Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 23, 2017

POSTER KEHILANGANNYA DIGANTUNG DI GELANG PATAH, KIT SIANG JANJI JAWAB ESOK DI GELANG PATAH!!!



Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata beliau akan menjawab isu penyebaran poster mendakwa beliau "hilang" dari kawasan Gelang Patah yang diwakilinya.

Lim, yang kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat berkata beliau akan bercakap mengenai isu itu di Gelang Patah malam esok.

"Bukan hari ini. Saya akan memberi respons di Gelang Patah malam esok. Akan di Kulim malam ini dan Alor Setar pagi esok," katanya kepada Malaysiakini.

Beberapa pertubuhan media melaporkan poster berkenaan diletakkan pusat khidmat DAP di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.



"Kali terakhir dilihat di Gelang Patah semasa (himpunan) 505 yang menjanjikan langit dan bumi. Hobi terakhir diketahui adalah melepak dengan orang yang berumur 90 dan ke atas.

"Hilang selama berbulan-bulan walaupun bukan setahun. ​​Mohon bantu mencari. Kami sangat merinduinya," kata poster berkenaan.

Menurut The Star, sepanduk lain dipasang berdekatan dengan perkataan "Mana Uncle Lim Kit Siang? Gelang Patah rindukan kamu".



No comments:

 
Blogger Templates