' ekoran keputusan Perdana Menteri itu dan menyeru PAS kembali bertahaluf siyasi dengan PKR untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Kalau ikutkan PKR dan AMK, RUU355 memang dah hancurlah. BN (baca UMNO) dah tipu PAS. Tapi seperti yang dikatakan oleh Nasruddin Tantawi dalam kenyataan terbaharunya, kalau PAS bentang, BN dikatakan telah menipu PAS. Kalau BN bentangkan di Parlimen, PAS pula dituduh telah menjadi komponen BN dan telah makan dedak UMNO.

Hakikatnya, ramai yang keliru bahkan sewenang-wenangnya membuat andaian dan kesimpulan seolah-olah RUU355 telah ditolak oleh kerajaan sebaliknya kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibawa dan dibentangkan oleh PAS.

Pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bermakna versi RUU355 yang dicadangkan oleh PAS akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat. Apabila dibahaskan, maka terserahlah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.

Sekiranya RUU355 diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah (walaupun hanya kelebihan satu undi berdasarkan kehadiran Ahli Parlimen waktu pengundian), maka RUU ini akan berpindah menjadi RUU Kerajaan.

Bila dah jadi RUU kerajaan maka prosesnya ialah Kerajaan berhak meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat oleh PAS sama ada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi RUU persendirian.

Setelah Kerajaan meminda dan menambah baik RUU355 ini, maka notis akan diserahkan kembali kepada Parlimen sebagai Bacaan Kali Kedua RUU355 bagi tujuan dibahaskan buat kali kedua. Seandainya diluluskan, barulah akan menjadi Bacaan kali ketiga dan dibawa ke peringkat Dewan Negara pula untuk dibahaskan.

Pastinya kerajaan akan mengambil kira faktor rakyat berbilang agama di negara ini, selain mengambil kira pelbagai faktor lain termasuklah yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat terhadap cadangan pindaan RUU355 versi PAS.

Kerajaan yang samalah yang telah berusaha memartabatkan institusi mahkamah syariah semenjak Akta 355 diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada tahun 1984 dan pindaan kali kedua pada tahun 1989.

Semenjak tahun 2007 pula, Kerajaan yang sama jugalah yang menubuhkan jawatankuasa mengkaji pindaan Akta 355 walaupun mungkin berbeza daripada versi yang dicadangkan oleh PAS.

Jadi, tiada masalah sekiranya RUU355 kekal sebagai usul persendirian yang akan dibentangkan oleh PAS selepas penambahbaikan seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS dibuat. Ini adalah kerana jikalau dibahaskan dan dipersetujui nanti, Kerajaan jugalah yang akan membentangkannya semula ke Parlimen.

Tindakan PKR dan AMK yang terlebih awal meloncat sebenarnya menunjukkan betapa terdesaknya parti tersebut mahu mendapatkan kembali PAS bagi kepentingan kewujudan mereka sendiri. Ia langsung tidak kena-mengena dengan pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah yang mereka tentang kerana DAP menentang!


4 comments:

Anonymous said...

Buatlah yg terbaik utk agama kerana ia bukan kerja main2.

Anonymous said...

Tak payah lah PKR nak meloncat. Ceraikan dulu DAP dan Bunga Raya baru PAS boleh terima PKR dalam APU (Angkatan Perpaduan Unmah)

Anonymous said...

PKR ada buat kenyataan ka nak sokong RUU 355. Setahu aku menentang ada lah

Anonymous said...

Ada yg berpusu pusu utk menegakkan syariat Islam berlandaskan hukum2 Al Saud talibarut Israel Dan AS.

 
Blogger Templates