Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 26, 2017

AKHBAR BERBAHASA CINA DEDAHKAN, ANUGERAH 'THE BEST CITIES' DAN 'THE BEST MUNICIPAL MANAGERS' DIBELI KERAJAAN NEGERI DAP UNTUK TUJUAN BERLAGAK DAN MENUNJUK-NUNJUK!!!



Pendedahan sebenarnya dibuat oleh sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Guan Ming Daily. Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak malah pihak yang selama ini bermegah-megah dengan anugerah itu ini daripada Europe Business Assembly (EBA), mula tidak senang duduk kerana pendedahan berkenaan turut mengaitkan dengan wang rakyat yang digunakan secara seleweng.

Datuk Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong memetik pendedahan Guang Ming Daily bahawa anugerah-anugerah oleh EBA sebenarnya anugerah-anugerah yang 'boleh dibeli dengan sejumlah wang yang banyak'.

Muhammad Farid yang membuat carian di Internet, menemui banyak artikel yang mendakwa EBA adalah sebuah organisasi tidak berkredibiliti dan hanya bermatlamat mencari untung dengan 'menjual anugerah-anugerah' kepada sesiapa sahaja termasuklah organisasi kerajaan dan perniagaan yang sanggup membayar mereka

Menurutnya, carian di Internet telah menemukannya dengan artikel terbaharu berhubung EBA bertajuk, "Ukranian businessmen trade on reputation of Oxford University to make millions selling fake honours and awards". (RUJUK SINI)

Turut ditemui juga adalah artikel “Bought International Awards to Show Off at Home Turf” (RUJUK SINI) yang mendedahkan bagaimana Bandaraya Belgrade memenangi anugerah 'The Best City' manakala Datuk Bandarnya pula memenangi anugerah 'The Manageer of the Year' pada Julai 2012 dan majlis yang diadakan di Dublin, Ireland iaitu setahun sebelum MBPP dan Dato' Patahiyah Ismail memenangi anugerah-anugerah yang serupa.

Dalam pendedahan tersebut, Datuk Bandar Belgrade dilaporkan telah membayar hampir €11,000 (RM54,780) menggunakan wang kantung Majlis Bandaraya Belgrade sebagai yuran penyertaan dalam majlis anugerah tersebut kepada EBA.

Pada 26 Mac 2013, akhbar the Star melaporkan bahawa Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato’ Patahiyah Ismail akan menerima anugerah “Best Municipal Manager” manakala MPPP menerima “Best Municipality Award” daripada Europe Business Assembly (EBA) dalam satu majlis yang akan diadakan pada 1 dan 2 Julai 2013 di Montreux, Switzerland. (RUJUK SINI)

Pada 8 Julai 2013 YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kenyataan selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majis MPPP telah dengan bangganya memaklumkan kepada umum dua anugerah daripada EBA yang telah diterima Dato’ Patahiyah dan MPPP tersebut. (RUJUK SINI)

Pada 2 Julai 2014, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Yang DiPertua MPSP pada masa itu, Dato’ Maimunah Mohd Sharif turut memenangi anugerah yang dimenangi oleh MPPP dan Dato’ Patahiyah Ismail pada tahun sebelumnya daripada EBA. Maklumat mengenai penerimaan augerah dan pengiktirafan daripada EBA dipaparkan di laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai. (RUJUK SINI).


Majlis Anugerah EBA bagi tahun 2014 telah diadakan di Stresa, Itali. Malah MPSP turut menerima Sijil pengiktirafan bagi : (1) Best Holiday Destination, (2) Best Cities dan (3) Top Medical / Travel / Hospitality Web-site.

Sehubungan dengan pendedahan yang dibuat oleh Akhbar Guang Ming Daily, Muhammad Farid mendesak dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas slogan Cekap, Akauntabel dan Telus untuk memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang sama ada MPPP dan MPSP turut membuat bayaran wang kepada Europe Business Assembly, sebuah organisasi yang dikatakan tidak kredibel untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut?

Apakah wang milik rakyat Pulau Pinang telah dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut? Adalah agak menghairankan DUA Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam negeri yang sama di Malaysia boleh memenangi anugerah yang sama daripada sebuah organisasi antarabangsa di Eropah pada dua tahun berturut-turut.

Apakah dalam keghairahan untuk mencari pujian dan pengiktirafan antarabangsa dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang  Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP adalah terbaik, MPPP dan MPSP telah “membayar wang” untuk mendapatkan anugerah-anugerah dan pengiktirafan dari sebuah organisasi yang “bogus”?

Adalah amat mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekiranya benar MPPP dan MPSP telah turut membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu. Perbuatan sebegitu tidak ada bezanya dengan mereka yang "membeli ijazah yang dijual oleh universiti-universiti atas talian.


Sementara itu, MBPP telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung isu yang sama. Walaupun tidak mengakui secara langsung, tetapi pendedahan yang dibuat oleh akhbar Guang Ming Daily itu, benar-benar membantutkan usaha Lim Guan Eng dan DAP mahu bermegah-megah kononnya mereka sangat hebat mentadbir setelah tembelang mereka pecah dan kantoi!


1 comment:

Anonymous said...

Wa ka ka...anugerah beli?...Alahai malunya.....

 
Blogger Templates