Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 23, 2017

REMAN DAH HABIS, HEW KUAN YAU BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS!!!



Pakar ceramah DAP yang juga kurator Muzium Komik milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Hew Kuan Yau hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman 3 hari. Dia telah ditahan di lokap balai polis di Kulai, Johor.

Isterinya, Shannon Lew memberitahu, Hew Kuan Yau telah dibebaskan daripada tahanan polis pada jam 12:55 tengah hari tadi. 

Menurut Shannon, Hew akhirnya menjamah makanan selepas mogok lapar yang dirasakan membolehkan dia berehat di katil hospital semasa tempoh remannya dengan semangkuk mee kari.

Semalam polis telah menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan selepas dia mengadu tidak sihat dan menghidap kencing manis. Rancangan Hew Kuan Yau untuk tinggal di katil hospital, tidak tercapai apabila pihak hospital mendapati dia sihat. Dia kemudiannya dihantar balik ke lokap polis. 

Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai 'Superman' yang terkenal dengan kempen-kempen kebencian terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam bagi meraih sokongan untuk DAP, telah ditangkap pada Isnin lepas ekoran postingnya dalam Facebook yang menghina Perdana Menteri dan isterinya.

Dia telah ditahan di Muzium Komik di KOMTAR dan kemudian dipindahkan ke Johor untuk pendengaran reman. Laporan polis terhadap Hew telah dibuat di Kulai, Johor. 

Posting Hew itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana salahguna fasiliti talian atau perkhidmatan talian. Seksyen tersebut memperuntukkan denda sebanyak RM50,000 dan penjara tidak melebihi setahun jikalau didapati bersalah. 


No comments:

 
Blogger Templates