Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 28, 2017

SELENA GOMEZ PUNCA PAS MAHU PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Konsert penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, di Shah Alam tahun lepas merupakan salah satu punca utama mengapa Pemuda PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Delegasi Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, PKR tidak berbuat apa-apa untuk memprotes atau menentang konsert tersebut, yang kemudian diadakan pada 25 Julai tahun lepas di Shah Alam, di sebuah kawasan yang didominasi oleh populasi orang Islam. 

PAS telah memprotes dan menentang konsert tersebut dan mendakwa pakaian Gomez terlalu seksi. 

"Mereka terlalu teruja dengan konsert Selena Gomez sehingga mereka mengabaikan pandangan daripada PAS dan NGO-NGO Muslim dan umat Islam secara keseluruhannya."

"Ini adalah contoh bagaimana PKR tidak komited langsung dalam memperkasakan Islam. Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor sendiri (Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali)," kata Aubidullah dalam Muktamar PAS hari ini.

Ubaidullah berucap ketika memberikan sokongan kepada usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Usul tersebut telah diluluskan secara sebulat suara.

No comments:

 
Blogger Templates