Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 27, 2017

SEBAGAI BIAWAK HIDUP, AZMIN ALI KECIL HATI BILA HADI AWANG DEDAHKANNYA SEBAGAI BIAWAK!!!



Tahu pula Azmin Ali kecik hati...

PERKATAAN BIAWAK HIDUP yang dilafazkan oleh Presiden PAS, benar-benar mengecilkan hati Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. 

Katanya, walau berhadapan dengan musuh paling ketat sekalipun, gunalah perkataan yang lebih bertamadun. 

Eh, eh, dia menyindir dan mencela Nik Abduh, boleh pulak. Orang kata kata dia, dia kecik hati. 

Jenis apa dia ni? Tak hentak kaki ke sebab marah dan kecik hati?

Azmin kemudiannya menasihati Abdul Hadi Awang agar lebih bertamadun ketika bercakap. 

BIAWAK HIDUP yang dituturkan oleh Abdul Hadi Awang adalah salah satu perumpamaan dalam Bahasa Melayu yang tidak menjurus kepada perkataan cela atau maki hamun dan bermaksud sesuatu yang menyusahkan diri sendiri. Sama ada Azmin Ali jenis BANGANG BAHASA MELAYU atau terpaksa pura-pura bangang demi mengambil dan menjaga hati para pemimpin DAP yang amat diketahui, kebanyakan mereka sangat asing dengan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan dan merupakan syarat kepada status kewarganegaraan seperti yang termaktub dalam Perkara 16, Perkara 16A dan Perkara 19.

Abdul Hadi Awang berkata, bekerjasama dengan UMNO-BN samalah seperti MENANGGUNG BIAWAK HIDUP manakala dengan Pakatan (DAP-PKR-PAN-Cap Bunga), BIAWAKnya jauh lebih besar.


Presiden PAS menggunakan analogi berkenaan apabila menjawab pertanyaan parti manakah yang PAS akan bekerjasama pada PRU akan datang selepas Abdul Hadi membayangkan berulang-ulang kali bahawa PAS akan bersendirian pada PRU akan datang.

"Kita kena guna perkataan yang melambangkan ketamadunan, lembut dan dihormati. Walaupun kita sedang berkelahi dengan musuh, tak perlu menjadi biadap," kata Azmin Ali tanpa merujuk kepada perkataan-perkataan yang ditulisnya untuk Nik Abduh.

Menurutnya, tidak perlu menggunakan analogi 'BIAWAK'. 

Hubungan antara PAS dan PKR semakin meruncing dengan beberapa Kawasan PAS terutama di Pulau Pinang, meluluskan resolusi memutuskan hubungan dengan PKR.

SEBAGAI SEEKOR BIAWAK, Azmin Ali tahu, tanpa TANGGUNGAN PAS, dia akan tersungkur dan kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor yang berpendapatan sangat lumayan!!!

Tu yang dia panas sangat bila dipanggil BIAWAK!

AZMIN ALI malu sebenarnya sebab KEBIAWAKANNYA terdedah...


3 comments:

Anonymous said...

Bab Hadi kata BN biawak tu memang tak patut sebab BN tak pernah menggunakan PAS dalam pilihanraya. Lainlah PKR yg memerlukan dan menggunakan PAS. Dah tu sombong pulak tu. Wajarlah perkataan biawak tu untuk PKR.

Anonymous said...

Azmin tak perlu la nak kecik hati...
"Biawak hidup"tu kan kata2 kiasan bahasa melayu asli...tak kan tok guru nak tukat "babi hidup" pulak kot...haha

Anonymous said...

Ek eleh azmin pandai nak kecik hati plk. Masa dia kutuk pas tak timbul pun pasal kecik hati dan adab sopan.

 
Blogger Templates